Walaupun Cara Ini Selamat, Namun Ada Kesan Sampingan Suntikan Epidural Ini, Anda Wajib Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anestesia epidural, yang sering dikenali sebagai suntikan epidural, adalah salah satu daripada dua jenis anestesia neuroksial. Ia menggunakan ubat-ubatan untuk membius bahagian badan bagi membantu pesakit menjalani prosedur perubatan tanpa rasa sakit atau rasa yang tidak menyenangkan.

Apakah itu suntikan epidural?

Di bawah anestesia epidural, pakar bius akan menggunakan jarum untuk memasukkan ubat anestetik ke bahagian belakang anda yang dipanggil ruang epidural. Kaedah ini akan menjadikan beberapa bahagian tubuh anda kebas dan membantu anda berhenti merasa sakit dan sebarang sensasi. Sesetengah kawasan yang terkesan dengan anestesia epidural termasuklah:

  • Dada;
  • Kawasan pinggul;
  • Kaki.

Kesan sampingan

Kadangkala, anestesia epidural tidak berfungsi dengan betul. Dalam situasi ini, pakar bius anda mungkin mengesyorkan anda menggunakan pelega kesakitan yang lain atau melakukannya sekali lagi:

  • Mereka tidak dapat mencari ruang epidural anda.
  • Ubat-ubatan tidak tersebar ke dalam ruang epidural.
  • Kateter boleh terkeluar.

Walaupun ubat-ubatan berfungsi, risiko kadangkala tetap berlaku. Kajian telah menunjukkan bahawa anestesia epidural adalah selamat dalam kebanyakan kes. Tetapi seperti prosedur perubatan lain, ia mempunyai kesan sampingan. Berikut adalah beberapa kesan sampingan anestesia epidural:

Tekanan darah anda mungkin menurun semasa prosedur

Ia adalah kerana ubat-ubatan tersebut menjejaskan saraf yang pergi ke saluran darah. Dalam keadaan ini, anda mungkin perlu berbaring untuk membiarkan darah sampai ke seluruh tubuh anda atau pakar kesihatan anda mungkin memberikan anda beberapa ubat untuk meningkatkan tekanan darah anda dan mengekalkannya. Jadi jangan risau.

Anda mungkin kehilangan kawalan pundi kencing anda

Anda mungkin tidak tahu bila pundi kencing anda penuh kerana, di bawah anestesia epidural, deria rasa anda hilang. Jururawat akan meletakkan keteter ke dalam pundi kencing anda untuk membolehkan air kencing keluar. Fungsi pundi kencing anda akan kembali normal sebaik sahaja ubat-ubatan anestetik hilang kesan.

Kulit anda mungkin gatal

Ini mungkin disebabkan kandungan ubat-ubatan yang digunakan untuk anestesia ini. Tetapi keadaan ini akan hilang selepas beberapa hari atau mungkin dirawat dengan mudah.

Anda mungkin berasa letih atau sakit atau mengantuk selepas prosedur ini

Sekiranya tekanan darah anda tidak meningkat, ikut arahan doktor dan ambil ubat yang diarahkan.

Anda mungkin mengalami sakit belakang

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara anestesia epidural dan sakit belakang jangka masa panjang selepas bersalin. Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang teruk, anda harus memaklumkan pakar kesihatan anda untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk

Ini jarang berlaku tetapi boleh terjadi kerana ubat bius yang disuntik ke dalam badan anda. Biasanya ia akan hilang setelah beberapa lama tetapi jika ia tidak hilang, maklumkan doktor anda.

Anda mungkin mengalami jangkitan

Anda mungkin mempunyai risiko untuk dijangkiti apabila jarum disuntik ke dalam badan anda. Ini jarang berlaku tetapi jika ia menjadi teruk, ia boleh merosakkan saraf anda dan membuat anda hilang keupayaan pergerakan separuh badan anda.

Anestesia epidural biasanya selamat untuk kebanyakan orang, tetapi masih ada risiko. Sebelum anda mendapat epidural, anda harus berbincang dengan pakar kesihatan anda dengan berhati-hati mengenai prosedur, bagaimana untuk mengambil langkah pencegahan dan bersiap sedia untuk mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Perkembangan bayi boleh terganggu dek kelahiran pramatang. Mereka juga berisiko untuk mengalami komplikasi negatif. Ketahui 13 kesan buruk bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/01/2020 . 3 minit bacaan

    Berdebar & Takut Tunggu Masa Nak Bersalin? Ini 5 Tips BERGUNA Kurangkan Gemuruh Itu

    Jika anda sering berasa resah dan gusar berkenaan kelahiran bayi anda, ikuti tip berikut bagi membantu menenangkan diri anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    selepas bersalin

    Apa Bayi Buat 24 Jam Selepas Keluar Daripada Perut Ibu? Fakta #4, Baby Tak Perlu Mandi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
    tulang manusia

    8 Pembedahan Ortopedik Yang Paling Banyak Dilakukan! #1 Kerap Berlaku Kepada Atlet?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    terapi prostat

    Pesakit Kanser Prostat Perlu Buat Rawatan Awal, Usah Bimbang Anda Masih Berpotensi Untuk Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan