Punca kulit zakar kering #2. Alahan
Kondisi ini juga boleh terjadi angkara alahan terhadap sesuatu yang digunakan pada alat sulit termasuklah kondom, deodoran atau minyak wangi.
Selain kulit alat kelamin menjadi kering, berikut adalah petanda anda mengalami alahan pada alat sulit:
- Bersin
- Hidung berair
- Mata berair
Punca kulit zakar kering #3. Jangkitan
Meskipun STD bukanlah punca kulit alat kelamin menjadi kering, namun terdapat jangkitan lain yang boleh menyebabkannya iaitu jangkitan yis.
Ia sekali gus sudah pasti akan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan dan membuang air kecil.
Untuk mengelak dan merawat kondisi ini, sila dapatkan ubatan antikulat daripada doktor dan pastikan kawasan zakar sentiasa kering dan bersih.

#4. Seks yang terlalu ‘kering’
Buat anda yang terfikir dan tertanya-tanya tentang maksud ayat di atas, ia adalah satu keadaan di mana hubungan seksual itu berlaku tanpa pelincir yang cukup.
Pelincir sama ada semula jadi (air mani, air mazi, air liur) atau artifisial (minyak lintah, minyak belacak, cecair pelincir faraj) adalah sangat diperlukan.
Tanpa lubricant seperti ini, maka hubungan seksual itu mungkin akan berlangsung dengan kering, keras dan kasar.
Jadi sila gunakan pelincir sama ada semula jadi atau artifisial dalam bentuk air, minyak dan silikon untuk mengelakkan kulit zakar dan faraj menjadi kering ya?
#5. Pakaian dalam yang terlalu ketat
Semua individu akan memakai pakaian dalam untuk memastikan keselesaan alat kelamin namun ia akan menjadi masalah jika terlalu ketat!
Ini kerana, ia akan menyebabkan berlaku geseran pada zakar atau faraj sekali gus meningkatkan risiko kulit alat sulit kalian menjadi kering.
Oleh itu, sila pakai pakaian dalam yang mempunyai fabrik lembut, selesa dan tidak terlalu ketat agar zakar atau faraj kalian mampu ‘bernafas’ dengan tenang.
Punca kulit alat kemaluan kering #6. Ekzema
Keadaan kulit ini bukan sahaja boleh berlaku pada muka, malahan juga kulit zakar dan ia mempunyai 2 jenis:
- Ekzema atopik
- Ekzema kontak

Bukan sahaja akan mengakibatkan kekeringan kulit pada alat sulit, bahkan juga akan menyebabkan kegatalan dan ketimbulan yang agak ketara.
Sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi segera untuk mendapatkan ubatan sapuan topikal sekiranya mengesyaki terkena keadaan kulit seperti ini.
Punca kulit zakar kering #7. Psoriasis
Akhir sekali, kulit zakar kalian mungkin akan menjadi kering akibat kondisi yang dikenali sebagai psoriasis. Jenis yang selalu terjadi pada alat sulit adalah inverse psoriasis.
Sama seperti ekzema, anda juga perlu berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan ubatan sapuan topikal bagi merawatnya selain terapi ultra ungu juga disarankan.
Sekiranya kulit zakar anda menjadi kering tanpa tahu sebabnya, sila segera berjumpa doktor okay!