Sebenarnya, adalah sangat penting untuk setiap daripada kita semua agar mempunyai sekurang-kurangnya sebuah skim caruman kewangan insurans nyawa.
Pun begitu, mungkin masih ramai yang belum memilikinya ekoran sudahpun mencarum di dalam skim caruman kewangan lain seperti insurans perubatan.
Persoalannya, apakah wujud sebarang perbezaan di antara insurans nyawa dengan insurans perubatan? Jom teruskan membaca artikel untuk ambil tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan sila dapatkannya di sini.
Kenapa insurans itu penting untuk kita semua?
Ada segelintir individu yang mungkin menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank sudah memadai untuk masa depan di hari tua kelak.
Mungkin pendapat ini adalah benar hanya jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa dikorek terlebih dahulu untuk kegunaan kecemasan.
Dalam pada itu, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal terjadi kepada diri pada masa akan datang termasuklah kemalangan, kecelakaan atau kematian.
Disebabkan itu, kita semua perlu sedar dan faham akan kegunaan serta kepentingan memiliki insurans agar kehidupan dapat dijalani dengan lebih baik.
Apa itu insurans nyawa @ hayat?
Insurans nyawa atau hayat ini adalah sejenis skim caruman kewangan yang perlu dibayar pada jumlah tertentu secara bulanan/ tahunan.
Ia akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada tanggungan si pencarum sekiranya si pencarum itu telahpun meninggal dunia.
Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu seperti ahli keluarga yang akan terjejas aspek kewangan apabila anda meninggal dunia.
Oleh itu, anda perlu menyenaraikan penama-penama penting yang bakal menerima manfaat sewaktu memohon untuk mencarum insurans nyawa.
Jika tiada penama, tanggungan anda perlu menyediakan Surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima manfaat.
Meskipun ia mengatakan manfaat akan diperolehi apabila pencarum meninggal, namun terdapat pengecualian untuk kes bunuh diri yang tidak akan menerima apa-apa.
Apa itu insurans perubatan @ kesihatan?
Insurans perubatan atau kesihatan ini adalah sejenis skim caruman kewangan yang perlu dibayar pada jumlah tertentu secara bulanan/ tahunan.
Ia akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada si pencarum sekiranya berlaku sebarang masalah keadaan kesihatan kepada si pencarum.
Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu yang mungkin akan terjejas kemampuan untuk menjana pendapatan akibat masalah perubatan.
Sekiranya anda mengalami kemalangan atau kecelakaan, sila terus pergi ke klinik atau hospital panel yang didaftarkan untuk mendapatkan rawatan dan ubatan.
Namun, kalian juga perlu tahu bahawa tidak semua jenis penyakit yang akan ditanggung kos rawatan dan ubatan oleh pihak insurans bergantung terma dan syarat.
Contohnya, pesakit penyakit kronik seperti kanser dan strok mungkin akan memerlukan anda untuk mencarum caruman lain iaitu insurans penyakit kritikal.
Apa beza di antara kedua-duanya?
Secara umumnya, kita mungkin dapat menyimpulkan bahawa perbezaan utama dan ketara di antara insurans nyawa dengan insurans perubatan adalah manfaatnya.
Bagi pemegang polisi insurans nyawa, manfaat bantuan kewangan tersebut akan diperolehi oleh penama-penama di dalam skim caruman insurans anda.
Bagi pemegang polisi insurans perubatan, manfaat bantuan kewangan tersebut akan diperolehi oleh anda jika anda mengalami masalah keadaan kesihatan.
Berikut merupakan ringkasan gambaran perbezaan insurans nyawa dengan insurans perubatan:
Insurans Nyawa | Insurans Perubatan | |
Apa manfaat utama? | Membantu aspek kewangan tanggungan yang ditinggalkan setelah pencarum meninggal dunia | Menampung kos rawatan dan ubatan pencarum di hospital atau klinik panel berkaitan |
Kenapa ia penting? | Tanggungan pencarum sudah pasti akan terjejas dari aspek kewangan setelah mereka meninggal dunia | Kemampuan untuk si pencarum menjana pendapatan mungkin akan terjejas akibat masalah perubatan |
Siapa terima manfaat? | Penama di dalam caruman insurans sebelum pencarum meninggal dunia seperti ahli keluarga | Pencarum ataupun individu yang didaftarkan sekali dalam caruman insurans tertakluk terma dan syarat |
Yang mana satu patut anda carum?
Hakikatnya, pilihan untuk memilih mana satu jenis insurans yang mungkin terbaik buat anda adalah terletak di tangan dan hemat anda sendiri.
Namun adalah sangat penting untuk anda memiliki sekurang-kurangnya satu daripada jenis insurans ini kerana kita tidak dapat menjangka masa hadapan.
Dalam pada itu juga, sebenarnya adalah tidak salah untuk kalian memiliki kedua-dua insurans hayat serta insurans kesihatan ini dalam waktu yang sama.
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini, segera hubungi ejen atau syarikat insurans berkaitan yang anda mungkin berminat.
[embed-health-tool-bmi]