Baking soda atau serbuk penaik dapat membantu meredakan ruam dan gatal pada kulit. Ia mempunyai sifat antimikrob dan boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Anda juga boleh menambah cecair antiseptik ke dalam air mandian. Anda memerlukan:
- Serbuk penaik – 1 cawan
- Air suam untuk mandi
Caranya:
- Masukkan serbuk penaik dan air di dalam baldi.
- Siramkan air mandi pada badan.
- Lakukan mandian ini setiap hari sehingga sembuh.
Jika menggunakan tab mandi, anda cuma perlu rendamkan diri untuk tempoh kira-kira 10 hingga 20 minit.
#4. Mandian oat
Mandian ini sangat baik sebagai kaedah semula jadi bagi merawat cacar air.
Oat dikatakan dapat membantu menghilang dan menenangkan kulit dijangkiti. Ia mengurangkan rasa gatal dan bertindak sebagai agen pelembap yang hebat.
Bahan diperlukan:
- Oat – 2 cawan
- Air – 4 cawan
- Beg kain atau kain bersih
- Air suam
- Tab mandi atau baldi
Caranya:
- Kisar oat dan rendamkan ia dalam bekas berisi 4 cawan air. Biarkan selama beberapa minit.
- Kemudian, masukkan campuran ke dalam beg kain. Jika tiada, anda boleh masukkan campuran ke dalam kain bersih dan ikat dengan ketat.
- Letakkan campuran ke dalam tab mandi berisi air suam dan rendam selama beberapa minit.
- Jika tiada tab, letakkan campuran ke dalam baldi berisi air suam dan siramkan badan dengan air tersebut.
- Ulang rawatan cacar air ini sekali setiap hari.
#5. Rebusan daun jambu
Daun jambu sering digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina bagi merawat kerengsaan dan jangkitan kulit.
Ini kerana daun tersebut mempunyai sifat antimikroba dan kaya vitamin C. Ia dapat mengurangkan ruam dan mencegah kewujudan parut.
Bahan diperlukan:
- Daun jambu batu – 10 hingga 12 helai
- Air – 2 cawan
- Madu – bahan pemanis
Caranya:
- Rebuskan daun selama 10 hingga 15 minit.
- Tapiskan airnya dan masukkan madu mengikut citarasa.
- Minum air rebusan ini ketika suam.
- Ulang minum air untuk 2 hingga 3 cawan setiap hari.
Individu dengan hipoglikemia tidak boleh meminum air rebusan ini kerana ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Mereka dengan penyakit jantung juga patut menghindari daripada menggunakan kaedah semula jadi ini.
#6. Kacang pea
Dalam Ayurveda, kacang pea digunakan pada luka dan lepuh untuk penyembuhan segera. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin B6 dan asid folik.
Kacang pea berfungsi melawan keradangan dan mengurangkan gatal. Ia juga dapat menenangkan kulit.
Bahan diperlukan:
- Kacang pea – 200 gram
- Air
Cara rawatan cacar air ini:
- Rebus kacang dan kisar untuk dijadikan pes.
- Sapukan pes kacang pada ruam jangkitan.
- Biarkan selamat sejam.
- Kemudian mandi dengan air suam.
- Lakukan sehari sekali.
#7. Daun neem
Neem, kaya sifat antibakteria dan antivirus. Ia membantu melegakan gatal, mengeringkan lepuh dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Bahan diperlukan:
Cara menggunakan kaedah semula jadi ini:
- Kisarkan daun neem bersama air sehingga menjadi pes.
- Sapukan pada ruam jangkitan dan biarkan selama beberapa jam.
- Juga boleh lakukan mandian neem dengan menambah daun bersama air suam untuk mandian.
- Lakukan mandian ini sebanyak 2x sehari.
Komplikasi berbeza
Komplikasi daripada cacar air ini adalah berbeza pada setiap individu terutama bayi, wanita hamil dan mereka dengan sistem imun yang lemah.
Rawatan cacar air menggunakan kaedah semula jadi ini biasanya berkesan tanpa memerlukan rawatan perubatan moden.
Walau bagaimanapun, jika keadaan semakin teruk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.