backup og meta

Bagaimana Ahli Farmasi Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Anda?

Bagaimana Ahli Farmasi Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Anda?

Sudah tentu, pharmacist tidak boleh menggantikan doktor anda. Walau bagaimanapun, ahli farmasi memainkan peranan penting dalam pasukan penjagaan kesihatan dan boleh membincangkan semua pertanyaan yang anda miliki mengenai ubat-ubatan untuk memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Apakah peranan pharmacist yang lain? Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Tugas ahli farmasi menyokong kesejahteraan anda

Apakah peranan mereka dan ciri-ciri ahli farmasi?

#1. Memastikan ubat-ubatan anda betul

Salah satu tugas ahli farmasi ialah penyesuaian ubat, yang merupakan proses membandingkan pesanan ubat baru pesakit kepada semua ubat-ubatan yang telah diambil oleh pesakit.

Sekiranya anda pernah dimasukkan ke hospital atau melawat klinik untuk kali pertama, adalah sangat penting bahawa:

  • nama
  • dos
  • jadual ubat-ubatan yang anda ambil di rumah

dikenal pasti dengan betul.

Ini boleh mencabar kerana terdapat pesakit sering berjumpa beberapa doktor dan mengisi semula (refill) preskripsi mereka di farmasi yang berbeza.

Sebab itulah sangat penting untuk menyimpan senarai ubat dan membawanya bersama anda setiap kali berjumpa doktor baru, ke klinik penjagaan segera, atau ke bilik kecemasan.

Di sini seorang pharmacist boleh masuk.

Pharmacist akan berbincang dengan anda atau ahli keluarga anda, hubungi farmasi anda, atau melihat lawatan hospital dan klinik anda sebelum ini untuk memastikan ubat-ubatan yang diberikan semasa penginapan anda atau dipreskripsi untuk dibawa pulang adalah tepat.

ahli farmasi
Elakkan simpan ubat di lokasi ini.

#2. Pharmacist membantu mengurangkan kos

Apa ciri-ciri ahli farmasi

Ubat-ubatan yang dipreskripsi boleh menjadi mahal, terutama apabila melibatkan ubat-ubatan yang berjenama.

Jadi, pharmacist anda adalah sumber yang hebat untuk mencari alternatif yang lebih rendah.

Ini kerana pharmacist tahu versi generik ubat-ubatan jenama yang mempunyai fungsi sama tetapi kosnya yang kurang atau mungkin kurang mahal.

#3. Membantu pengurusan ubat lebih mudah

cara penyimpanan ubat
Dapatkan nasihat sebelum membeli ubat.

Apabila anda mengambil pelbagai ubat yang cenderung diisi pada waktu yang berbeza sepanjang bulan, adalah anda mungkin mudah lupa untuk mengambil satu atau dua daripadanya.

Ini boleh menyebabkan anda kehilangan dos dan boleh membahayakan kesihatan anda.

Tetapi jika anda pergi ke farmasi yang sama untuk setiap ubat anda, pharmacist anda boleh mengesyorkan cara yang lebih mudah untuk menguruskan preskripsi anda.

Bergantung pada ubat-ubatan yang anda ambil dan berapa kerap anda mengambilnya, pharmacist anda juga boleh membantu anda mendapatkan bekalan ubat preskripsi selama 90 hari daripada bekalan selama 30 hari.

Pharmacist anda juga boleh menawarkan petua dan cara untuk mengatur dan mengingat untuk mengambil ubat anda.

Dalam kerjasama doktor dan jururawat, pharmacist sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan pesakit.

Mempunyai hubungan yang kuat dengan pharmacist anda benar-benar boleh membuat perbezaan dalam kesihatan anda.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai persoalan mengenai ubat-ubatan anda, jumpa mereka sebagai sumber yang dipercayai.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Does A Pharmacist Do? https://www.pharmacyregulation.org/raising-concerns/raising-concerns-about-pharmacy-professional/what-expect-your-pharmacy/what-does-0. Accessed on December 14th, 2023.

Pharmacist. https://college.mayo.edu/academics/explore-health-care-careers/careers-a-z/pharmacist/. Accessed on December 14th, 2023.

Top Ten Reasons to Become a Pharmacist. https://www.aacp.org/resource/top-ten-reasons-become-pharmacist. Accessed on December 14th, 2023.

The Role of the Pharmacist in Public Health. https://www.apha.org/policies-and-advocacy/public-health-policy-statements/policy-database/2014/07/07/13/05/the-role-of-the-pharmacist-in-public-health. Accessed on December 14th, 2023.

Pharmacist. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/24786-pharmacist. Accessed on December 14th, 2023.

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Benjolan Di Ketiak Bukan Sebab Kanser Sahaja, Ada 6 Punca Mesti Tahu!

Pelik Tangan Selalu Rasa Kebas, Cuba 6 Cara Ini Untuk Kurangkan Lenguh


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan