home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perbezaan Penggunaan Antibiotik Antara Negara Adalah Besar - Ini Sangat Membimbangkan

Perbezaan Penggunaan Antibiotik Antara Negara Adalah Besar - Ini Sangat Membimbangkan

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan data baru mengenai penggunaan antibiotik di 65 negara berbeza menerusi Tinjauan Penggunaan Antibiotik.

Menurut laporan tersebut, perbezaan penggunaan antibiotik antara negara adalah sangat besar. Julat yang didapati ialah antara 4 DDD (daily defined doses/dos harian yang ditakrifkan)/1000 penduduk sehari hingga 64 DDD. Perbezaan besar ini memberikan isyarat bahawa sesetengah negara menggunakan antibiotik dalam jumlah yang terlalu banyak, manakala sebahagian yang lain pula terlalu sedikit.

Rantau Eropah WHO mencatatkan penggunaan median sebanyak 17.9 DDD/1000 penduduk sehari dengan hampir 4 kali ganda perbezaan antara negara pengguna tertinggi dan terendah di rantau berkenaan.

Tanpa kawalan penggunaan antibiotik, bakteria menjadi semakin kebal

Kata Pengarah Bahagian Perubatan Esensial dan Produk Kesihatan di WHO, Dr Suzanne Hill, “Penggunaan antibiotik secara berlebihan atau terlalu kurang ialah penyebab utama kepada rintangan bakteria. Tanpa antibiotik dan antimikrobial lain yang efektif, kita akan hilang keupayaan untuk melawan jangkitan biasa seperti pneumonia.”

Beliau menambah, “Dapatan dari tinjauan ini mengesahkan keperluan untuk mengambil langkah segera seperti menguatkuasakan polisi antibiotik hanya boleh diberikan dengan preksripsi doktor untuk mengelakkan penyalahgunaan.”

Sesetengah negara kurang akses kepada antibiotik

Selain penggunaan berlebihan, rintangan antibiotik juga boleh berlaku disebabkan penggunaan yang terlalu rendah. Keadaan ini banyak berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Apabila akses kepada rawatan penuh tidak ada, jangkitan tidak dapat dirawat sepenuhnya dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat substandard atau tiruan.

Penggunaan rendah bukan sahaja disebabkan oleh kurang bekalan, tetapi juga sistem pengagihan ubat di negara tersebut. Kekurangan akses kepada ubat berkualiti menyebabkan pesakit membeli ubat tanpa preskripsi di pusat jualan ubat atau farmasi. Jualan tanpa kawalan ini menyumbang kepada penyalahgunaan ubat.

Data dan rekod penggunaan adalah sangat penting

Maklumat mengenai penggunaan antibiotik adalah sangat penting bagi membantu negara meningkatkan kesedaran, merangka polisi dan kawalan penggunaan, mengenal pasti ruang untuk diperbaiki dan kesannya serta memperbaiki proses pembelian dan bekalan ubat-ubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada [date}
x