backup og meta

Sistem Penghadaman Anda Boleh Terkena Jangkitan Blastosistis Hominis! Cirit-birit Antara Simptomnya

Sistem Penghadaman Anda Boleh Terkena Jangkitan Blastosistis Hominis! Cirit-birit Antara Simptomnya

Pernah dengar mengenai jangkitan Blastosistis Hominis, tak? Ia adalah jangkitan yang melibatkan sistem digestif. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Jangkitan Blastosistis Hominis Pada Sistem Digestif?

Blastosistis Hominis adalah organisms mikroskopik yang boleh dijumpai di dalam najis individu yang sihat dan tidak mengalami sebarang simptom penghadaman.

Blastosistis Hominis juga kadang kala dijumpai di dalam najis individu yang mengalami cirit-birit, sakit pada abdomen atau masalah gastrousus.

Para penyelidik masih tidak mengetahui sepenuhnya lagi peranan Blastosistis Hominis, sekiranya ada, dalam menyebabkan jangkitan.

Beberapa jenis Blastosistis Hominis yang tertentu lebih cenderung untuk dikaitkan dengan jangkitan yang menunjukkan simptom. Kadang kala, Blastosistis boleh hidup di dalam saluran penghadaman seseorang tanpa mengakibatkan masalah.

Jangkitan Blastosistis Hominis selalunya hilang dengan sendiri.

Tiada rawatan yang terbukti berkesan untuk jangkitan ini. Namun begitu, sekiranya simptom-simptom anda tidak bertambah baik, doktor anda akan mengesyorkan untuk mencuba ubat-ubat tertentu.

Apakah kebarangkalian Jangkitan Blastosistis Hominis pada sistem digestif?

Jangkitan Blastosistis Hominis biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Blastosistis Hominis?

Simptom-simptom yang biasa bagi jangkitan Blastosistis Hominis adalah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

sistem digestif

Punca

Apakah punca Jangkitan Blastosistis Hominis pada sistem digestif?

Pernah dianggap sebagai yis yang tidak berbahaya, Blastosistis adalah sejenis parasit – organisma mikroskopik bersel satu (protozoan).

Banyak protozoan biasanya mendiami saluran gastrousus anda dan tidak berbahaya atau bahkan bermanfaat: yang lain boleh menyebabkan penyakit.

Sama ada Blastosistis adalah sejenis protozoan yang boleh menyebabkan penyakit, masih menjadi kontroversi. 

Banyak individu yang mempunyai Blastosistis tidak mengalami tanda atau simptom, hidupan ini juga dijumpai pada individu yang mengalami cirit birit dan masalah penghadaman yang lain.

Blastosistis sering berlaku bersama organisma lain, jadi masih tidak jelas sama ada ia boleh menyebabkan penyakit dengan sendirinya atau hanyalah mangsa keadaan.

Mungkin terdapat juga sesetengah individu yang menjadi pembawa kepada Blastosistis. Pembawa ini tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom jangkitan.

Selain itu, kebarangkalian untuk simptom berlaku tidak meningkat dengan jumlah parasit yang banyak.

Walaupun tiada sesiapa yang benar-benar tahu bagaimana Blastosistis boleh masuk ke dalam sistem digestif, pakar mengesyaki bahawa Blastosistis mungkin masuk ke dalam saluran usus melalui sentuhan oral-fekal.

Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang itu tidak membasuh tangannya dengan baik selepas menggunakan tandas sebelum menyediakan makanan.

Prevalens Blastosistis meningkat pada tempat yang mempunyai sanitasi yang tidak bagus dan kebersihan peribadi yang kurang.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Blastosistis Hominis?

Blastosistis biasa berlaku, dan sesiapa sahaja boleh mempunyai organisma ini di dalam najis mereka.

Anda mungkin berisiko tinggi sekiranya anda melancong atau tinggal di tempat yang mempunyai sanitasi yang kurang atau bekalan air yang tidak selamat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan Blastosistis Hominis didiagnosis?

sistem digestif

Punca bagi cirit birit anda mungkin sukar untuk didiagnosis.

Walaupun terdapat Blastosistis di dalam pemeriksaan najis, ia tidak semestinya menyebabkan simptom-simptom anda.

Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan anda, bertanya mengenai aktiviti terkini anda, seperti melancong, dan melakukan pemeriksaan fizikal.

Beberapa ujian makmal dapat bantu mendiagnosis penyakit parasit dan punca bukan jangkitan bagi simptom gastrousus yang lain:

  • Pemeriksaan najis (fekal). Ujian ini dilakukan bagi mencari parasit atau telur parasit (ovum). Doktor anda akan memberi sebuah bekas khas yang mengandungi cecair preservatif untuk sampel najis anda. Masukkan ke dalam peti sejuk – jangan biarkan ia beku – bawa sampel ini ke pejabat doktor atau makmal.
  • Sekiranya anda mempunyai simptom, tetapi ujian fekal tidak menunjukkan sebarang sebab, doktor anda akan melakukan ujian ini. Selepas anda telah disedatif, doktor, biasa ahli gastroenterologi, akan memasukkan tiub ke dalam mulut atau rektum anda bagi mencari punca simptom anda. Anda perlu berpuasa pada awal malam sebelum melakukan ujian ini.
  • Ujian darah. Kini, terdapat ujian darah yang dapat mengesan Blastosistis, tetapi ia tidak selalu digunakan. Walau bagaimanapun, doktor anda boleh melakukan ujian darah untuk mencari punca-punca lain bagi tanda dan simptom anda,

Bagaimana pesakit Jangkitan Blastosistis Hominis pada sistem digestif dirawat?

Sekiranya anda mempunyai Blastosistis tanpa sebarang tanda atau simptom, anda tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Tanda dan simptom yang sederhana boleh bertambah baik dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Ubat-ubatan bagi merawat jangkitan blastosisis termasuk:

  • Antibiotik, seperti metronidazole (Flagyl) atau tinidazole (Tindamax).
  • Ubat kombinasi, seperti sulfamethoxazole dan trimethoprim (Bactrim, Septra,lain-lain).
  • Ubat antiprotozoan, seperti paromomycin, atau nitazoxanide (Alinia).

Walau bagaimanapun, sentiasa ingat bahawa tindakan ubat terhadap jangkitan Blastosistis jauh berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain.

Oleh sebab simptom-simptom yang anda alami mungkin tidak mempunyai kaitan dengan Blastosistis, mungkin juga terdapat sebarang penambahbaikan disebabkan oleh kesan ubat tersebut terhadap organisma yang lain.

sistem digestif

Perubahan gaya hidup

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Blastosistis Hominis pada sistem digestif?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi jangkitan Blastosistis Hominis:

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air suam selepas menggunakan tandas, menukar lampin, dan sebelum menyediakan makanan.
  • Ajar kanak-kanak mengenai kepentingan membasuh tangan bagi mencegah jangkitan.
  • Elakkan air dan makanan yang mungkin telah tercemar.
  • Basuh dan kupas semua sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebelum makan.
  • Apabila melancong ke negara yang mempunyai bekalan air yang tidak selamat, elakkan daripada meminum air paip yang tidak dimasak terlebih dahulu dan elakkan makanan yang tidak dimasak tetapi dibasuh dengan air paip yang tidak dimasak. Minuman berkarbonat di dalam botol atau tin, seltzer, minuman buah yang telah dipasteur, dan kopi serta teh panas berstim adalah selamat untuk diminum.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Blastocystis spp. FAQs.

https://www.cdc.gov/parasites/blastocystis/faqs.html. Accessed September 7, 2017.

Blastocystis hominis infection. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blastocystis-hominis-infection/home/ovc-20169153. Accessed September 7, 2017.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blastocystis-hominis-infection/symptoms-causes/syc-20351205

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blastocystis-hominis-infection/diagnosis-treatment/drc-20351211

http://www.antimicrobe.org/b45.asp

https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0211034

Versi Terbaru

23/07/2021

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Nampak Benjolan Abnormal Di Leher? Itu Mungkin Tanda Ketumbuhan, Nodul Tiroid!

Jaga-jaga Simptom Penyakit Akromegali, Tangan & Kaki Membesar! Ini Komplikasi & Rawatannya


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 23/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan