Cacar Air: Adakah Orang Dewasa Boleh Dijangkiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bercakap tentang cacar air atau chickenpox, mungkin ramai yang menyangka bahawa ia adalah penyakit khusus untuk kanak-kanak. Sebenarnya, virus varicella-zoster yang menjadi punca cacar air boleh menjangkiti semua peringkat umur daripada bayi sehingga warga emas.

Satu jangkitan memberikan perlindungan seumur hidup

Orang dewasa lebih jarang ditemui menghidap cacar air kerana kebiasaanya mereka pernah mengalaminya sewaktu kecil atau telah menerima vaksin. Sistem imun akan menghasilkan antibodi selepas menerima jangkitan atau vaksin dan akan memberikan perlindungan seumur hidup.

Bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti sewaktu kecil atau tidak mengambil vaksin, mereka masih berisiko untuk dijangkiti. Selain itu, risiko mungkin lebih tinggi jika:

  • Hidup bersama kanak-kanak bawah 12 tahun yang tidak divaksin.
  • Bekerja di sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.
  • Menyentuh ruam pesakit cacar air atau kayap.
  • Menyentuh barang yang baru disentuh oleh mereka yang dijangkiti seperti baju.

Apakah perbezaan cacar air orang dewasa dan kanak-kanak?

Simptom yang dialami oleh orang dewasa adalah sama seperti kanak-kanak. Ini termasuk:

  • Ruam dan lepuh berisi cecair serta rasa gatal.
  • Demam.
  • Badan terasa letih.
  • Hilang selera makan.
  • Sakit badan.

Kebiasaannya, simptom akan surut selepas 5 hingga 10 hari. Namun, simptom mungkin akan lebih teruk dalam kalangan dewasa. Mereka yang paling berisiko mendapat komplikasi termasuk:

  • Ibu mengandung yang tidak pernah dijangkiti.
  • Mengambil ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun seperti kemoterapi.
  • Menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun seperti HIV.
  • Mengambil steroid.
  • Menjalani pemindahan organ.

Vaksin varicella untuk orang dewasa

Seperti bayi dan kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mendapatkan vaksin varicella untuk mencegah daripada dijangkiti virus tersebut. Dengan 2 dos vaksin, anda boleh mendapatkan perlindungan daripada cacar air sehingga 90 peratus. Ia adalah langkah pencegahan paling efektif dari sudut keberkesanan dan kos.

Jika masih dijangkiti virus varicella-zoster, anda boleh mendapatkan rawatan di klinik. Doktor mungkin akan memberikan beberapa ubat-ubatan seperti antiviral, acetaminophen dan losen calamine untuk mengawal simptom yang ada.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

    Tahukah anda, penyakit kayap lebih mudah menyerang warga emas? Bukan itu sahaja, virus varicella zoster penyebab kayap juga adalah virus punca chickenpox!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Masalah Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan