Kawal stress
Stress mampu membawa impak negative terhadap mental dan fizikal anda, yang juga menyumbang kepada peningkatan tekanan darah. Anda boleh mengamalkan beberapa cara untuk menenangkan diri dan mencari kekuatan untuk berhadapan dengan masalah. Mendengar muzik, melakukan aktiviti fizikal, dan meditasi adalah pilihan yang baik. Selain itu, Yoga atau Tai chi boleh membantu mengawal pernafasan, kemarahan, kepenatan dan gangguan dalam fikiran anda.
Saintis sedang mengkaji perubahan faktor tekanan darah tinggi , menghasilkan cara dan ubat-ubatan untuk mengawalnya. Mungkin pada masa akan datang , vaksin yang baru akan ditemui untuk mengelakkan “hipertensi”. Satu-satunya perkara yang anda mampu lakukan pada masa ini adalah belajar untuk hidup dengannya. Rawatan alternatif yang dinyatakan di atas adalah cara yang mudah bagi anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen