backup og meta

Hujung Jari Rasa 'Sesemut'? Ini 5 Punca Kebas Hujung Jari Tangan Anda Perlu Tahu!

Hujung Jari Rasa 'Sesemut'? Ini 5 Punca Kebas Hujung Jari Tangan Anda Perlu Tahu!

Kadangkala, ada di antara kita yang sering rasa ‘sesemut’ di hujung jari, terutamanya ketika baru bangun tidur atau ketika melakukan kerja dalam satu masa yang panjang. Tetapi, apakah sebenarnya punca kebas hujung jari tangan?

Ada banyak penyebab hujung jari tangan kebas.Selain pengaliran darah yang terhalang, sebarang kecederaan pada kawasan saraf juga boleh menyebabkan tangan kita menjadi kebas.

Walau bagaimanapun, rasa kebas ini hanyalah sementara dan akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika ia berlaku dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ia mungkin menandakan penyakit yang lebih serius seperti diabetes atau sindrom terowong karpus (carpal tunnel).

Jadi, apakah punca kebas hujung jari tangan? Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai kondisi-kondisi yang boleh menyebabkan anda alami hujung jari tangan kebas.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

5 punca kebas hujung jari tangan           

Jari yang kebas boleh mendatangkan masalah dalam kehidupan seharian. Ia membuatkan anda sukar untuk memegang sesuatu objek dengan baik atau rasa tangan ‘tidak cukup kuat’ untuk melakukan pergerakan tertentu.

Tetapi, apakah penyebab hujung jari tangan kebas? Antara kondisi yang boleh menyebabkan masalah ini ialah:

1. Sindrom terowong karpus

punca kebas hujung jari tangan
Petua hilangkan kebas tangan.

Sindrom terowong karpus atau carpal tunnel syndrome merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan rasa kejang pada kawasan jari atau pergelangan tangan. Carpal tunnel berlaku apabila salah satu saraf pada kawasan tangan terhalang atau termampat.

Pergerakan yang berulang-ulang seperti menggunakan peralatan tertentu, menggunakan papan kekunci, sering memandu dan sebagainya boleh menyebabkan sindrom terowong karpus. Selalunya, simptom akan menjadi semakin serius pada waktu malam.

Jika tidak dirawat, sindrom ini akan menjadi semakin teruk. Sebab itulah, individu yang mempunyai masalah ini perlu didiagnosis secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

2. Diabetes punca kebas hujung jari tangan

Satu kondisi yang dikenali sebagai neuropati diabetes boleh menyebabkan kawasan kaki dan tangan menjadi kebas. Menurut kajian, hampir 50% individu yang menghidap diabetes akan mengalami masalah ini.

Tidak dinafikan, diabetes merupakan salah satu penyebab hujung jari tangan kebas. Malah, penyakit ini juga boleh menjadi masalah yang berpanjangan terhadap kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda gagal mengawal kadar gula dalam darah dengan efektif.

Selain itu, neuropati diabetes juga boleh menyebabkan kesakitan. Berjalan pun boleh membuatkan pesakit yang menghidap neuropati diabetes rasa sakit. Malah, ada juga yang akan rasa pedih ketika disentuh walaupun secara perlahan.

3. Sindrom terowong kubital

penyebab tangan kebas
Senaman untuk hilangkan kebas tangan.

Sindrom terowong kubital atau cubital tunnel syndrome merupakan ‘adik beradik’ kepada carpal tunnel. Walau bagaimanapun, cubital tunnel akan memberi kesan pada jari kelingking. Carpal tunnel pula akan membuatkan ibu jari, jari telunjuk dan tengah sukar untuk dikawal.

Sindrom ini berlaku apabila saraf ulnar pada kawasan dalam siku terluka atau dijangkiti.

Menurut American Society for Surgery of the Hand, individu yang mempunyai masalah ini mungkin akan mengalami kesukaran untuk menggenggam objek. Mereka juga akan alami kekejangan pada jari kelingking.

4. Terseliuh atau patah

Jika anda suka bersukan, lebih-lebih lagi melakukan aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan, anda berisiko untuk mengalami kecederaan seperti terseliuh atau tulang retak. Semua ini boleh menjadi punca kebas hujung jari tangan.

Kadangkala, jari anda boleh terseliuh atau patah disebabkan trauma atau luka ketika bersenam. Mereka yang sering mengangkat berat sangat berisiko untuk mengalami kecederaan jenis ini.

5. Strok punca kebas hujung jari tangan

punca strok
Rawatan 6 jam pertama pesakit strok.

Strok merupakan sejenis kondisi yang berlaku apabila ada bahan asing menghalang pengaliran darah ke beberapa bahagian otak. Ia juga boleh berlaku apabila pembuluh darah dalam otak pecah. Akibatnya, bahagian otak yang terkesan akan mati.

Serangan strok merupakan satu kecemasan dan perlu dibawa ke hospital secepat mungkin. Tanpa rawatan yang sewajarnya, strok boleh menyebabkan masalah kekal pada otak dan mengakibatkan kecacatan.

Bukan itu sahaja, strok juga boleh menjadi punca kebas hujung jari tangan. Malah, ada juga yang akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan jari selepas terkena serangan strok.

Bagaimana cara hilangkan kebas hujung jari?

Ada beberapa cara hilangkan kebas jari tangan yang boleh dilakukan untuk mereka yang mengalami masalah ini:

  • Lakukan senaman regangan atau terapi fizikal: Aktiviti ini dapat mengurangkan rasa kekejangan pada hujung jari, menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti.
  • Rehat: Jika anda baru sahaja alami kemalangan, atau bekerja terlalu keras, anda perlulah mendapatkan rehat yang mencukupi. Gunakan pek ais untuk mengelakkan jari bengkak.
  • Ambil ubat: Ubat-ubatan boleh mengurangkan kesakitan yang dialami. Untuk kes yang lebih serius, doktor mungkin akan membekalkan ubat-ubatan steroid.
  • Kurangkan stres pada kawasan yang terkesan: Ramai pesakit yang akan mendapat kelegaan selepas mereka duduk dengan postur badan yang betul, menggunakan peralatan yang ergonomik dan rehat dengan mencukupi.
  • Lakukan terapi: Jika semuanya tidak berjaya, lakukan terapi untuk mengelakkan hujung jari tangan kebas. Terapi boleh mengurangkan kesakitan dan membantu anda menggerakkan tangan dengan lebih baik.

Kesimpulan

Sekiranya tangan anda kerap kebas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan ambil ringan keadaan ini kerana ia mungkin menandakan penyakit yang lebih serius seperti diabetes atau sindrom terowong karpus (carpal tunnel) yang memerlukan rawatan segera.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Carpal Tunnel Syndrome. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/carpal-tunnel-syndrome/. Accessed on August 10, 2022.
  2. Cubital Tunnel Syndrome. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/c/cubital-tunnel-syndrome.html. Accessed on August 10, 2022.
  3. Numbness in Hands. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17824-numbness-in-hands. Accessed on August 10, 2022.
  4. Stroke. https://www.cdc.gov/stroke/about.htm. Accessed on August, 2022.
  5. Numbness in hands. https://www.mayoclinic.org/symptoms/numbness-in-hands/basics/causes/sym-20050842#:~:text=Hand%20numbness%20can%20be%20caused,occur%20first%20in%20your%20feet. Accessed on October 10, 2022.

Versi Terbaru

02/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rasa Sakit & Kebas Di Tapak Tangan? Ia Mungkin Tanda CTS, Semak Simptomnya!

Jari Terluka Semasa Memotong Sayur? Ini 6 Tindakan Anda Kena Buat Cepat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan