backup og meta

Ciuman Ibu: Cara Mudah dan Tidak Menyakitkan untuk Membuang Objek di dalam Hidung Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    Ciuman Ibu: Cara Mudah dan Tidak Menyakitkan untuk Membuang Objek di dalam Hidung Kanak-kanak

    Anak kecil anda mungkin termasuk biji manik, biji buah, atau objek lain di dalam hidungnya. Perkara ini biasa berlaku. Kebanyakan ibu bapa tahu tentang masalah sebegini. Apa yang anda lakukan? Siapa yang patut anda hubungi? Kajian terbaru mencadangkan satu rawatan tradisional yang dilakukan turun-temurun yang dikenali sebagai “ciuman ibu” yang mungkin membantu. Ia tidak invasif atau menakutkan berbanding teknik dan peralatan yang digunakan di bilik kecemasan.

    Apa itu “ciuman ibu”?

    Ia mula diperkenalkan pada tahun 1965. Ini merupakan teknik ciuman ibu dilakukan:

  • Orang dewasa akan meletakkan mulut mereka pada mulut kanak-kanak sambil menutup lubang hidung yang tidak tersumbat menggunakan satu jari
  • Orang dewasa tersebut menghembus ke dalam mulut kanak-kanak
  • Hembusan tersebut akan menekan objek keluar
  • Kajian telah menilai keputusan daripada lapan laporan yang telah dikeluarkan berkenaan orang dewasa yang menggunakan teknik ciuman ibu kepada kanak-kanak berumur satu hingga lapan tahun. Pada keseluruhannya, teknik ini berhasil tanpa sebarang komplikasi. Teknik ini amat berkesan mengeluarkan objek yang menutupi lubang hidung sepenuhnya berbanding objek yang boleh dilalui udara sebagaimana objek yang tertutup terus adalah berkemungkinan untuk digerakkan keluar daripada hidung. Kadar kejayaan teknik ini mencecah 60%. Penemuan ini dikeluarkan di dalam Canadian Medical Association Journal.

    Ciuman ibu tidak membahayakan

    Ciuman ibu menjadi rawatan awal yang yang selamat dan berkesan untuk membuang objek asing yang menghalang rongga hidung. Teknik ini mengelakkan daripada penggunaan teknik yang invasif seperti cangkuk, forseps, atau mesin menyedut untuk membuang objek. Ia juga membantu kanak-kanak daripada dibius dalam sesetengah kes.

    Ia juga mungkin membantu sekiranya kanak-kanak tersebut diberikan penerangan sebelum memulakan teknik ini. Kanak-kanak pada usia ini biasanya mempunyai ketakutan kepada benda yang tidak diketahui dan untuk menjalankan sebarang prosedur kepada mereka yang boleh menjadi sukar, terutama apabila cubaan untuk membuang objek asing boleh mendatangkan kesakitan.

    Risko utama teknik ini adalah kecederaan kepada gegendang telinga kanak-kanak atau saluran pendengaran dengan tekanan udara yang meningkat dengan mendadak. Walaupun begitu, risiko ini adalah rendah sekiranya glottis ditutup dan tiada laporan tentang kejadian ini dilaporkan dalam kajian. Terdapat juga bahaya sekiranya kanak-kanak yang mempunyai objek di dalam hidung, tercekik dengan objek tersebut.

    Ciuman ibu boleh dilakukan oleh kakitangan kesihatan dan boleh diulang beberapa kali sekiranya cubaan pertama gagal. Walaupun begitu, anda harus berhati-hati tentang di mana dan bilakah teknik ini dilakukan. Jangan cuba teknik ini tanpa pemantauan daripada doktor. Kanak-kanak mungkin akan berasa selesa dan tidak takut dengan menggunakan teknik ini berbanding teknik yang biasa digunakan di bilik kecemasan. Meskipun begitu, ciuman ibu ini sebaiknya dilakukan dengan kehadiran doktor sekiranya objek tersebut masuk ke dalam paru-paru.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan