backup og meta

Risiko Maut Lebih Tinggi Jika Alami Serangan Jantung Waktu Pagi, Ini Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/10/2021

    Risiko Maut Lebih Tinggi Jika Alami Serangan Jantung Waktu Pagi, Ini Puncanya!

    Serangan jantung waktu pagi sering terjadi secara tiba-tiba dan mungkin berlaku bila-bila masa sahaja namun lebih kerap terjadi selepas anda terjaga dari tidur.

    Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan peristiwa serangan jantung adalah berlaku pada pagi hari dan ia juga turut dipercayai adalah jauh lebih berbahaya.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal kardiologi, serangan jantung pada waktu ini dikaitkan dengan sekitar 20% lebih banyak kematian tisu jantung berbanding pada waktu lain.

    Apa yang membuatkan serangan jantung lebih kerap terjadi pada waktu pagi? Jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut lagi untuk tahu!

    #1. Pembentukan darah beku

    Pada awal pagi, tahap PAI-1 meningkat. Protein ini menghalang tubuh anda daripada memecahkan bekuan darah, penyumbang utama serangan jantung dan strok.

    Semasa waktu pagi, platelet darah juga lebih pekat dan peningkatan adrenalin yang dikeluarkan dari kelenjar adrenal boleh menyebabkan plak pada arteri koronari pecah.

    Anda juga mungkin akan mengalami peningkatan semula jadi kortisol, menambahkan beban pada jantung.

    #2. Denyutan jantung tidak teratur

    Dalam kajian yang dilakukan di makmal, kadar denyutan jantung  didapati perlahan dan kurang teratur pada waktu pagi.

    Denyutan jantung yang kurang teratur juga mungkin akan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah secara efisien.

    serangan jantung waktu pagi

    Serangan jantung waktu pagi akibat #3. Bebanan

    Sewaktu anda bangun pada awal pagi, badan dan jantung anda memerlukan lebih banyak bekalan oksigen untuk menggerakkan sistem kardiovaskular yang kurang bekerja sewaktu anda tidur.

    Selain itu, lebih banyak tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti lain lantas menjadi bebanan.

    Serangan jantung waktu pagi akibat #4. Tekanan

    Walaupun ia sering dianggap bahawa waktu pagi berkait dengan tekanan kerja, kajian mendapati ia lebih terkait dengan aturan biologi hormon yang lebih tinggi di waktu pagi.

    Pelepasan hormon stres seperti Catecholamines adalah sangat penting di dalam tindak balas kepada tekanan yang berlaku kepada individu.

    Tahap yang tinggi menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh mengakibatkan sakit kepala, berpeluh, jantung berdegup laju, sakit dada, dan kebimbangan.

    #5. Tekanan sewaktu membuang air

    Serangan jantung yang berlaku semasa membuang air adalah kesan menggunakan postur duduk sewaktu membuang air besar.

    Daya yang diperlukan untuk mengosongkan perut dalam kedudukan duduk menyebabkan ketegangan berlebihan yang boleh menjejaskan sistem kardiovaskular.

    Disebabkan itu, banyak kes serangan jantung berlaku di bilik mandi dan pada waktu pagi.

    Oleh itu, serangan jantung waktu ini lebih terkait dengan sebab biologi berbanding tabiat harian anda.

    Ketahui simptom serangan jantung dan pertolongan cemas yang perlu anda berikan kepada mereka yang menghadapinya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Shelby

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan