backup og meta

Pembedahan Dan Anestesia Bakal Menjadi Lebih Mudah Diakses - Dr. Noor Hisham

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/07/2023

    Pembedahan Dan Anestesia Bakal Menjadi Lebih Mudah Diakses - Dr. Noor Hisham

    Tahukah anda, bukan semua orang tinggal di kawasan yang mempunyai jaringan kesihatan yang sihat? Disebabkan lokasi tempat tinggal pesakit, masih ramai yang tidak mampu menjalankan pembedahan kecil kerana mereka tinggal di kawasan yang terpencil.

    Pada peringkat global, 9 daripada 10 orang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan pembedahan kecil, terutamanya di kawasan yang berpendapatan rendah. Menurut Global Surgery Intiative, antara kawasan yang paling terkesan ialah di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

    Ada banyak penyakit yang perlukan pembedahan, namun ia tidak dapat dirawat dengan segera. Akibatnya, ia telah meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia, kebajikan dan pembangunan ekonomi negara.

    Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Bius Malaysia (MSA) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (GSI) telah berganding bahu untuk membentuk satu inisiatif Perkongsian Awam-Swasta yang pertama sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan akses kepada perkhidmatan pembedahan am dan anestesia yang selamat dan berpatutan untuk penduduk Malaysia yang terabai.

    Menurut mereka lagi, ini hanyalah satu permulaan kerana pada masa hadapan, MSA berharap untuk bekerjasama dengan banyak lagi pihak NGO dan swasta lain. GSI telah dilancarkan secara rasmi di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sempena ulang tahun ke-60 Persatuan Pakar Bius Malaysia (MSA).

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Pastikan perkhidmatan pembedahan kecil boleh diakses oleh semua

    pembedahan kecil

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, fokus utama GSI di negara kita adalah untuk mengukuhkan penyediaan perkhidmatan pembedahan, obstetrik.

    Katanya, sambutan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Pakar Bius Malaysia bakal menjadi platform yang hebat untuk membincangkan jurang kesihatan global dan perkongsian ilham bagi penyelesaian inovatif.

    Ini khususnya dari segi peranan pakar bius untuk membantu membina semula sistem kesihatan yang berdaya tahan di seluruh negara berikutan pandemik COVID-19, trauma dan anestesia di hospital daerah.

    KKM juga menyeru semua agar berganding bahu dan menyokong inisiatif ini supaya akses terhadap perkhidmatan pembedahan dan anestesia di kawasan yang terabai dapat ditingkatkan.

    “Walaupun terdapat kemajuan dari segi akses kepada perkhidmatan pembedahan kecil melalui pembangunan pakar bedah dan pakar bius selama bertahun-tahun di Malaysia, namun masih ada 5 isu yang dikenal pasti dan harus ditangani untuk memastikan akses yang saksama.”

    “Isu pertama ialah faktor pesakit. Kemudian, wujud juga masalah kekurangan fasiliti, kekurangan sumber manusia di fasiliti tertentu, terlalu ramai pesakit sehingga menyebabkan barisan yang panjang dan masalah logistik serta pengangkutan yang melambatkan akses,” kata Dr Gunalan Palari Arumugam, Pengerusi Lembaga Penasihat Perubatan SJMC.

    Tambah beliau lagi, “Strategi untuk menangani isu ini telah dilaksanakan di lapangan. Kami juga dapat melihat penambahbaikan dari segi akses perkhidmatan pembedahan yang selamat semakin meningkat di hospital luar bandar yang mengambil bahagian.”

    “Saya berharap agar GSI dapat menjadi usaha berterusan supaya perkhidmatan pembedahan dan anestesia yang lebih baik dapat dibekalkan untuk semua.”

    Baca juga:

    Kerjasama Awam-Swasta pertama di Malaysia

    pembedahan kecil

    Melalui projek CSR ini, dua program jangkauan (outreach) telah dirancang.

    Program yang pertama akan berjalan seiring dengan Persidangan Pembedahan Global Pertama di Kuching, Sarawak pada bulan Mac 2023. Program yang kedua pula pada Julai 2023 sebelum Kongres Saintifik Tahunan Kolej Anestesiologi MSA, juga di Kuching.

    Hospital daerah yang mengambil bahagian perlulah mempunyai kurang daripada 100 katil dan mempunyai akses terhadap penjagaan pakar yang rendah di negeri tersebut.

    Menurut Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya, ini merupakan perkongsian Awam-Swasta yang pertama di Malaysia. Usaha ini juga sangat bermakna dan sangat diperlukan supaya akses pembedahan kecil dan anestesia di kawasan yang terjejas dapat ditingkatkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan