backup og meta

Nampak Benjolan Abnormal Di Leher? Itu Mungkin Tanda Ketumbuhan, Nodul Tiroid!

Nampak Benjolan Abnormal Di Leher? Itu Mungkin Tanda Ketumbuhan, Nodul Tiroid!

Penyakit tiroid.. Pasti anda pernah dengar mengenainya, kan? Tapi bagaimana pula dengan nodul tiroid?

Dalam banyak-banyak jenis tiroid, kondisi nodul tiroid mungkin tidak begitu familiar dalam kalangan masyarakat.

Pun begitu, tahukah anda bahawa kondisi ini sangat biasa berlaku, terutama di Amerika Syarikat.

Bahkan, pakar menganggarkan kira-kira separuh daripada rakyat Amerika mengalaminya apabila mencecah usia 60 tahun!

Tapi, penyakit apa sebenarnya nodul tiroid ini? Jika berminat untuk tahu, teruskan pembacaan ya!

Nodul tiroid, kenal dengan lebih lanjut!

Istilah ‘nodul tiroid’ merujuk kepada sebarang ketumbuhan abnormal yang membentuk benjolan di kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid terletak rendah di bahagian depan leher, di bawah halkum. Kelenjar ini mempunyai fizikal berbentuk seperti rama-rama dan melilit windpipe atau trakea.

Kedua-dua ‘sayap’ atau lobus di windpipe disatukan oleh ‘jambatan’ diperbuat daripada tisu (isthmus) yang terletak di bahagian depan windpipe.

Nodul tiroid juga boleh terbentuk di mana-mana sahaja bahagian kelenjar. Sesetengah nodul mungkin dapat dirasakan dengan mudah.

Ada juga ketumbuhan lain yang tersembunyi jauh di dalam tisu tiroid atau terletak pada posisi yang sangat rendah di kelenjar, lantas menyukarkannya untuk dikesan.

Simptom-simptom

Sesetengah pesakit mungkin mempunyai nodul tiroid dan tidak mengalami gejala yang ketara.

Tetapi jika nodulnya cukup besar, pesakit mungkin bakal alami masalah:

  1. Suara serak.
  2. Rasa sakit di pangkal leher.
  3. Kesukaran menelan.
  4. Kesukaran bernafas.
  5. Kelenjar tiroid membesar (goiter).

Tambah lagi, jika nodul tiroid menghasilkan hormon tiroid berlebihan, pesakit mungkin mengalami gejala hipertiroidisme, yang merangkumi:

  1. Lemah otot.
  2. Sukar tidur.
  3. Rasa gementar.
  4. Degupan jantung yang cepat dan tidak teratur.
  5. Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

Dalam beberapa kes juga, ketumbuhan tiroid ini boleh berlaku pada penghidap tiroiditis Hashimoto.

Ini adalah kondisi tiroid autoimun yang meningkatkan risiko mendapat tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) dengan simptom seperti:

  1. Kuku rapuh.
  2. Rasa letih sentiasa.
  3. Sembelit.
  4. Kepekaan dengan suhu sejuk.
  5. Kulit dan rambut kering.
  6. Kenaikan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

Ketumbuhan di tiroid, apa puncanya?

nodul tiroid

Majoriti ketumbuhan di tiroid ini disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan tisu tiroid yang normal.

Malangnya, pemicu pertumbuhan ini masih tidak diketahui, tapi faktor asas genetik yang kuat mungkin menyumbang masalah ini.

Dalam kes yang jarang berlaku, kondisi ini dikaitkan dengan:

  • Kanser tiroid
  • Tiroiditis, atau keradangan tiroid kronik
  • Kekurangan iodin
  • Tiroiditis Hashimoto, penyakit autoimun yang membawa kepada hipotiroidisme

Bagaimana kondisi ini didiagnosis?

Sekiranya doktor mengesyaki anda mempunyai nodul tiroid, mereka mungkin akan merujuk anda kepada ahli endokrinologi.

Doktor sebegini pakar dalam semua aspek sistem endokrin (hormon), termasuklah tiroid.

Ahli endokrinologi juga akan memeriksa sama ada anda:

  • Mempunyai sejarah keluarga dengan kondisi tiroid ini
  • Mempunyai sejarah masalah tiroid yang lain
  • Pernah menjalani rawatan radiasi di kepala atau leher ketika bayi atau kanak-kanak

Mereka akan menggunakan 1 atau lebih ujian daripada berikut untuk mendiagnosis dan menilai nodul anda:

  1. Ultrabunyi tiroid, untuk memeriksa struktur nodul.
  2. Fine needle aspiration, mengumpul sampel nodul untuk diuji di makmal.
  3. Ujian darah, untuk memeriksa tahap hormon tiroid dan hormon perangsang tiroid (TSH).
  4. Imbasan tiroid, untuk mengetahui sama ada nodul dimiliki bersifat panas, hangat, atau sejuk (ujian ini biasanya dilakukan apabila tiroid terlalu aktif).

Jenis-jenis rawatan

nodul tiroid

Pilihan rawatan yang bakal dilakukan bergantung pada ukuran dan jenis nodul tiroid yang dimiliki.

Sekiranya nodul anda bersifat benign (bukan kanser) dan tidak menimbulkan masalah, ahli endokrinologi mungkin akan memutuskan bahawa ia tidak memerlukan rawatan sama sekali.

Sebaliknya, mereka akan memantau nodul dengan teliti melalui lawatan secara berkala dan ultrabunyi.

Selain itu, nodul yang bermula sebagai benign juga jarang bertukar menjadi barah.

Walau bagaimanapun, ahli endokrinologi anda mungkin akan melakukan biopsi sekali-sekala, untuk menolak kemungkinan pembentukan kanser.

Jika nodul yang dimiliki bersifat panas atau menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan, ahli endokrinologi anda mungkin akan menggunakan radioaktif iodin atau pembedahan untuk menyingkirkannya.

Sekiranya anda mengalami simptom hipertiroidisme, prosedur ini akan dapat bantu mengatasi gejala dihadapi.

Namun, kalau terlalu banyak tiroid yang dihancurkan atau dikeluarkan semasa proses ini, anda mungkin perlu mengambil hormon tiroid sintetik secara berterusan.

Sebagai alternatif kepada iodin radioaktif atau pembedahan, ahli endokrinologi anda boleh cuba merawat nodul panas dengan memberi ubat thyroid-blocking.

Sebelum ini, beberapa orang doktor telah menggunakan hormon tiroid berdos tinggi dalam usaha mengecilkan ketumbuhan di tiroid.

Pun begitu, amalan ini sebahagian besarnya tidak lagi dilakukan kerana didapati tidak berkesan.

Tapi, hormon tiroid mungkin diperlukan bagi mereka dengan masalah tiroid yang tidak aktif (seperti penghidap tiroiditis Hashimoto).

Cara lain, pakar endokrinologi anda juga boleh menggunakan jarum halus aspiration untuk mengeringkan ketumbuhan tersebut, jika ia berisi cecair.

Bolehkah masalah ini dicegah?

Malang sekali, tiada cara yang dapat dilakukan untuk mencegah pembentukan ketumbuhan di tiroid ini.

Sekiranya anda didiagnosis dengan nodul tiroid, ahli endokrinologi mungkin akan mengambil inisiatif untuk membuang, memusnahkan atau hanya memantaunya secara berterusan.

Jangan terlalu risau kerana majoriti nodul bukan bersifat kanser dan kebanyakan pesakitnya tidak memerlukan rawatan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tiroid.http://www.myhealth.gov.my/en/tiroid-2/Accessed Jul 2, 2021
  2. Symptoms and causes of Tiroid.https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thyroid-nodules/symptoms-causes/syc-20355262/ Accessed Jul 2, 2021
  3. Nodule brochure. http://thyroid.org/wp-content/uploads/patients/brochures/Nodules_brochure.pdf/ Accessed Jul 2, 2021
  4. Thyroid nodules.https://www.hormone.org/diseases-and-conditions/thyroid-nodules/ Accessed Jul 2, 2021
  5. Thyroid nodules when to worry. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/thyroid-nodules-when-to-worry/ Accessed Jul 2, 2021

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Rasa Sakit Tekak Setiap Kali Menelan Air Liur? Awas Dengan Apa Anda Makan!

Membongkar Mitos Di Sebalik Kondisi Tiroid - Jom Kenal Pasti Yang Mana Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan