backup og meta

Sakit Hernia? Ada Cara Atasinya, Lakukan 9 Petua Ini Untuk Kecutkan Angin Pasang!

Sakit Hernia? Ada Cara Atasinya, Lakukan 9 Petua Ini Untuk Kecutkan Angin Pasang!

Kemunculan hernia atau angin pasang boleh memberikan ketidakselesaan dan gangguan fikiran berpanjangan kepada individu yang mengalaminya. Bagi mengatasi masalah seperti ini, kami akan kongsikan beberapa petua kecutkan angin pasang yang boleh anda cuba. Angin pasang lelaki mahupun perempuan boleh dirawat di rumah dengan mengikuti pantang larang angin pasang di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

9 cara dan petua kecutkan angin pasang

Selepas anda tahu apa punca angin pasang dan simptom angin pasang yang berlaku kepada anda, ketahui pula bagaimana cara untuk membantu merawat masalah ini.

Ada sembilan tip yang boleh dicuba untuk melegakan atau menghilangkan angin pasang atau hernia anda. Ikuti 9 petua kecutkan angin pasang yang kami berikan ini:

#1. Kerapkan berjalan kaki

Apabila seseorang yang mengalami hernia berjalan kaki, ia bukan sahaja menguatkan bahagian atas tetapi juga bahagian bawah abdomen dan lantai pelvis.

Berjalan pantas selama 30 minit setiap hari bukan sahaja berkesan merawat hernia yang dialami, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran kepada penghidapnya agar tidak terlalu memikirkan hal tersebut. 

#2. Petua kecutkan angin pasang: Selalu bersenam

petua kecutkan angin pasang
Senaman sihat.

Hernia angin pasang berlaku apabila terdapat kelemahan tisu yang terletak di sekitar organ.

Oleh itu, untuk mengurangkan bengkak dan ketidakselesaan yang dialami, anda perlu menguatkan otot-otot di kawasan ini.

Terdapat senaman tertentu yang boleh membantu menguatkan kawasan pangkal paha anda sekali gus mengecutkan angin pasang:

  • Mengangkat kaki ke atas
  • Senaman berbasikal secara mendaki
  • Memicit bantal untuk menguatkan otot
  • Senaman di dalam kolam

#3. Gunakan ais

Antara simptom hernia yang biasa berlaku ialah seperti bengkak, kemerahan, dan sakit pada perut atau pangkal paha.

Simptom-simptom ini boleh diatasi dengan menggunakan pek ais.

Oleh itu, apabila anda mengalami sebarang gejala di atas, letakkan pek ais terus pada kawasan yang terjejas bagi melegakan kesakitan, mengurangkan kontraksi, kembung perut dan juga keradangan.

#4. Petua kecutkan angin pasang: Minum teh halia

Halia merupakan antara remedi tradisional yang boleh digunakan bagi merawat angin pasang lelaki dan perempuan.

Teh halia boleh membantu melegakan kesakitan pada perut selain mengelakkan kejadian gastrik dalam perut.

Ini sekali gus boleh mengurangkan risiko asid refluks yang boleh berlaku.

Anda boleh menambahkan halia di dalam teh kosong atau merebus halia untuk diminum airnya.

#5. Tahan hernia apabila batuk atau meneran

Sekiranya anda menghidap angin pasang, bersin, batuk atau meneran ketika membuang air boleh menambahkan lagi beban atau tekanan pada kawasan yang benjol.

Bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk, pastikan anda memegang atau menahan benjolan tersebut.

Ini untuk memastikan agar benjolan itu tidak menjadi semakin besar. 

angin pasang
Angin pasang lelaki & wanita.

#6. Elakkan makanan penyebab keradangan

Salah satu petua kecutkan angin pasang adalah dengan mengelakkan makanan punca keradangan.

Antara jenis makanan yang boleh menyebabkan keradangan ialah seperti makanan yang mempunyai gluten dan juga makanan yang diproses.

Jika sebahagian usus telah membentuk hernia, amat penting untuk mengelakkannya daripada mengalami keradangan.

Jika tidak, anda mudah untuk merasakan pedih ulu hati atau kembung perut.

#7. Kekalkan berat badan sihat 

Berat badan yang ideal dan sihat boleh membantu mengekalkan bekalan darah beroksigen, sekali gus mengelakkan hernia tersebut tidak bertukar lokasi.

Anda disarankan untuk melakukan senaman bagi mengekalkan berat badan yang optimum.

Namun, pastikan anda tidak melakukan senaman berat kerana ia boleh mengganggu angin pasang dan menyebabkan lebih banyak kesakitan. 

#8. Petua kecutkan angin pasang: Lakukan yoga

petua kecutkan angin pasang
Senaman yoga.

Yoga merupakan antara petua kecutkan hernia yang berkesan.

Sesetengah posisi yoga boleh melegakan tekanan pada badan, menguatkan otot dan menutup laluan hernia yang sudah terbentuk. 

#9. Ambil makanan yang tinggi serat

Elakkan masalah sembelit daripada berlaku ketika mengalami angin pasang.

Ini kerana, meneran dengan kuat kerana masalah sembelit boleh menyebabkan hernia semakin teruk.

Antara cara mengurangkan masalah sembelit adalah dengan memakan lebih banyak makanan tinggi serat.

Contohnya seperti sayuran berdaun hijau, lobak merah, kekacang dan juga keledek. Selain itu, anda juga boleh memakan buah-buahan seperti epal, betik, tembikai dan buah pir. 

Kesimpulan

Angin pasang atau hernia yang berlaku boleh diuruskan dengan baik jika anda tahu apa yang perlu dibuat.

Pastikan anda cuba tip dan petua kecutkan angin pasang di atas bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan angin pasang yang dialami.

Paling penting, jangan meneran dengan kuat dan jangan membuat kerja-kerja berat jika mengalami angin pasang!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hernia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15757-hernia. Accessed on October 25, 2022.
  2. Inguinal hernia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/inguinal-hernia/diagnosis-treatment/drc-20351553. Accessed on October 25, 2022.
  3. Hernia. https://familydoctor.org/condition/hernia/. Accessed on October 25, 2022.
  4. 3 Ways to Treat a Hernia. https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/live-well/2017/05/3-ways-to-treat-a-hernia/. Accessed on October 25, 2022.
  5. Hernias. https://www.healthdirect.gov.au/hernias. Accessed on October 25, 2022.

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Angin Pasang: Benjolan Pada Abdomen

Ibu, Kenal Pasti Tanda Angin Pasang Pada Si Manja, Bahaya Jika Dibiarkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan