Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berkhatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Berkhatan atau juga dikenali dengan istilah sunat adalah amalan yang tidak asing lagi di Malaysia. Bagi orang Islam, berkhatan adalah wajib ke atas setiap lelaki. Ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkkan atau mungkin juga pengalaman yang mengerikan.

Selain daripada sebab agama, ia juga mungkin dilakukan atas sebab-sebab lain termasuk:

  • Phimosis. Permukaan di hujung zakar terlalu sempit sehingga menghalang saluran air kencing.
  • Paraphimosis. Kulit hujung zakar (preputial) yang ditarik tersekat di belakang glans menyebabkan kepala zakar tercerut.
  • Kelainan pada kulit zakar.

Bagaimana berkhatan dilakukan

Prosedur khatan adalah membuang kulit di bahagian hujung zakar (kulit preputial) yang menutup kepala zakar. Ia boleh dilakukan ke atas bayi yang baru lahir atau lebih popular di Malaysia, semasa umur sekolah rendah (7-12 tahun).

Bagi bayi baru lahir, kaedah plastibel kerap digunakan.

Selepas kulit preputial dipotong sedikit, alat plastibel akan dilekapkan pada kepala zakar. Benang seterusnya dijerutkan pada lekuk plastibel dan lebihan kulit preputial dibuang.

Kaedah plastibel

Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, sunat dilakukan sama ada menggunakan kaedah freehand atau clamp. Bagi kaedah freehand, terdapat dua teknik iaitu dorsal slit atau guillotine yang lebih selamat.

Kaedah freehand adalah teknik konvensional di mana gunting digunakan untuk membuat kulit lebihan zakar diikuti dengan jahitan menggunakan benang.

Bagi kaedah clamp pula, ia seperti kaedah plastibel. Terdapat banyak jenis clamp yang boleh digunakan termasuk Sunathrone, Smartklamp dan Ismail Clamp. Teknik ini memakan masa yang singkat dan tidak memerlukan jahitan. Ia juga lebih selamat.

Alat yang digunakan untuk teknik clamp

Tanpa mengira apa pun teknik yang digunakan, semuanya memerlukan bius setempat. Bagi sesetengah keadaan, bius umum mungkin diperlukan. Contohnya, kanak-kanak yang tidak terlalu aktif dan tidak boleh duduk diam.

Penjagaan selepas berkhatan

Kanak-kanak yang berkhatan perlu ‘berpantang’ selepas menjalaninya. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa adalah:

  • Memastikan hujung zakar kering dan bersih. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan sedikit bengkak tetapi akan surut setelah beberapa lama. Masa yang diambil untuk pulih kebiasaannya antara 7-10 hari, bergantung kepada teknik yang digunakan.
  • Berehat. Elakkan aktiviti lasak tertumanya yang memerlukan anak anda duduk seperti menunggang basikal atau motosikal.
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti panadol jika perlu.

Kelebihan berkhatan

Prosedur ini kini bukan hanya dilakukan oleh orang Islam, malah ramai juga yang turut membuat keputusan untuk melakukannya ke atas anak-anak mereka di luar sebab agama kerana kelebihan yang ada. Di Amerika Syarikat, 55% hingga 65% lelaki menjalani prosedur ini.

Antara kelebihannya adalah:

  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sebanyak 10 kali ganda. Walau bagaimanapun, insiden UTI secara amnya adalah jarang berlaku bagi lelaki.
  • Risiko kanser zakar berkurang.
  • Menambah perlindungan ke atas penyakit kelamin termasuk HIV.
  • Keadaan seperti iritasi, radang dan jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang tidak berkhatan.

Apakah risiko prosedur ini

Secara amnya, ia adalah prosedur yang selamat. Namun, bagi mana-mana pembedahan, risiko masih tetap ada. Komplikasi yang mungkin berlaku adalah sangat jarang, kurang daripada 2%. Ini termasuk:

  • Pendarahan tidak berhenti. Ini mungkin disebabkan penyakit lain seperti hemophillia.
  • Rasa sakit.
  • Jangkitan zakar.
  • Sakit semasa membuang air kecil beberapa hari selepas prosedur.
  • Bengkak dan merah kekal pada zakar selama berhari-hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Tahukah anda, nasi boleh cetuskan reaksi alergi dalam kalangan pemakannya? Alergi nasi sebenarnya berlaku kepada 10% orang Asia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Ada kecederaan berlaku di rumah? Untuk pastikan luka cepat kering, cuba gunakan 5 bahan ini untuk rawat luka. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Pernahkah anda rasa gatal pada bahagian kulit sekitar tapak tangan anda? Orang dulu-dulu kata ini tanda hendak dapat duit, tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Nak jadi sihat tidak semestinya perlu makan makanan yang tidak sedap. Ini senarai makanan sihat yang boleh anda guna sebagai resepi sihat di rumah anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan