backup og meta

Rumah Mak Ayah Di Kampung Masih Guna Atap Asbestos? Jaga-Jaga, Ada Risiko Kanser!

Rumah Mak Ayah Di Kampung Masih Guna Atap Asbestos? Jaga-Jaga, Ada Risiko Kanser!

Jika anda lihat di kampung-kampung, mungkin ada sesetengah kediaman yang masih menggunakan atap asbestos sebagai bumbung rumah. Namun tahukah anda, bahawa asbestos atap ini sebenarnya amat berbahaya kepada kesihatan kita?

Ikuti penjelasan lanjut mengapa atap jenis ini sangat berbahaya kepada kesihatan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu jenis atap asbestos?

Bumbung jenis asbestos.
Bumbung jenis asbestos.

Kebanyakan bumbung rumah-rumah kampung atau bangunan-bangunan lama mungkin masih menggunakan atap asbestos.

Ia dipanggil asbestos kerana diperbuat daripada sekumpulan enam jenis gentian mineral semula jadi.

Gentian ini terkenal dengan kekuatan serta sifat ketahanannya yang kalis api dan juga bahan kimia.

Disebabkan oleh kualiti ini, industri pembuatan dan bangunan telah menggunakan asbestos untuk pelbagai tujuan.

Antaranya adalah untuk menguatkan simen dan plastik, sebagai bahan penebat, dan untuk tujuan penyerapan bunyi.

Selain itu, ia digunakan sebagai bahan kalis api untuk bangunan, pakaian dan juga kenderaan tentera.

Gentian asbestos yang biasa kita lihat mungkin berwarna putih atau kelabu. Tetapi ia juga boleh didapati dengan warna coklat, hijau dan juga biru. 

Produk apakah yang mengandungi atap asbestos terpakai?

Sebenarnya, asbestos telah banyak digunakan dalam penghasilan pelbagai produk.

Produk yang paling biasa dan dikenali ramai tentunya atap asbestos.

Selain daripada asbestos atap, gentian ini juga digunakan dalam penebat paip, saluran atau relau; bahan pelekat; jubin lantai dan juga papan.

Mengapa atap asbestos sangat berbahaya kepada kesihatan?

5 jenis makanan antikanser.
5 jenis makanan antikanser.

Jenis atap asbestos ini pada asalnya tidaklah berbahaya, melainkan jika gentian ini dilepaskan atau terlepas ke udara.

Sekiranya gentian asbestos ini dilepaskan ke udara, ia akan terurai menjadi partikel-partikel kecil.

Ia kemudiannya akan dibawa ke dalam udara dan kita akan menyedutnya ke dalam paru-paru sewaktu bernafas.

Apabila partikel-partikel gentian ini berkumpul dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan parut dan juga keradangan.

Tidak cukup setakat itu, ia juga akan mendedahkan kita kepada beberapa jenis penyakit, antaranya:

Beberapa badan kesihatan di sesetengah negara telah menyatakan bahawa asbestos ini sebagai karsinogen, iaitu bahan penyebab berlakunya kanser.

Mengerikan bukan?

Oleh sebab itu, jika anda menjumpai sebarang atap gentian ini yang telah pecah, retak atau berdebu, anda perlu menjauhkan diri kerana produk asbestos yang telah pecah boleh melepaskan partikel-partikel asbestos yang berbahaya ke ruang udara.

Jika anda berada terlalu dekat, dibimbangi anda akan menyedutnya masuk ke dalam paru-paru sewaktu bernafas

Siapakah yang berisiko terdedah kepada atap genting asbestos?

Semua individu mempunyai risiko untuk terdedah kepada bahaya gentian ini.

Jika rumah anda atau bangunan berdekatan anda masih menggunakan atap asbestos, maka risiko anda juga akan semakin bertambah.

Lebih-lebih lagi jika anda berhadapan dengan atap asbestos yang telah patah, reput, lama atau berdebu.

Namun, mereka yang bekerja secara terus dengan industri yang melibatkan asbestos mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Ini termasuklah industri pembuatan kapal laut, pembinaan rel kereta api, pembinaan, automotif, pembuatan bahan kimia dan juga perobohan bangunan.

Bagaimana untuk mengurangkan risiko terhadap bahaya atap jenis ini?

Risiko bumbung asbestos.
Risiko bumbung asbestos.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap bahaya atap genting asbestos.

Antaranya ialah:

  • Pastikan bumbung tidak pecah. Perhatikan bumbung rumah anda di kampung sama ada atapnya masih lagi elok atau sudah ada yang pecah. 
  • Jika ada yang sudah pecah atau retak, anda mungkin perlu menggantikannya dengan atap yang lebih selamat seperti atap zink atau genting. Namun, anda tidak boleh menggantikannya sesuka hati kerana ia membahayakan kesihatan anda. Ikuti panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
  • Jika terdapat longgokan atap genting ini di mana-mana kawasan, sila hubungi pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Majlis Perbandaran/ Majlis Bandaraya) agar mereka boleh melupuskannya mengikut prosedur yang betul.
  • Jangan sesekali membakar atau menanam atap jenis ini. Ia boleh meningkatkan risiko kepada kesihatan diri anda dan orang di sekeliling.
  • Jauhi kanak-kanak daripada kawasan yang mempunyai atap genting ini. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Kesimpulan

Kebiasaannya, ia akan mengambil masa antara 30 hingga 40 tahun lamanya untuk melihat kesan negatif selepas pendedahan pertama terhadap asbestos.

Namun, semakin lama dan berat pendedahan asbestos terhadap diri anda, maka tempoh masanya mungkin akan menjadi lebih cepat.

Oleh itu, jika anda terlihat atap genting asbestos ini atau lain-lain produk yang melibatkan penggunaan asbestos, sila jauhi kawasan tersebut dengan segera.

Sila kongsikan maklumat penting ini kepada ibu bapa atau mana-mana individu yang masih menggunakan atap jenis ini pada bumbung kediaman atau bangunan milik mereka. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Asbestos and Cancer Risk. https://www.cancer.org/healthy/cancer-causes/chemicals/asbestos.html. Accessed on July 22, 2022. 

Asbestos and Cancer Risk. https://www.oncolink.org/risk-and-prevention/environmental-and-occupational-exposures-uv-exposure-radon-radiation/asbestos-and-cancer-risk. Accessed on July 22, 2022.

Asbestos Exposure and Your Health. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11394-asbestos-exposure-and-your-health. Accessed on July 22, 2022.

Asbestos Exposure and Cancer Risk. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/substances/asbestos/asbestos-fact-sheet. Accessed on July 22, 2022.

Why is asbestos dangerous?. https://www.hse.gov.uk/asbestos/dangerous.htm. Accessed on July 22, 2022.

Versi Terbaru

08/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sering Sakit Bahu Dan Belakang Badan? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Kanser Paru-Paru!

Asbestosis


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan