backup og meta

4 Sebab Mengapa Anda HARUS Beri Anak Vaksin Difteria, No #4 Akan Buat Anda Sedar Sesuatu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    4 Sebab Mengapa Anda HARUS Beri Anak Vaksin Difteria, No #4 Akan Buat Anda Sedar Sesuatu!

    Jika anda masih mempunyai keraguan dan berkira-kira untuk memberikan anak anda vaksin difteria, artikel ini mungkin sesuai untuk dibaca.

    Mengapa anak anda perlu diberikan vaksin difteria?

    1. Vaksin difteria adalah sangat efektif dan selamat

    Menurut kajian yang dijalankan di Rusia berkenaan vaksin ini, hasilnya menunjukkan bahawa keberkesanannya adalah sangat tinggi iaitu 97%. Manakala kajian di Ukraine pula mendapati keberkesanannya sehingga 98%.

    Ya, ia tidak memberikan perlindungan 100% daripada penyakit tersebut tetapi secara jelas berdasarkan peratusan yang ditemui, vaksin ini adalah sangat efektif dan juga selamat. Malah, tiada kaedah yang dijamin 100% boleh mencegah manusia daripada sebarang penyakit.

    2. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkannya

    Melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 13 jenis vaksin diberikan di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia secara percuma. Ya, secara percuma. Anda hanya perlu membayar pendaftaran RM1 sahaja. Jika tidak mahu beratur panjang, dapatkannya di hospital atau klinik swasta (sudah tentu perlu bayar!).

    Kesemua vaksin ini merangkumi 12 jenis penyakit berjangkit termasuklah difteria melalui vaksin bersama tetanus dan pertussis (DTaP).

    3. Peratusan kematian bagi difteria adalah sehingga 20%

    Pada tahun 2016, sebanyak 23 kes telah dilaporkan di seluruh negara, manakala 5 daripadanya berakhir dengan kematian (21.7%). Pada tahun 2017 pula, daripada 18 kes yang dilaporkan, 3 daripadanya maut (16.7%). Kanak-kanak yang meninggal dunia ini tidak diberikan vaksin atau tidak mengambil kesemua suntikan dengan lengkap.

    Jika anda fikir 20% itu adalah sedikit, cuba bayangkan daripada 10 yang dijangkiti 2 orang akan mati.

    4. Kos rawatan adalah lebih tinggi berbanding vaksin

    Jangkitan bakteria ini boleh dirawat. Namun, perkara yang perlu anda ketahui adalah masih terdapat peluang untuk mereka yang dijangkiti meninggal dunia. Kemudian, kos rawatan pula jauh lebih tinggi berbanding harga vaksin.

    Kebiasannya, antitoksin dan antibiotik akan digunakan untuk merawat kes difteria. Satu vial (botol kecil) antitoksin bernilai RM550 manakala harga satu suntikan vaksin hanya RM35.

    Vaksin yang lengkap terdiri daripada 5 suntikan (RM175). Rawatan pula memerlukan antara 2 hingga 8 vial (RM1,100 hingga RM4400) tidak termasuk antibiotik dan kos lain di dalam wad.

    Walaupun anda tidak perlu membayar kesemua kos tersebut di hospital kerajaan, duit tersebut tetap menjadi beban kepada negara dan masyarakat.

    Tiada paksaan dalam hal ini. Tapi, fikirkanlah yang terbaik untuk anak dan keluarga anda. Jangan sampai sudah terkena baru ingin menyesal. Bak kata pepatah, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.”

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat pendapatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan