backup og meta

Risiko Masalah Usus & Sistem Imun Jika Anak Lahir Czer, Apa Pendapat Pakar?

Risiko Masalah Usus & Sistem Imun Jika Anak Lahir Czer, Apa Pendapat Pakar?

Sebagai ibu bapa, kita semua perlu peka dengan aspek pemakanan sihat untuk kanak-kanak bagi menjamin pertumbuhan, perkembangan dan imuniti badan anak agar jauh lebih baik.

Segalanya bermula daripada makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut anak anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Pemakanan sihat untuk kanak-kanak & imuniti badan

Sebenarnya, aspek pemakanan sihat kanak-kanak dan pemakanan seimbang kanak-kanak itu memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkatkan imuniti badan mereka.

Dengan pengamalan diet yang tepat, risiko anak anda untuk mengalami masalah kesihatan umum dapat dikurangkan, seperti:

Ini kerana, pemakanan sihat dan seimbang mampu menyeimbangkan mikrobiota usus yang merupakan benteng pertahanan utama lantas menguatkan daya ketahanan tubuh badan kanak-kanak.

anak cerewet makan
Tip anak cerewet makan.

Dalam erti kata mudah, ibu bapa perlu peka dengan apa yang anak anda makan dan minum setiap hari!

Namun, ramai pakar mendapati bahawa anak yang lahir secara pembedahan perlu lebih perhatian. Kenapa?

Anak yang lahir pembedahan perlu lebih perhatian

Apa kaitan pembedahan C-section dengan risiko masalah usus dan imuniti anak?

Kajian menunjukkan bahawa anak yang lahir melalui kaedah pembedahan C-section (caesarean atau czeritu mungkin berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan mikrobiota usus.

Kesannya, anak yang lahir secara czer lebih cenderung mempunyai sistem imuniti badan yang sedikit lemah berbanding dengan kanak-kanak yang lahir secara normal.

“Kita semua perlu memahami potensi impak pembedahan C-section terhadap perkembangan mikrobiota  kanak-kanak dan peranan penting pemakanan sihat untuk kanak-kanak bagi menangani masalah ini,” jelas Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Shilpa Nambiar.

Peningkatan kadar kes C-section yang meningkat sebanyak 24.8% pada tahun 2015 menunjukkan bahawa ibu bapa perlu mengambil langkah awal dalam menjaga diet anak mereka.

“Diet yang pelbagai merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein merupakan kunci kepada penyediaan nutrien bagi meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak,” kata Pakar Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Dr Ong Sik Yong.

Dalam pada itu, pemakanan sihat untuk kanak-kanak juga harus melibatkan pengambilan prebiotik dan probiotik. Ia dipercayai sangat penting untuk kesihatan mikrobiom usus si manja anda.

pemakanan sihat untuk kanak-kanak
Pemakanan sihat untuk anak anda.

Kepentingan  prebiotik dan probiotik untuk kanak-kanak

Menurut Pengarah Kanan Biologi & Mikrobiologi Usus, Profesor Jan Knol, pelbagai kajian menunjukkan sinbotik (gabungan prebiotik dan probiotik) membantu meminimumkan impak kesihatan dengan meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang baik untuk kanak-kanak yang lahir secara czer.

Ini bermakna diet yang tinggi sumber prebiotik dan probiotik adalah sangat penting untuk kesihatan mikrobiom usus kanak-kanak terutama buat mereka yang lahir secara caesarean.

Maka, ibu bapa wajar mempertimbangkan kedua-dua nutrisi penting ini ke dalam diet anak agar dapat menyeimbangkan mikrobiota usus sekali gus menguatkan sistem imuniti mereka.

Susu tepung dengan rumusan khusus untuk kanak-kanak

pemakanan sihat kanak-kanak
Dari kiri: Yee Pek Kuan, Pengarah Pemasaran Danone Malaysia & Singapura; Koh Kok Meng, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura dan Ms. Angie Low, Pengarah Perubatan & Sains Nutrisi Asia Tenggara Danone semasa majlis pelancaran AptamilTM KID C-SynB.

Persoalannya, dari mana lagi sumber prebiotik, probiotik serta pelbagai nutrisi penting lain itu boleh didapatkan selain daripada pelan atau diet pemakanan sihat untuk kanak-kanak czer?

Sebagai ibu bapa prihatin, anda boleh mempertimbangkan susu tepung rumusan khas untuk kanak-kanak!

Pada 27 Jun 2024, syarikat tenusu terkemuka dunia, Danone telah melancarkan Aptamil™ KID C-SynB, iaitu formula susu tumbesaran inovatif yang direka khusus untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas yang lahir melalui pembedahan caesarean.

Produk ini merupakan satu-satunya formula susu yang terbukti dengan Synbio+ dan sokongan 27 kali lebih pantas untuk imuniti badan kanak-kanak melalui normalisasi mikrobiota usus.

“Dengan Aptamil™ KID C-SynB, ia menawarkan produk pemakanan yang menyokong pembangunan mikrobiota usus yang sihat sekali gus membantu kanak-kanak C-section mencapai kematangan sistem imun untuk kehidupan lebih baik.

Oleh itu, ibu bapa boleh mempertimbangkan produk ini ke dalam pelan diet pemakanan sihat untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi buat mereka yang lahir secara pembedahan C-section!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Importance of Good Nutrition for Kids, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2021/03/importance-good-nutrition-kids, Accessed 5 Jul 2024.
  2. How To Build Up Your Kid’s Immune System, https://health.clevelandclinic.org/how-to-boost-your-kids-immunity, Accessed 5 Jul 2024.
  3. Enhancing Children’s Immunity More Than Ever!, https://mypositiveparenting.org/2021/08/06/enhancing-childrens-immunity-more-than-ever/, Accessed 5 Jul 2024.
  4. A pediatrician’s perspective on c-section births and the gut microbiome, https://isappscience.org/a-pediatricians-perspective-on-c-section-births-and-the-gut-microbiome/, Accessed 5 Jul 2024.
  5. Probiotics and Prebiotics in Pediatrics, https://publications.aap.org/pediatrics/article/126/6/1217/65014/Probiotics-and-Prebiotics-in-Pediatrics?autologincheck=redirected, Accessed 5 Jul 2024.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Adakah Perlu Beri Kanak-kanak Makanan Tambahan?

Bolehkah Ibu Bapa Bagi Anak Makan Bijirin Nasi? Ini 3 Sebab Kenapa Anda TAK Patut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan