Gout merupakan salah satu penyakit yang sering dihidapai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan lelaki yang berusia sekitar 40-an. Serangan sendi secara tiba-tiba yang menyebabkan bengkak, kemerahan, ngilu, sakit dan berdenyut mungkin petanda anda menghidap gout.
Apa itu gout?
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
Had normal kandungan asid urik adalah:
Lelaki: 3.4-7.0 mg/dL
Wanita: 2.4-6.0 mg/dL
Tip mengurangkan gout
Pengambilan ubat-ubatan
Kebiasannya doktor akan beri ubat-ubatan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), antigout drug colchine dan oral corticosteroid bagi mengurang kesakitan dan keradangan yang dialami. Terdapat juga ubat lain bagi mengawal kadar asid urik dalam darah, iaitu:
- Allopurinol (mengurangkan penghasilan asid urik)
- Probenecid (meningkatkan penyingkiran asid urik)
Jika masalah gout anda berlarutan, segera berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya.
Kekalkan hidrasi
Seperti yang semua orang tahu, badan manusia memerlukan cecair (air) untuk mengepam toksin dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Bagi pesakit gout yang aktif ketika puasa, tubuh anda akan mengalami dehidrasi semasa berpuasa. Jadi, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan terjadinya gout. Oleh itu apabila badan terhidrat, ia mampu membuang asid urik dengan kerap melalui pembuangan air kecil supaya iatidak terkumpul di dalam sendi.
Makan secara sihat
Semasa berpuasa, anda mungkin tidak dapat mengawal nafsu makan dan ingin menuruti kehendak diri yang lapar. Tetapi makan dengan betul, minum banyak air sangat penting untuk pesakit gout. Sebaiknya kurangkan makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.
Kekalkan berat badan
Penjagaan berat badan juga penting bagi pesakit gout. Jika gagal ini menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga akan bertambah. Jadi, walaupun berpuasa anda perlu melakukan senaman ringan bagi mengekalkan berat badan anda dan mengatasi gout dalan jangka panjang.
Rehat secukupnya
Rehat yang cukup membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan pada tubuh. Oleh itu, tidur adalah pemulihan terbaik bagi mengurangkan tekanan yang boleh mengakibatkan lebih banyak serangan gout.
[embed-health-tool-bmi]