backup og meta

BAHAYA Strok Haba, Ini 6 Perkara Yang Kita Semua Perlu Tahu Di Saat Kecemasan!

BAHAYA Strok Haba, Ini 6 Perkara Yang Kita Semua Perlu Tahu Di Saat Kecemasan!

Jangan ambil mudah dengan kesan strok haba! Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tragis mengenai kematian seorang pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat strok haba yang menyebabkan kegagalan pelbagai organ.

Insiden ini membuka mata ramai orang tentang bahaya kesan strok haba yang boleh meragut nyawa dalam sekelip mata. Bagi anggota ketenteraan, latihan lasak di bawah terik matahari adalah sebahagian daripada rutin mereka. Namun, risiko strok haba yang tinggi menuntut kesedaran dan langkah pencegahan serius.

Persoalannya, adakah kita benar-benar faham tentang maksud strok haba dan sejauh manakah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ancaman kesihatan seperti ini?

Teruskan pembacaan anda untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Memahami maksud strok haba

Strok haba berlaku apabila tubuh manusia gagal mengawal suhu badan selepas terdedah terlalu lama kepada haba yang tinggi.

Keadaan ini boleh terjadi jika seseorang berada dalam ruang yang terlalu panas, seperti rumah tanpa pendingin hawa atau apabila terlibat dalam aktiviti fizikal berat yang menghasilkan banyak haba dalam badan.

Suhu badan boleh melonjak melebihi 40 darjah Celsius, dan jika tidak dirawat segera, ia boleh merosakkan organ dalaman seperti otak, hati dan ginjal. Keadaan ini berpotensi membawa kepada kesan strok haba seperti kegagalan pelbagai organ.

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena kesan strok haba:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan
  • Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari
  • Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar
  • Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama

Faktor risiko dalam ketenteraan

Anggota ketenteraan berisiko lebih tinggi untuk mengalami strok haba kerana mereka sering terlibat dalam latihan intensif di bawah cuaca yang panas.

Beberapa faktor utama yang meningkatkan risiko dan kesan strok haba termasuklah:

  • Latihan fizikal berat: aktiviti seperti kawad, berlari dan latihan di medan memerlukan tenaga yang besar dalam tempoh berpanjangan
  • Pakaian ketenteraan: uniform tebal dan kelengkapan seperti rompi kalis peluru boleh memerangkap haba dan menghalang badan daripada menyejuk
  • Persekitaran panas: latihan di kawasan terbuka terutama di bawah terik matahari meningkatkan pendedahan kepada haba
  • Hidrasi tidak mencukupi: anggota terlupa atau tidak berpeluang minum air secukupnya semasa latihan

Apa simptom strok haba yang perlu diperhatikan?

Mengenali simptom strok haba pada peringkat awal sangat penting untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk semasa strok haba berlaku.

Antara simptom awal yang perlu diperhatikan adalah:

Cara merawat strok haba dengan bantuan kecemasan

kesan strok haba
Latihan kawad kaki ketika cuaca panas.

Sekiranya ada anggota tentera yang menunjukkan tanda-tanda strok haba, tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah langkah-langkah rawatan kecemasan yang perlu dilakukan:

Cara merawat strok haba #1. Bawa ke tempat sejuk

Segera bawa mangsa ke tempat yang sejuk, berhawa dingin atau berbumbung. Kurangkan pendedahan mereka kepada matahari secara langsung.

#2. Lakukan penyejukan badan untuk elak kesan strok haba yang serius

Gunakan air sejuk untuk menyiram tubuh mangsa atau lap badan mereka dengan kain basah. Jika boleh, gunakan kipas untuk mempercepatkan proses penyejukan.

#3. Berikan cecair untuk redakan simptom strok haba

Jika mangsa sedar dan mampu untuk menelan, berikan mereka air atau minuman isotonik untuk membantu rehidrasi. Elakkan minuman berkafein atau bergula.

#4. Keluarkan pakaian ketat

Sekiranya keadaan memungkinkan, tanggalkan atau longgarkan pakaian berat bagi membantu tubuh mangsa menyejuk dengan lebih cepat.

#5. Dapatkan rawatan profesional

Rawatan profesional perlu segera diberikan. Panggil bantuan perubatan kecemasan atau bawa mangsa ke hospital berdekatan secepat yang mungkin.

#6. Pantau keadaan mangsa

Sekiranya mangsa pengsan atau tidak sedarkan diri, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) jika perlu, dan terus pantau pernafasan serta denyutan nadi sehingga bantuan tiba.

kesan strok haba
Teknik CPR ketika berlaku kecemasan.

Langkah pencegahan untuk elak strok haba

#1. Hidrasi berterusan

Pastikan anggota tenteraminum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas latihan. Pengambilan air isotonik juga membantu menggantikan garam dan mineral yang hilang.

#2. Tetapkan jadual latihan yang selamat

Elakkan daripada melakukan latihan berat pada waktu puncak panas, seperti tengah hari. Sebaliknya, jadualkan aktiviti pada awal pagi atau lewat petang.

#3. Pemantauan keadaan kesihatan

Ketua pasukan perlu memantau keadaan fizikal setiap anggota dan bertindak segera jika ada yang menunjukkan tanda-tanda strok haba.

#4. Kelengkapan sesuai

Gunakan pakaian yang membantu penyejukan badan. Jika perlu, berikan waktu rehat untuk menanggalkan peralatan berat.

Kesimpulan

Kematian pegawai kadet Palapes UiTM ini menjadi peringatan penting kepada semua, terutama anggota ketenteraan, tentang bahaya kesan strok haba. Kesihatan dan keselamatan perlu menjadi keutamaan dalam setiap latihan, kerana nyawa anggota adalah aset paling berharga untuk pertahanan negara. Jangan biarkan cuaca panas melampau meragut lebih banyak nyawa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Heat Stroke. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21812-heatstroke. Diakses 9 Disember 2024.

Clinical Guidelines on Management of Heat Related Illness at Health Clinic and Emergency and Trauma Department, Ministry of Health, Malaysia. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Polisi/GARISPANDUAN_PENGURUSAN_KES-KES_YANG_BERKAITAN_DENGAN_CUACA_PANAS.pdf. Diakses 9 Disember 2024.

Heat Stroke. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heat-stroke/symptoms-causes/syc-20353581. Diakses 9 Disember 2024.

What Should You Do Before Extreme Heat Occurs? https://www.redcross.org/get-help/how-to-prepare-for-emergencies/types-of-emergencies/extreme-heat-safety.html?srsltid=AfmBOoqcd_avEXxiezqW9rxGVMko3vz0gpA7QcG-eehBJOGG-ps3jJ9N. Diakses 9 Disember 2024.

Dehydration and Heat Stroke. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/dehydration-and-heat-stroke. Diakses 9 Disember 2024.

Versi Terbaru

10/12/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sari Pati Ayam Beri Manfaat Kepada Fungsi Kognitif, Cegah Keletihan Otak- Pakar

Pakar Bekerjasama Perangi Epidemik Senyap Anemia Dalam Kalangan Kanak-Kanak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 10/12/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan