Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, terdapat 3 jenis kanser darah yang berbeza?

Kanser tersebut ialah leukemia, limfoma dan juga myeloma dan ketiga-tiga kanser ini mempunyai penyebab dan simptom yang berbeza.

Kanser darah: Apa itu leukemia dan limfoma?

Leukemia ialah sejenis kanser yang bermula daripada sumsum tulang.

Kanser ini wujud dalam beberapa jenis. Ada yang berlaku hanya pada kanak-kanak dan ada juga yang boleh menyerang orang dewasa.

Apabila seseorang itu didiagnosis dengan leukemia, sel di dalam sumsum tulang akan mula berubah.

Sel leukemia tersebut akan membesar secara abnormal dan mengganggu sel-sel darah normal lain dalam salur darah manusia.

Limfoma pula ialah sejenis kanser yang menyerang sistem limfa badan. 2 jenis kanser limfoma yang utama ialah limfoma Hodgkin (Hodgkin lymphoma) dan limfoma bukan Hodgkin (non-Hodgkin lymphoma).

Sel darah putih dalam badan pesakit limfoma membesar dan membahagi tanpa kawalan. Sel-sel ini kemudiannya berkumpul di nodus limfa dan limpa pesakit lalu membentuk tumor.

Leukemia dan limfoma kedua-keduanya merupakan sejenis kanser darah. Tambah lagi, kedua-dua kanser ini juga memberi kesan terhadap sel darah putih dalam badan.

Walau bagaimanapun, punca dan cara merawat kedua-kedua penyakit ini adalah sangat berbeza.

Menurut Aaron Gerds, leukemia merupakan sejenis kanser darah yang mengalir dalam saluran darah.

Manakala, limfoma pula ialah sejenis kanser yang boleh membentuk tumor akibat penggumpalan sel darah putih.

Menurut kajian, lebih ramai yang menghidap limfoma jika dibandingkan dengan leukemia.

Laporan yang sama juga menyatakan bahawa kedua-dua jenis kanser ini lebih banyak menyerang lelaki daripada perempuan.

Walau bagaimanapun, limfoma mempunyai kadar kesembuhan yang lebih tinggi daripada leukemia.

Pada tahun 2018 sahaja, lebih 24 ribu individu telah meninggal dunia akibat leukemia. Manakala 20 ribu lagi meninggal dunia akibat limfoma.

Kenali simptom yang membezakan leukemia dan limfoma

penyebab limfoma

Simptom kanser darah sukar untuk dibezakan. Disebabkan leukemia dan limfoma berasal dari jenis kanser yang sama, kedua-duanya mempunyai simptom yang hampir serupa.

Pesakit limfoma akan rasa penat yang amat sangat ketika menjalani aktiviti harian. Mereka juga akan kehilangan berat badan dengan banyak. Selain itu, pesakit limfoma akan alami:

  1. Demam
  2. Berpeluh pada waktu malam
  3. Sesak nafas
  4. Batuk
  5. Kulit gatal

Leukemia pula mempunyai simptom yang berbeza mengikut individu. Pada awalnya, kebanyakan pesakit yang menderita dengan leukemia mungkin anggap mereka diserang demam.

Namun, ada beberapa gejala yang hanya berlaku kepada pesakit leukemia, misalnya:

  1. Senang untuk berdarah, lebam atau alami hidung berdarah
  2. Hati atau limpa membengkak
  3. Kerap mendapat jangkitan
  4. Kulit pucat
  5. Ada bintik merah pada kawasan kulit yang dipanggil petechiae

Jika anda alami simptom di atas, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun leukemia banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak, penyakit ini juga turut menyerang orang dewasa.

Anda mungkin juga berminat:

Jenis kanser darah berbeza, faktor risiko pun berbeza

Pesakit leukemia dan limfoma mempunyai faktor risiko dan penyebab yang berbeza. Golongan yang berisiko untuk mendapat leukemia ialah:

  1. Individu yang pernah menerima rawatan kanser.
  2. Mempunyai masalah genetik.
  3. Pernah terdedah dengan beberapa jenis bahan kimia.
  4. Merokok.
  5. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap leukemia.

Namun, golongan yang berisiko untuk mendapat limfoma pula ialah:

  1. Lelaki.
  2. Mempunyai sistem imun yang tidak sihat.
  3. Pernah mengalami jangkitan seperti jangkitan virus Epstein-Barr atau Helicobacter pylori.

Limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin mempunyai faktor risiko yang berbeza. Sebagai contoh, limfoma Hodgkin boleh berlaku pada individu yang berumur 15-40 dan juga selepas umur 55 tahun.

Pesakit yang diserang limfoma bukan Hodgkin pula selalunya berumur lebih daripada 55 tahun.

Leukemia pula boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Walau bagaimanapun, leukemia merupakan kanser yang paling lazim dalam kalangan kanak-kanak.

Satu kanser boleh membawa kepada kanser yang lain

kanser darah

Jika anda pernah menghidap salah satu jenis kanser darah, anda mempunyai risiko untuk menghidap kanser yang lain pula. Keadaan ini dipanggil kanser kedua ataupun second cancer.

Jika anda pernah menghidap limfoma bukan Hodgkin, besar risiko anda untuk menghidap kanser kepala dan leher. Anda juga berisiko untuk terkena leukemia.

Sama juga jika anda menghidap leukemia. Ini boleh jadi antara penyebab anda menghidap limfoma pada kemudian hari.

Tambahan lagi, pesakit yang menderita akibat myeloma pelbagai (multiple myeloma) akan mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap leukemia.

Walau bagaimanapun, risiko yang terbesar sudah tentulah dalam kalangan perokok. Pesakit yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena kanser kedua.

Selain itu, jangan lupa untuk bersenam, makan secara sihat, elakkan minum alkohol terlalu banyak dan kekalkan berat badan dalam lingkungan berat yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Artikel lain untuk anda

Limfoma

Limfoma

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 28/03/2018 . 4 minit bacaan
Kanser Darah

Kanser Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
Diterbitkan pada 28/03/2018 . 3 minit bacaan