backup og meta

Jangan Ambil 10 Makanan Ini Lepas Makan Ubat! Takut Ubat Tak Berkesan Nanti

Jangan Ambil 10 Makanan Ini Lepas Makan Ubat! Takut Ubat Tak Berkesan Nanti

Ada sesetengah daripada kita yang terfikir, bolehkah makan makanan tertentu selepas makan ubat? Adakah makanan atau minuman tertentu boleh mengurangkan keberkesanan ubat yang dimakan jika diambil bersama? Lihat penjelasan lanjut di bawah ini tentang jenis makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat. 

Ketahui lebih banyak maklumat tentang Kesihatan di sini.

10 makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat

makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat
Boleh atau tidak minum susu selepas makan ubat?

Memilih jenis makanan atau minuman yang sesuai selepas mengambil ubat adalah sangat penting.

Ingin tahu kenapa? Ini kerana beberapa jenis makanan atau minuman boleh mempengaruhi keberkesanan dan penyerapan ubat dalam badan.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu hasil daripada reaksi terhadap ubat tersebut.

Berikut adalah 10 jenis makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat:

  • Susu dan produk susu: Susu atau produk susu mengandungi kalsium yang boleh mengikat ubat tertentu seperti antibiotik tetracycline. Susu juga boleh mengurangkan penyerapannya dalam badan
  • Limau gedang: Buah ini boleh mengganggu enzim yang memetabolisme ubat seperti felodipine, lalu menyebabkan peningkatan kadar ubat dalam darah
  • Teh dan kopi: Kafein dalam teh dan kopi boleh mengurangkan penyerapan ubat seperti benzodiazepines dan mengurangkan keberkesanannya
  • Alkohol: Alkohol boleh berinteraksi dengan ubat seperti metronidazole lalu menyebabkan kesan sampingan seperti mual dan sakit kepala
  • Sayuran hijau: Sesetengah sayuran hijau mengandungi vitamin K yang boleh mengurangkan keberkesanan ubat pencair darah seperti warfarin
  • Makanan berminyak atau tinggi lemak: Makanan yang tinggi kandungan lemak atau berminyak juga boleh memperlahankan penyerapan ubat dan mengurangkan keberkesanannya
  • Makanan masam atau berasid: Makanan berasid boleh mengurangkan keberkesanan ubat antasid dan meningkatkan keasidan perut
  • Gula: Pengambilan gula sememangnya boleh mempengaruhi kadar gula darah dan interaksi dengan ubat kencing manis
  • Garam: Garam juga adalah antara jenis makanan yang tidak digalakkan untuk makan selepas makan ubat. Ia boleh mempengaruhi tekanan darah dan interaksi dengan ubat antihipertensi
  • Air mineral: Tidak semua air mineral menyebabkan kesan buruk selepas pengambilan ubat. Namun, terdapat air mineral tertentu yang boleh mengurangkan penyerapan ubat

Bolehkah makan ubat selepas minum air bergas?

makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat
Bolehkah air bergas diminum selepas makan ubat?

Bolehkah makan ubat selepas minum air bergas?

Untuk pengetahuan anda, minuman berkarbonat boleh meningkatkan keasidan perut dan mempengaruhi penyerapan ubat.

Oleh itu, elakkan pengambilan ubat selepas minum minuman jenis ini untuk keberkesanan ubat yang maksimum.

Boleh ke makan ubat selepas makan vitamin C?

Antara soalan yang sering ditanya, boleh ke makan ubat selepas makan vitamin C?

Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan ubat tertentu. Namun ia juga boleh menyebabkan interaksi dengan ubat lain.

Anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil kombinasi ubat dan vitamin C ini.

Bolehkah makan tembikai dengan ubat?

Ada juga individu yang bertanyakan sama ada bolehkah makan tembikai dengan ubat?

Buah tembikai mengandungi banyak air dan gula yang boleh mempengaruhi kepekatan ubat dalam darah.

makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat
Antara makanan selain tembikai yang boleh menyejukkan badan.

Oleh itu, cuba elakkan pengambilan tembikai dengan ubat untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu jenis makanan yang tidak boleh dimakan selepas makan ubat.

Pemilihan makanan dan minuman yang sesuai selepas mengambil ubat adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan ubat dan mengelakkan kesan sampingan lain.
Anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai kombinasi makanan, minuman dan ubat untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada rawatan anda.

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan pengetahuan baharu mengenai kepentingan memilih makanan dan minuman yang sesuai selepas pengambilan ubat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Taking Medications? You May Need to Avoid These Foods. https://www.stlukeshealth.org/resources/taking-medications-you-may-need-avoid-these-foods. Diakses pada Oktober 18, 2023.

7 Foods That Don’t Mix With Prescription Drugs. https://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-2022/food-medication-interaction.html. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Drug-Food Interactions. https://familydoctor.org/drug-food-interactions/. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Food-Drug Interactions. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/fooddrug-interactions. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Common Food-Drug Interactions. https://www.bvhealthsystem.org/expert-health-articles/common-food-drug-interactions. Diakses pada Oktober 18, 2023.

Versi Terbaru

30/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Peria Katak Ubat Pesakit Kencing Manis, Benarkah?

Orang Dewasa Pun Perlu Ambil Ubat Cacing! Ini Sebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan