Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
Hernia inguina adalah suatu keadaan apabila sebahagian daripada usus anda terjulur keluar melalui bukaan/lubang pada dinding abdomen (perut) di bahagian ari-ari.
Lubang ini mungkin disebabkan oleh satu kawasan yang lemah atau nipis pada selaput membran dan dinding abdomen tersebut.
Apabila menerima tekanan daripada usus, selaput membran boleh pecah dan usus anda akan menembusi keluar lubang ini.
Hernia inguina ini tidak bertambah baik atau buruk jika dibiarkan tanpa rawatan, namun ia boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.
Atas sebab ini, doktor anda barangkali akan menasihati supaya pembedahan dijalankan untuk membaiki hernia inguina yang dirasakan sakit atau bertambah besar.
Ia boleh menghasilkan bonjolan pada dinding abdomen anda dan menghasilkan rasa sakit ketika anda batuk, menunduk mahupun ketika menjalankan kerja berat; atau ia berpotensi mengganggu sistem penghadaman anda.
Kadangkala hernia inguina boleh berlaku tanpa sebarang simptom. Jika hernia itu kecil, anda mungkin tidak dapat melihatnya dengan jelas dari luar atau merasai sakit.
Pada sesetengah keadaan, rasa senak atau kembung boleh dirasai pada kawasan ari-ari.
Kebiasaannya hernia itu boleh ditolak kembali masuk ke dalam rongga abdomen dengan beberapa kaedah mengurangkan tekanan pada dinding abdomen, seperti bersandar atau berbaring.
Komplikasi akan terhasil apabila hernia itu tersekat pada dinding abdomen.
Ini akan menyekat saluran darah ke bahagian hernia tersebut.
Tisu yang tersekat pada hernia tersebut boleh mati jika saluran darah tidak mencukupi.
Bahkan, ia akan menghasilkan sumbatan pada sistem penghadaman anda. Justeru sekiranya hernia anda tersekat, maka ia dikira sebagai kes kecemasan.
Ada kemungkinan terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Sila rujuk doktor anda jika terdapat sebarang masalah mengenai sesuatu simptom.
Jika anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom berikut, sila temui doktor anda.
Hernia inguina adalah disebabkan oleh kelemahan pada otot dinding perut (abdomen).
Terdapat beberapa sebab kenapa titik kelemahan boleh terhasil pada dinding abdomen.
Pada orang dewasa, ia barangkali terhasil dari suatu kecacatan sejak lahir, manakala pada kanak-kanak pula ia lazimnya kerana dinding abdomen masih belum sepenuhnya terbina dengan baik.
Penyakit angin pasang boleh terhasil secara perlahan ataupun tiba-tiba, bergantung kepada sebabnya.
Terdapat banyak faktor risiko bagi hernia inguina seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan membuat diagnosis daripada riwayat perubatan dan pemeriksaan fizikal yang dilaksanakan pada posisi duduk dan berdiri sambil berbatuk.
Jika hernia anda boleh dilihat daripada luar, doktor anda akan merasai bonjolan tersebut dan bertanya jika anda merasai apa-apa kesakitan apabila ia disentuh.
Kadangkala ujian pengimejan akan digunakan bagi mengesahkan hernia inguina tersebut dan untuk mencari jika ada komplikasi lain. Beberapa contoh lazim ujian pengimejan adalah:
Walaupun hernia yang kecil mungkin tidak menghasilkan sebarang komplikasi, kebanyakan doktor menggalakkan supaya pembedahan dijalankan bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.
Pada pesakit bayi pula, adalah digalakkan untuk melaksanakan pembedahan secepat mungkin kerana ia berpotensi menjadi sakit pada bayi tersebut.
Pembedahan ini boleh dilaksanakan dengan kaedah tradisional – melalui cara pemotongan pada kulit – mahupun kaedah laparoskopik.
Dalam pembedahan laparoskopik, doktor akan membuat pemotongan kecil pada kulit.
Melalui pembukaan potongan tersebut, doktor akan memasukkan tiub yang dipasang kamera dan lampu bagi mengenalpasti hernia tersebut.
Tiub lain yang dipasangkan alatan akan memegang hernia tersebut dan menolak kembali hernia ke dalam rongga abdomen, dan seterusnya menjahit lubang pembukaan pada dinding abdomen bagi menutupinya.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan tersebut berpotensi membantu anda mengatasi hernia inguina:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Nurul Halifah
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen