backup og meta

Sakit Tapak Kaki Tanda Penyakit Gout? Ini 8 Punca Tapak Kaki Pedih Bila Pijak Lantai

Sakit Tapak Kaki Tanda Penyakit Gout? Ini 8 Punca Tapak Kaki Pedih Bila Pijak Lantai

Sudah menjadi satu mitos atau kepercayaan kesihatan yang popular, ramai mungkin menyangka jika sakit tapak kaki tanda penyakit gout. Adakah ia benar?

Kenapa tapak kaki terasa sakit?

Jom baca artikel dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

Gout, masalah lazim pada tapak kaki

“Kenapa tapak kaki terasa sakit ?” Persoalan ini sudah pasti akan bermain di fikiran setiap kali anda berasa ada sesuatu yang tidak kena pada tapak kaki. Lazimnya, ia dikaitkan dengan gout!

Untuk pengetahuan anda semua, gout merupakan keadaan kesihatan di mana tapak kaki anda mula membengkak dan membesar. Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan yang agak teruk.

Kebiasaannya, gout berlaku gara-gara pengumpulan serta penumpukan asid urik yang berlebihan. Asid ini berasal dari sejenis protein iaitu purin, yang sepatutnya dibuang melalui air kencing.

Dalam kes penghidap penyakit ini, asid tersebut tidak dapat dibuang sepenuhnya sebaliknya terperangkap di dalam sendi.

sakit tapak kaki tanda penyakit
Antara punca terjadinya gout.

Kesan daripada itu, asid urik itu akan terkumpul pada sendi-sendi tubuh badan terutama di bahagian kaki. Apabila ia terjadi, individu mungkin akan rasa bahagian kaki sakit atau tidak selesa.

Pun begitu, benarkah jika sakit tapak kaki tanda penyakit gout? Jika benar, adakah wujud sebarang gejala yang lain?

Benarkah sakit tapak kaki tanda penyakit gout?

Kenapa tapak kaki sakit berdenyut?

Gout merupakan penyakit umum yang biasa menyerang individu dewasa dan warga emas. Lazimnya, ia mungkin lebih banyak berlaku dalam kalangan lelaki berbanding dengan golongan wanita.

Untuk memastikan jika benar sakit tapak kaki tanda penyakit gout atau tidak, kita perlu lihat gejala-gejala yang lain:

Memetik kenyataan Dr Nur Syuhada Zulkifli dari laman web DoctorOnCall, terdapat kemungkinan sakit tapak kaki tanda penyakit itu berpunca daripada penyaki gout meskipun keadaan ini agak jarang berlaku.

sakit tapak kaki tanda penyakit
Urut kaki anda untuk legakan kesakitannya.

Sekiranya masalah ini bukan disebabkan oleh penyakit gout, adakah mungkin terdapat punca lain yang tersembunyi?

Adakah ia juga mungkin tanda penyakit lain?

Kenapa tapak kaki sakit berdenyut?

Sebenarnya, anda tidak boleh terus memutuskan bahawa penyakit gout merupakan dalang utama kepada masalah ini.

Sebagai contoh yang mudah, ada kemungkinan bahawa kesakitan pada tapak kaki itu adalah disebabkan oleh isu kecil seperti kekejangan otot atau kecederaan kulit yang tidak berbahaya.

Apa yang lebih membimbangkan, ia juga mungkin petanda bahawa anda menghidap jenis penyakit yang lain seperti:

  1. Diabetes – Kadangkala, individu yang menghidap diabetes mungkin boleh mengalami ketidakselesaan pada tapak kaki angkara kondisi kaki Charcot. Selain menjejaskan sendi, tulang dan tisu lembut pada bahagian kaki serta buku lali akan turut terjejas dan menyebabkan sakit tapak kaki mencucuk.
  2. Plantar fasciitis – Berpunca akibat keradangan pada bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari kaki. Antara faktor risiko lain termasuk kerap atau terlalu lama berdiri, berat badan berlebihan dan penggunaan kasut yang kurang sesuai dengan aktiviti seharian anda.
  3. Stone bruise – Dikenali juga dengan nama metatarsalgia, ia biasa berlaku apabila anda melakukan senaman berintensiti dan berimpak tinggi tanpa penggunaan kasut yang sesuai. Ia akan menyebabkan kawasan antara jari dan lengkungan kaki terasa seperti memijak atau menyepak batu.
  4. Kaki atlet – Gara-gara jangkitan kulat dermatophytes atau moulds di kaki, ia akan menjejaskan kulit kaki lantas menyebabkan ketidakselesaan yang melampau. Keadaan kaki yang sering lembap, panas dan tertutup merupakan faktor risiko utama kondisi ini terjadi.
  5. KetuatBiasa disebut sebagai ketuat, kutil atau nama saintifik verruca, jangkitan virus seperti HPV mungkin akan menimbulkan ketuat yang bersifat keras, tebal dan leper pada tapak kaki lalu menyebabkan ketidakselesaan.
  6. Kematu – Jangan terkeliru dengan kutil kerana kematu terbentuk akibat tindak balas semula jadi tubuh yang mahu mengelakkan kaki anda melecet. Kesannya, ia akan membawa rasa tidak selesa apabila memijak permukaan iaitu sakit tapak kaki mencucuk.
  7. Kelepuhan – Gelembung berisi cecair bukan sahaja boleh berlaku pada badan malah kaki. Mereka yang kerap berpeluh lebih-lebih lagi di bahagian kaki dan selalu berstoking mungkin lebih berisiko mengalaminya.
sakit tapak kaki tanda penyakit
Pakai kasut yang tepat untuk elakkan kelepuhan.

Konklusinya, mungkin benar sakit tapak kaki tanda penyakit gout namun ia juga petanda pelbagai lagi kondisi lain.

Kesimpulan

Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor untuk benar-benar pasti ya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gout, https://rheumatology.org/patients/gout, Accessed June 19 2023.
  2. Foot Problems, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4048-foot-problems, Accessed June 19 2023.
  3. Foot Problems, https://familydoctor.org/symptom/foot-problems/, Accessed June 19 2023.
  4. Foot Pain and Problems, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/foot-pain-and-problems, Accessed June 19 2023.
  5. Foot pain, https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/foot-pain, Accessed June 19 2023.

Versi Terbaru

28/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Orang Dewasa Pun Perlu Ambil Ubat Cacing! Ini Sebabnya

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan