backup og meta

Apa Itu Sepsis? Ini Simptom, Faktor Risiko dan Punca Berlakunya Sepsis!

Simptom sepsis atau tanda-tanda sepsisPuncaFaktor-faktor RisikoDiagnosis dan Rawatan

Antara simptom sepsis ialah suhu badan tinggi, kadar degupan jantung yang laju, serta kadar pernafasan melebihi 20 setiap minit. Ketahui selanjutnya di bawah ini.

Apa Itu Sepsis? Ini Simptom, Faktor Risiko dan Punca Berlakunya Sepsis!

Apa itu Sepsis?

Apa itu sepsis? Sepsis, juga digelar septicaemia atau keracunan darah, ialah komplikasi dari jangkitan atau kecederaan yang berpotensi mengancam nyawa anda.

Ia adalah hasil dari pelepasan bahan kimia ke dalam aliran darah untuk melawan jangkitan yang telah merangsang tindak balas radang di seluruh badan.

Keradangan ini boleh merangsang rangkaian perubahan yang akan merosakkan banyak sistem organ menyebabkan kegagalan padanya.

Apakah kebarangkalian Sepsis?

Sepsis paling kerap dan bahaya bagi dewasa tua atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah tetapi ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko.

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom sepsis atau tanda-tanda sepsis

Apakah simptom Sepsis atau tanda-tanda sepsis?

Tanda-tanda dan simptom-simptom sepsis yang kerap ialah:

  • Suhu badan melebihi 38.3°C atau di bawah 36°c;
  • Kadar degupan jantung melebihi 90 setiap minit;
  • Kadar pernafasan melebihi 20 setiap minit.

Sepsis yang teruk boleh menunjukkan tanda dan simptom seperti:

  • Pengurangan air kencing yang signifikan;
  • Perubahan mendadak pada status mental;
  • Pengurangan pada kiraan platelet;
  • Susah bernafas;
  • Jantung mengepam darah secara abnormal;
  • Sakit abdomen;
  • Kejutan septik.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami perkara di bawah:

  • Anda mengalami jangkitan atau menunjukkan tanda dan simptom sepsis selepas pembedahan;
  • Anda mengalami sepsis yang teruk atau kejutan septik.

Punca

Apakah Punca Sepsis?

Jangkitan bakteria, virus dan fungus menyumbang kepada sepsis.

Paling kerap ialah pneumonia, jangkitan abdomen, jangkitan buah pinggang dan jangkitan aliran darah.

Populasi menua juga dipercayai menjadi sebab kepada sepsis.

Di samping itu, keadaan bakteria yang melawan bakteria boleh menyebabkan sepsis, bermakna sebahagian jenis bakteria boleh melawan kesan antibiotik yang pernah membunuhnya.

Sebab lain ialah sistem imun lemah disebabkan oleh HIV, rawatan kanser atau ubat-ubatan untuk pemindahan organ.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sepsis?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Terlalu muda atau terlalu tua;
  • Sistem imun lemah;
  • Sedia ada dalam keadaan sakit;
  • Mempunyai luka atau kecederaan seperti terbakar;
  • Mengandungi alatan invasif seperti kateter intravena atau tiub pernafasan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sepsis didiagnosis?

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sepsis dirawat?

Ujian diperlukan oleh doktor anda untuk menentukan jika anda ada sepsis dan mengenal pasti keterukan jangkitan anda.

Ujian darah mungkin menjadi langkah pertama yang anda perlukan.

Ia boleh membantu mengesan jangkitan, masalah pembekuan darah, fungsi hati atau buah pinggang abnormal, pengurangan kadar oksigen, ketidakstabilan pada mineral yang digelar electrolytes yang memberi kesan kepada kadar air di dalam badan dan juga keasidan darah.

Selain dari keputusan ujian darah dan simptom-simptom anda, ujian lain yang boleh dijalankan ialah ujian air kencing untuk melihat jika ada bakteria di dalam air kencing, ujian rembesan luka untuk melihat jangkitan pada luka terbuka, ujian rembesan lendir untuk mengetahui jenis kuman yang menyebabkan jangkitan.

Jika ujian-ujian di atas tidak membantu mencari sumber jangkitan, beberapa ujian lain boleh digunakan untuk membantu diagnosis.

X-ray untuk melihat paru-paru, imbasan CT untuk melihat kebarangkalian jangkitan appendiks, pankreas atau kawasan usus.

Ultrasonik untuk melihat jangkitan di dalam hempedu atau ovari dan MRI yang boleh mengesan jangkitan tisu lembut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sepsis. http://www.nhs.uk/Conditions/Blood-poisoning/Pages/Introduction.aspx. Accessed July 7, 2016.

Sepsis. http://www.healthline.com/health/sepsis#Overview1. Accessed July 7, 2016.

Versi Terbaru

18/06/2025

Ditulis oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Tip Jaga Buah Pinggang Agar Tidak Rosak, Jangan Ambil Sembarangan Ubat!

Apa Itu Sepsis? Ini Simptom, Faktor Risiko dan Punca Berlakunya Sepsis!


Ditulis oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group · Dikemas kini 18/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan