Salmonellosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Salmonellosis?

Salmonellosis adalah jangkitan bakteria Salmonella dalam perut dan usus. Penyakit ini sama dengan gastritis. Majoriti pesakit dengan jangkitan ringan akan menjadi lebih baik selepas 4 hingga 7 hari tanpa rawatan. Pandemik (wabak) boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar (seperti makan di restoran yang sama). Bagi mereka yang mengalami cirit-birit yang teruk, akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan cecair bagi mengelakkan dehidrasi dan antibiotik.

Apakah kebarangkalian Salmonellosis?

Kebanyakan pesakit salmonellosis hidup dalam persekitaran yang teruk, pencemaran, kotoran  dan bakteria. Oleh itu, kualiti kebersihan makanan dan kurang menjalankan aktiviti boleh mendatangkan risiko keracunan makanan dan jangkitan lain. Di samping itu, anda juga berisiko tinggi menghidap salmonellosis jika anda mempunyai hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti.

Selain itu, kanak-kanak, orang tua dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah akan lebih cenderung untuk mengalami Salmonellosis. Kadar demam salmonellosis di negara-negara kurang maju adalah lebih tinggi daripada di negara maju.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Salmonellosis?

Simptom utama ialah cirit-birit. Simptom mungkin ringan, iaitu najis yang cair  2 hingga 3 kali sehari. Simptom ini juga boleh disertai dengan cirit-birit yang serius setiap 10 atau 15 minit. Terdapat juga beberapa simptom lain seperti darah dalam najis, kekejangan perut, muntah, demam dan sakit kepala.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berjumpa dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor anda akan apa yang terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Salmonellosis?

Anda boleh dijangkiti salmonellosis yang disebabkan oleh pengambilan makanan, terutama telur, daging sapi, ayam, buah atau minum air atau susu yang tercemar. Makanan yang dimasak membantu mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak sepenuhnya menghapuskan risiko jangkitan. Salmonellosis boleh tersebar dari seseorang ke seseorang yang lain jika mereka tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Salmonellosis juga boleh menjangkiti manusia dari binatang peliharaan seperti penyu dan iguana.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Salmonellosis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit ini seperti:

  • Merantau atau bekerja di tempat atau kawasan di mana terdapat wabak salmonellosis.
  • Bekerja di makmal atau bersentuhan dengan bakteria salmonella.
  • Berhubung rapat dengan pesakit tifus  (typhoid)
  • Mempunyai sistem imun yang lemah kerana ubat-ubatan seperti kortikosteroid atau HIV / AIDS.
  • Minum air tercemar yang boleh mengandungi salmonella.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Salmonellosis didiagnosis?

Salmonellosis akan didiagnosis oleh doktor berdasarkan simptom anda. Juga, anda akan diuji melalui najis, darah dan air kencing untuk keputusan yang paling tepat. Ujian darah perlu dilakukan untuk menidakkan penyakit lain.

Bagaimana pesakit Salmonellosis dirawat?

Infeksi Salmonellosis yang ringan tidak memerlukan rawatan. Kebanyakan pesakit pulih sendiri dalam masa 24 hingga 48 jam. Anda perlu dikuarantin atau menggunakan bilik mandi yang berbeza. Mencuci tangan adalah penting untuk mencegah penyebaran kuman.

Sekiranya anda mengalami demam dan jangkitan serius (demam kepialu), anda memerlukan rawatan antibiotik. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Memiliki diet yang berdisiplin dengan cecair Gatorade atau Pedialyte sehingga sembuh dari cirit-birit. Selepas itu, anda boleh beransur-ansur mengambil makanan seperti biasa. Produk susu boleh menyebabkan cirit-birit menjadi lebih teruk jadi anda perlu mengelak dari memakannya untuk beberapa hari. Jika cirit-birit menjadi teruk, anda mungkin memerlukan cecair menerusi vein (intervena).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Salmonellosis?

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  penyakit ini:

  • Masak dengan sempurna makanan seperti daging dan ayam.
  • Simpan makanan dengan betul. Sebagai contoh: jangan biarkan salad sayuran dengan campuran mayonis pada suhu bilik selama beberapa jam.
  • Minum susu pasteur sahaja.
  • Minum air di dalam botol sahaja semasa merantau atau melancong.
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau haiwan yang berisiko membawa jangkitan salmonella seperti penyu yang membiak.
  • Basuh tangan anda dengan berhati-hati selepas menggunakan tandas untuk mengelakkan penyakit tersebar.
  • Minum air dengan elektrolit (seperti meminum air untuk aktiviti sukan) sehingga cirit-birit berhenti sepenuhnya.
  • Mengamalkan diet dengan kalori yang sedikit selepas cirit-birit berhenti sepenuhnya.
  • Hubungi doktor anda jika anda dehidrasi (kedutan, kekeringan dan air kencing sedikit dan pekat) atau mempunyai simptom yang berlanjutan lebih daripada 48 jam, seperti demam bersuhu tinggi, cirit-birit yang teruk, kulit atau mata kuning.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Mempunyai seks yang selamat adalah penting dalam apa-apa hubungan, terutamanya di antara orang yang mempunyai HIV kerana aktiviti seksual adalah salah satu sebab utama penyebaran HIV. Oleh itu, jika anda mempunyai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi telah dikenal pasti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Melihat Kembali Perkembangan HIV: Sejauh Mana Telah Kita Capai?

    Sempena Hari AIDS Dunia 2018 yang jatuh pada 1 Disember, mari kita melihat kembali perkembangan jangkitan HIV/AIDS sejak ia mula menyerang dunia dan sejauh mana pencapaian dunia dalam memerangi penyakit ini. Sehingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

    Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik? Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 30/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    usus

    Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/07/2019 . 4 minit bacaan
    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan
    perkosaan

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 minit bacaan
    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 minit bacaan