Tumbuh Bintik Merah Di Badan Anak, Tapi Keliru Itu Cacar Air Atau Campak, Begini Perbezaannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Cacar air dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah perbezaannya?

Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.

Cacar air bukan campak dan campak bukan cacar air

Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Virus yang berbeza menyebabkan penyakit ini iaitu virus paramyxo bagi demam campak dan virus varicella-zoster (VZV) bagi cacar air. Namun, cara 2 virus ini tersebar adalah sama iaitu melalui sentuhan langsung atau menghirup udara yang mengandungi virus tersebut.

Perbezaan pada simptom

Ruam pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut.

Bagi kes cacar air, ruam adalah dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal. Ia kebiasaannya bermula di dada, muka dan belakang tetapi boleh merebak ke seluruh badan. Ia juga menyebabkan badan letih, demam, sakit kepala dan hilang selera makan.

Cacar air

Campak pula menyebabkan ruam yang selalunya rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke bawah. Campak lebih kerap menyebabkan demam panas, sakit tekak, hidung serta mata berair.

Campak

Vaksin cacar air dan campak

Terdapat vaksin bagi 2 penyakit ini.

Vaksin untuk demam campak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan diberiakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebanyak 2 dos diberikan iaitu pada umur 9 dan 12 bulan.

Vaksin cacar air atau varicella juga diberikan sebanyak 2 dos. Ia masih belum diletakkan dalam NIP. Namun, anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.

Rawatan hampir sama

Memandangkan kedua-duanya disebabkan oleh virus dan memberikan simptom yang hampir sama, rawatannya juga adalah hampir sama.

Fokus diberikan dalam mengurangkan simptom termasuk ubat demam dan gatal terutamanya bagi cacar air. Dalam sesetengah kes, ubat antiviral seperti acyclovir mungkin diberikan untuk mengurangkan risiko berlaku komplikasi.

Selepas semua simptom hilang, campak akan memberikan perlindungan seumur hidup. Bagi cacar air, virus tersebut tidak mati serta kekal di dalam badan dalam keadaan tidak aktif dan mungkin menjadi aktif semula dalam keadaan tertentu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Universiti Oxford telah menghasilkan berjuta produk vaksin eksperimental walaupun ia belum terbukti berkesan. Ia bagi menghadapi wabak COVID-19 yang parah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan