Keracunan Sianida

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/12/2019 . 6 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu keracunan sianida?

Sianida adalah racun yang luar biasa tetapi berpotensi membawa maut. Ia berfungsi dengan cara menjadikan tubuh tidak dapat menghirup oksigen. Sebatian sianida berpotensi beracun termasuklah gas hidrogen sianida, pepejal kristal, kalium sianida dan natrium sianida.

Apakah kebarangkalian keracunan sianida?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom keracunan sianida?

Pengesanan keracunan sianida boleh menjadi sesuatu yang sukar. Kesan pengambilan sianida sangat mirip dengan kesan-kesan akibat lemas. Mekanisme keracunan berlaku kerana sianida menghentikan sel-sel tubuh daripada dapat menggunakan oksigen, yang mana semua sel memerlukannya untuk bertahan.

Simptom-simptom keracunan sianida adalah serupa dengan sesuatu yang dialami semasa mendaki di altitud yang tinggi, dan antara lain termasuklah:

  • Kelemahan umum
  • Kekeliruan
  • Tingkah laku yang pelik
  • Mengantuk yang berlebihan
  • Koma
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Kekejangan

Biasanya, pengambilan sianida akut akan mempunyai permulaan yang dramatik, cepat, menjejaskan hati dengan segera dan menyebabkan kerebahan tubuh secara tiba-tiba. Ia juga boleh memberi kesan segera kepada otak dan menyebabkan kekejangan atau koma.

Keracunan sianida kronik (dalam tempoh masa yang lama) daripada pengambilan atau keracunan alam sekitar akan mempunyai permulaan yang berperingkat, dan simptom-simptom berkemungkinan termasuk:

Kulit individu yang mengalami keracunan sianida kadang-kadang boleh menjadi merah jambu atau merah ceri kerana oksigen akan kekal berada di dalam darah dan tidak masuk ke dalam sel. Individu terbabit mungkin akan bernafas dengan cepat dan mempunyai degupan jantung yang sangat cepat atau sangat lambat. Kadangkala, nafas individu terbabit akan berbau seperti badam pahit, walaupun ini boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk dikesan.

Kemungkinan yang paling penting ialah pemerhatian terhadap persekitaran, dan bukannya tanda-tanda atau simptom-simptom.

Seseorang yang bekerja di dalam makmal atau kilang plastik mempunyai risiko keracunan sianida yang lebih tinggi.

Rumah, RV, bot, atau kebakaran bangunan juga termasuk dalam kebimbangan tambahan terhadap pendedahan sianida.

Jika anda mengetahui seseorang yang telah mengalami tekanan atau masalah penyalahgunaan bahan dan anda mendapati dia mempunyai sebarang petanda atau simptom keracunan sianida, cubaan membunuh diri mungkin akan berlaku. Keadaan persekitaran mungkin faktor yang lebih tepat untuk mengetahui sama ada seseorang telah mengalami keracunan sianida berbanding daripada simptom. 

Mungkin juga terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda atau seseorang yang anda kenali telah menelan, menghidu atau terdedah kepada sianida, dan anda atau mereka mempunyai tanda atau simptom, seperti lemah, pening, gangguan pernafasan, kekeliruan atau kekejangan, anda perlu menghubungi ambulans, sistem tindak balas kecemasan di kawasan anda, atau pusat kawalan racun dengan segera.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan keracunan sianida?

Keracunan sianida disebabkan oleh:

  • Kebakaran: Penyedutan asap semasa pembakaran bahan-bahan biasa seperti getah, plastik, dan sutera boleh menyebabkan asap sianida dan menyebabkan keracunan sianida
  • Fotografi, penyelidikan kimia, plastik sintetik dan serat, pemprosesan logam, pengasapan dan racun perosak, perlombongan, dan industri penyaduran menggunakan hidrogen sianida. Kalium sianida digunakan dalam pengekstrakan emas dan perak, analisis kimia, membuat bahan kimia lain, dan sebagai racun serangga
  • Tumbuhan: Kebanyakannya dari keluarga Rosaceae, biji-bijian dari tumbuhan seperti aprikot, badam pahit, ceri laurel, plum, pic, pir, dan epal mengandungi glycosides sianogenik. Jenis kentang yang dikenali sebagai ubi kayu juga boleh menyebabkan keracunan sianida. Walau bagaimanapun, hanya pengambilan kronik atau besar-besaran mana-mana tumbuhan ini boleh menyebabkan keracunan sianida yang serius
  • Laetrile, sebatian yang mengandungi amygdalin (bahan kimia yang terdapat dalam lubang-lubang buah-buahan mentah, kekacang, dan tumbuhan) telah dikatakan sebagai rawatan kanser di seluruh dunia. Salah satu kesan sampingan laetrile ialah keracunan sianida. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) tidak meluluskan laetrile sebagai rawatan kanser di Amerika Syarikat. Ubat ini juga dibuat dan digunakan sebagai rawatan kanser di Mexico dengan nama “laetrile / amygdalin”
  • Sesetengah bahan kimia, selepas pengambilannya, boleh ditukar oleh badan ke dalam bentuk sianida dan menyebabkan keracunan sianida. Kebanyakan bahan kimia ini telah dikeluarkan dari pasaran, tetapi beberapa produk penanggal pengilat kuku, pelarut dan campuran pembuatan plastik mungkin mengandungi bahan ini
  • Asap rokok adalah sumber pendedahan sianida yang paling biasa bagi kebanyakan individu. Sianida boleh didapati dalam tembakau secara semula jadi, dan perokok boleh mempunyai lebih daripada 2.5 kali tahap keseluruhan sianida dalam darah berbanding mereka yang tidak merokok, walaupun ini secara umumnya tidak mencukupi untuk menyebabkan keracunan

Ketahui faktor risiko

Apa yang meningkatkan saya kepada risiko keracunan sianida?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keracunan sianida, seperti:

  • Mereka yang bekerja di industri yang menggunakan jenis bahan kimia ini dan individu yang sengaja dalam cubaan membunuh diri
  • Mereka yang cuba membunuh diri dengan menggunakan pil sianida atau kapsul mungkin percaya ia adalah kematian yang cepat dan tidak menyakitkan, namun, sianida membakar perut dan mencegah tubuh daripada menggunakan oksigen, menyebabkan kematian yang menyakitkan
  • Bagi kebanyakan individu, sianida hanya menyebabkan keracunan jika kebakaran berlaku atau jika sebilangan sebatian yang disebutkan di atas diambil secara tidak sengaja

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana keracunan sianida didiagnosis?

Keracunan sianida adalah keadaan yang boleh dirawat, dan ia boleh sembuh jika dikesan dengan cepat dan rawatan dimulakan dengan serta-merta. Kebanyakan individu menemui maut kerana diagnosis tidak dibuat dengan cepat, atau ia tidak dipertimbangkan dari awal. Keracunan sianida jarang terjadi, jadi doktor yang merawat harus dimaklumkan mengenai kemungkinan ia berlaku. Ini mungkin salah satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa.

Sekiranya anda merupakan penyelamat, anda akan ditanya soalan mengenai apa yang berlaku kepada mangsa. Anda akan ditanya sama ada terdapat sebarang botol yang terletak di sekeliling, atau jika mangsa mempunyai sebarang masalah perubatan atau psikiatri, dan butiran lain. Kekal tenang dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan, kerana ini adalah maklumat penting yang diperlukan untuk menjaga individu yang terjejas.

Ujian darah, X-ray, dan prosedur lain perlu dilakukan untuk menentukan sama ada keracunan sianida telah berlaku, seteruk manakah keracunannya, atau jika beberapa jenis keracunan lain telah berlaku.

Ujian diagnostik untuk mengesan sianida memerlukan waktu berjam-jam hingga berhari-hari. Oleh itu, para doktor akan bergantung kepada maklumat yang anda katakan kepada mereka, bagaimana keadaan mangsa kelihatan, dan data makmal yang menyokong untuk menentukan kemungkinan pendedahan terhadap sianida yang sebenar.

Bagaimana keracunan sianida dirawat?

Bergantung pada tahap kesakitan yang dialami pesakit, rawatan yang diberikan akan berbeza-beza.

  • Sekiranya pesakit benar-benar tidak sedarkan diri, semua percubaan akan dibuat untuk menyelamatkan nyawa individu tersebut. Pelbagai langkah invasif perlu dilakukan kepada pesakit untuk memantau dan menilai individu terbabit dengan teliti
  • Sekiranya keadaan pesakit tidak serius, dia akan memerlukan siasatan menyeluruh. Biasanya, pakaian pesakit akan dikeluarkan kerana sisa sianida pada pakaian boleh terus meracuni kedua-dua pesakit dan mereka yang terlibat dalam memberi penjagaan
  • Kit Penawar Cyanide (CAK) atau Hydroxocobalamin (Cyanokit) mungkin boleh digunakan jika terdapat kecurigaan yang kuat untuk keracunan sianida. Walaupun tidak berjaya menyembuhkannya secara 100%, antidot ini sering kali dapat mencegah sianida daripada terus meracuni mangsa
  • Dicobalt edetate adalah chelator intravena sianida (membantu menghilangkan sianida dari badan), yang digunakan di United Kingdom. Ia boleh mempunyai kesan sampingan yang teruk termasuk kekejangan, anafilaksis, tekanan darah rendah, dan denyutan jantung yang tidak normal. Ia hanya digunakan apabila diagnosis keracunan sianida hampir pasti dan rawatan alternatif tidak tersedia
  • Jika seseorang itu juga mempunyai keracunan karbon monoksida, terapi oksigen hiperbarik boleh digunakan jika tersedia. Ini perlu meletakkan individu terbabit di ruang khas yang akan memberikan jumlah oksigen yang sangat tinggi

Biasanya pusat kawalan racun tempatan atau pakar racun (toksikologi) akan dimaklumkan mengenai mangsa. Bantuan mereka akan membantu menentukan penjagaan pesakit.

Sekiranya ditentukan bahawa risiko pengambilan sianida sebenar adalah sangat rendah, pesakit boleh dipantau selama beberapa jam. Sekiranya pesakit kelihatan cukup baik, dia boleh pulang ke rumah dengan arahan yang teliti untuk kembali dengan serta-merta sekiranya terdapat tanda atau simptom seperti sebelumnya.

Sekiranya pesakit mempunyai pendedahan sianida yang ketara, mempunyai penyakit sebelumnya, atau mempunyai diagnosis yang tidak pasti dan terlalu sakit untuk pulang, mereka akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani keracunan sianida?

Keracunan sianida tidak boleh dirawat di rumah. Rawatan perubatan segera amat diperlukan bagi kes keracunan sianida.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Pakai Racun Serangga? Benarkah Ia Boleh Menyebabkan Kecacatan Kekal Pada Janin?

    Bayi dalam kandungan berisiko mendapat kecacatan kekal jika anda terdedah kepada racun serangga sewaktu hamil. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/11/2019 . 2 minit bacaan

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir?

    Memandangkan jangkaan musim banjir yang akan berlaku sudah diumumkan, apakah persediaan kita bagi menghadapi musim tengkujuh tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

    Pernahkah anda melihat individu mengumpulkan air daripada saliran-saliran air bukit atau tepi jalan dan disimpan di dalam botol? Jika ya, baca ini dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Kenapa Anda Perlu Ada 2 Papan Pemotong Di Rumah?

    Berapa banyakkah papan pemotong yang anda miliki di rumah? Adakah anda menggunakan satu papan pemotong dengan pelbagai tujuan? Berhenti sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahan kimia

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    makhluk halus

    Nampak Makhluk Halus! Realiti, Ilusi Atau Halusinasi? (Bahagian 1)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/11/2019 . 4 minit bacaan