backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Prediabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor · Disemak pada 20/04/2022

Prediabetes

Pre diabetes bermakna jumlah gula dalam darah anda lebih tinggi dari normal tapi belum cukup tinggi untuk dianggap sebagai diabetes jenis 2.

Definisi

Apa itu Pre diabetes?

Sekiranya anda mengalami pradiabetes, anda mungkin tidak mampu membuat insulin secukupnya selepas makan, atau badan anda tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

Tanpa intervensi, pre diabetes akan menjadi diabetes jenis 2 dalam 10 tahun atau kurang. Prediabetes boleh merosakkan jantung dan sistem sirkulatori anda jauh sebelum diabetes jenis 2 berlaku.

Apakah kebarangkalian Pre diabetes?

Pradiebetes adalah penyakit yang biasa terjadi. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pre diabetes?

Pre diabetes

Dalam kebanyakan kes, prediabetes tidak mempunyai simptom. Sekiranya keadaan menunjukkan simptom, anda boleh menjangkakan:

  • Rasa dahaga yang bertambah;
  • Kekerapan kencing;
  • Penat;
  • Penglihatan kabur.
  • Salah satu tanda biasa mereka yang mengalami prediabetes ialah perubahan warna kulit. Warna kulit merek cenderung menjadi gelap (acanthosis nigricans), terutamanya sekitar leher, ketiak, siku, lutut dan kawasan buku jari.

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana satu dari yang di bawah:

    • Anda mempunyai berat badan berlebihan, dengan BMI di atas 25;
    • Anda tidak aktif;
    • Anda berusia 45 tahun ke atas;
    • Anda mempunyai sejarah keluarga diabetes jenis 2;
    • Anda mengalami diabetes gestasi semasa mengandung atau melahirkan bayi dengan berat lebih dari 4.1 kg;
    • Anda mempunyai sindrom ovari polisistik – keadaan yang dikarakterkan melalui tempoh menstruasi yang tidak tetap, lebihan pertumbuhan rambut di sesetengah bahagian tubuh dan obesity;
    • Anda mempunyai tekanan darah tinggi;
    • Kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) anda di bawah 35 milligram per decilitre (mg/dL) (0.9 millimol per liter, mmol/L) atau tahap trigloserida di atas 250 mg/dL (2.83 mmol/L).

    Punca

    Apakah Punca Pre diabetes?

    Saintis belum lagi menjumpai punca bagi pre diabetes. Bagaimanapun, sesetengah mencadangkan bahawa genetik mungkin memainkan peranan dalam meningkatkan faktor risiko pradiabetes.

    Ini kerana malfungsi pada gene yang mengawal pemprosesan insulin, menyebabkan badan anda tidak dapat mengurus insulin secara baik. Maka, tahap insulin mengurang, menjadikan gula untuk berkumpul pada saluran darah. Lebihan lemak juga boleh mengakibatkan pre diabetes.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pre diabetes?

    Pre diabetes

    Ada banyak faktor risiko bagi pradiabetes, contohnya:

    • Berat. Mempunyai berat yang berlebihan ialah faktor risiko utama bagi pre diabetes. Ini termasuklah mereka yang mempunyai BMI melebihi 35.
    • Saiz pinggang. Saiz keliling pinggang yang luas menandakan ketahanan insulin.
    • Kurang aktif. Semakin kurang aktif anda, semakin tinggi risiko bagi pradiabetes.
    • Usia. Walaupun pradiabetes boleh berlaku pada mana-mana usia, risiko pradiabetes meningkat seiring usia anda, terutamanya selepas usia 45 tahun.
    • Sejarah keluarga. Risiko pradiabetes boleh meningkat sekiranya ibubapa atau adik-beradik mempunyai diabetes jenis 2.
    • Bangsa. Walaupun masih belum jelas mengapa, mereka yang dari beberapa bangsa yang mempunyai darah Asia secara amnya  – termasuklah African-American, Hispanic, American Indian, Asian-American atau penetap Pulauan Pasifik – adalah lebih cenderung menghidap pradiabetes.
    • Diabetes gestasi. Sekiranya anda pernah mengalami diabetes gestasi semasa mengandung, risiko anda kemudian untuk menghidapi diabetes meningkat. Sekiranya anda melahirkan bayi yang berat lebih dari 4.1 kg, anda juga berisiko menghidap diabetes.
    • Sindrom polisistik ovari. Bagi wanita, mengalami sindrom polistik ovari – keadaan biasa yang mempunyai ciri tempoh menstruasi tidak tetap, penumbuhan bulu berlebihan dan obesity – meningkatkan risiko diabetes.
    • Tidur. Apnea tidur ialah masalah yang menyebabkan pernafaasan terganggu beberapa kali semasa tidur, mengakibatkan kualiti tidur berkurangan. Mereka yang bekerja bertukar-tukar syif atau syif malam, berkemungkinan menyebabkan masalah tidur, juga mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk pradiabetes atau diabetes jenis 2.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit didiagnosis?

    Tiga ujian digunakan untuk diagnosis pradiabetes:

    • Ujian A1C (juga dipanggil HbA1C, hemoglobin, atau ujian glycosylated hemoglobin). Ujian ini bagi mengukur peratusan gula di dalam darah selama 2-3 bulan. A1C yang normal sepatutnya dibawah 5.7 peratus. Kadar A1C antara 5.7 ke 6.4 peratus dianggap sebagai pradiabetes. Kadar peratusan 6.5 peratus atau lebih pada 2 ujian berbeza menandakan anda mempunyai diabetes.
    • Ujian glukos darah puasa. Doktor anda akan mengambil sample darah anda selepas anda berpuasa (tidak makan) semalaman. Kadar gula dalam darah dari 100 ke 125 mg/dL (6.1 to 6.9 mmol/L) dikira mengalami pradiabetes.
    • Ujian toleransi glukos oral. Ujian ini juga akan mengukur gula dalam darah selepas anda berpuasa semalaman. Selepas mengambil ukuran kadar, anda akan meminum cecair bergula dan menunggu sehingga gula masuk ke dalam badan. Ujian darah seterusnya akan diambil. Kadar gula dalam darah dari 140 ke 199 mg/dL (7.8 to 11.0 mmol/L) dianggap sebagai pradiabetes.

    Bagi semua ujian ini, semakin tinggi nombor jumlah bacaan, semakin bertambah risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa akan datang.

    Bagaimana pesakit dirawat?

    Sekiranya anda mengalami pradiabetes, rawatan pertama biasanya dengan mengubah gaya hidup. Ini termasuklah mengubah diet dan bersenam secara tetap. Dua kunci perubahan gaya hidup yang membantu mengawal dan menghentikan pradiabetes ialah senaman secara tetap dan penurunan berat. Sekiranya berat badan anda berlebihan, pradiabetes anda lebih cenderung untuk menjadi diabetes.

    Sekiranya hasil ujian adalah tinggi tapi tidak terlalu tinggi untuk dipanggil diabetes, anda perlukan medikasi untuk mengawal kadar insulin. Salah satu ubatan biasa bagi pradiabetes ialah metformin (Glucophage).

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menanganinya?

    Pre diabetes

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pradiabetes:

    • Hentikan merokok;
    • Cari cara yang selamat bagi menurunkan berat, hanya penurunan sebanyak 5% berat badan adalah cukup untuk membuat perubahan;
    • Penggunaan herba bagi mengawal kadar gula dalam darah adalah biasa dilakukan bagi mereka yang mengalami pradiabetes. Sesetengah herba biasa digunakan ialah cassia cinnamon, chromium, coenzyme Q10, ginseng, glucomannan, guar gum, gymnema, magnesium, prickly pear cactus, soya dan stevia. Walaupun beberapa bahan ini menunjukkan kesan positif pada cubaan awal, tetapi masih belum ada bukti kukuh mengenai keberkesanan terapi alternatif ini.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor · Disemak pada 20/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan