Dermatitis Atopik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah dermatitis atopik?

Dermatitis atopik (ekzema) adalah kondisi yang biasa berlaku hasil daripada sistem imun yang terlampau aktif. Ia akan membuatkan kulit menjadi merah dan gatal terutamanya kulit di bahagian muka, bahagian dalam siku dan belakang lutut. Dermatitis atopik boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.

Berapa kerapkah dermatitis atopik?

Dermatitis atopik sangatlah lazim berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur, tetapi lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Silalah berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom dermatitis atopik?

Simptom-simptom yang biasa berlaku pada pesakit dermatitis atopik ialah:

  • Gatal-gatal, daripada sederhana sehinggalah ke tahap yang teruk terutamanya pada waktu malam.
  • Tompok-tompok berwarna merah hingga kelabu keperangan, terutamanya pada tangan, kaki, buku lali, pergelangan tangan, leher, bahagian atas dada, kelopak mata, celahan siku dan lutut dan bagi kanak pula, bahagian muka dan kulit kepala.
  • Bonggol-bonggol kecil yang timbul dibahagian kulit yang terjejas, mengeluarkan cecair dan  kuping apabila digaru
  • Kulit menjadi tebal, merekah, kering dan bersisik
  • Kulit melecet, bengkak dan sensitif kerana asyik menggaru.

Mungkin terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan diatas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai mana-mana simptom, silalah berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya harus bertemu dengan doktor?

Hubungilah doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Rasa tidak selesa sehingga menyebabkan anda tidak boleh tidur atau tidak boleh menjalankan rutin harian dengan baik.
  • Rasa sakit pada bahagian kulit yang terjejas
  • Jangkitan pada kulit (jalur merah, nanah, dan kuping-kuping yang kekuningan)
  • Rawatan yang cuba dilakukan sendiri tidak lagi efektif
  • Simptom-simptom yang jarang berlaku pada mata dan penglihatan disebabkan kondisi kulit

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang persoalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan solusi yang terbaik bagi diri anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan dermatitis atopik?

Tiada punca yang jelas yang diketahui boleh menyebabkan dermatitis atopik. Penyakit ini dikaitkan dengan gabungan pelbagai jenis faktor.

  • Kulit yang kering dan rengsa mengurangkan keupayaan kulit sebagai pelindung yang efektif.
  • Variasi pada gen yang menjejaskan keupayaan kulit sebagai pelindung.
  • Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik
  • Jangkitan kuman seperti Staphylococcus aureus  pada kulit menghasilkan lapisan yang menyekat kelenjar peluh.
  • Keadaan persekitaran.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko dermatitis atopik?

Terdapat banyak faktor risiko bagi dermatitis atopik seperti:

  • Memiliki sejarah peribadi dan keluarga yang terkena ekzema, alahan, demam jerami dan asma.
  • Bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan yang berisiko tinggi untuk mendapat dermatitis tangan
  • Tinggal di kawasan bandar.
  • Berbangsa Afrika Amerika
  • Mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi
  • Kanak-kanak yang ditinggalkan dengan pengasuh.
  • Mempunyai masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD)

Diagnosis dan Rawatan

 Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana dermatitis atopik didiagnosis?

Tiada ujian makmal yang khusus diperlukan untuk mengesahkan dermatitis atopik. Ia selalunya didiagnosis dengan melakukan pemeriksaan kulit dan mengambil sejarah perubatan anda. Kadang-kadang, ujian tompok atau ujian-ujian lain boleh digunakan untuk menyingkirkan penyakit kulit yang lain atau mengenal pasti kondisi yang selalu ada bersama dengan ekzema.

Bagaimana dermatitis atopik dirawat?

Tiada rawatan yang khusus untuk dermatitis atopik. Sesetengah ubat-ubatan boleh digunakan untuk mengurangkan simptom-simptomnya agar pesakit rasa lebih selesa. Antara ubat yang boleh dgunakan ialah;

  • Krim yang digunakan untuk mengawal keradangan dan gatal.
  • Krim yang boleh membantu untuk membaik pulih kulit termasuklah perencat kalsineurin seperti tacrolimus (protopic) dan pimecrolimus (Elidel)
  • Ubat yang boleh melawan jangkitan
  • Ubat anti-gatal
  • Ubat yang boleh mengawal keradangan samada melalui oral atau suntikan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas dermatitis atopik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut  boleh membantu untuk anda menghadapi dermatitis atopik.

  • Mandi mandian peluntur
  • Melembapkan kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Elakkan menggaru kulit
  • Mendemah kulit dengan benda yang sejuk dan lembap
  • Mandi menggunakan air suam
  • Menggunakan sabun yang tidak menggunakan pewarna dan pewangi
  • Gunakan  pelembap udara.
  • Memakai baju yang sejuk dan lembut.
  • Kawal stres dan kegelisahan anda

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan,silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Gatal Kepala Tanpa Sebab? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Menghidap Kanser Darah!

    Tahukah anda, kulit kepala gatal merupakan antara tanda limfoma? Limfoma merupakan sejenis kanser darah yang boleh membawa maut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

    Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Awas! Jika Kulit Berubah Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    hilangkan ketuat

    Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan