Apabila kanak-kanak memerlukan cermin mata, pasti ibu ayah bimbang masalah rabun anak menjadi semakin teruk. Masalah rabun ini tidak boleh diubati, namun terdapat cara penjagaan mata khusus bagi kanak-kanak yang rabun untuk melambatkan perkembangannya daripada menjadi terlalu tinggi.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai maksud myopia dan cara cara menjaga kesihatan mata anak anda yang rabun? Jom baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Memahami maksud myopia
Apa maksud myopia (miopia)?
Miopia atau juga dikenali sebagai rabun jauh adalah keadaan di mana seseorang individu tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tiada masalah untuk melihat jelas objek yang dekat.
Apa yang menyebabkan masalah rabun jauh ini berlaku adalah keadaan bola mata anda yang terlalu panjang atau mempunyai kornea yang melengkung dan terlalu mencuram.
Ia adalah masalah penglihatan yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia sekitar 6 hingga 14 tahun.
Faktor risiko yang boleh menyebabkan miopia terjadi termasuklah:
- Genetik: Sejarah keluarga yang pernah mengalami miopia
- Etnik: Kumpulan etnik Asia Timur, terutamanya etnik Cina banyak mengalami kes miopia
- Aktiviti jarak dekat yang berpanjangan: Kanak-kanak yang menggunakan komputer atau telefon pintar dalam tempoh masa yang lama lebih cenderung untuk mengalami miopia
- Tidak melakukan aktiviti di luar rumah: Kajian menyatakan kanak-kanak yang tidak meluangkan masa di luar rumah boleh meningkatkan risiko rabun jauh
Intervensi untuk kawalan miopia dalam kalangan kanak-kanak
Pemakaian cermin mata adalah salah satu cara penjagaan mata yang paling popular untuk menangani masalah miopia dalam kalangan kanak-kanak selain penggunaan kanta lekap dan juga pembedahan lasik.
Cermin mata untuk rabun jauh boleh digunakan sepanjang masa atau hanya apabila diperlukan supaya anak anda dapat melihat objek yang jauh dengan lebih jelas.
Namun begitu, sebenarnya ada juga cara penjagaan mata kanak-kanak yang rabun dengan menggunakan kanta lekap untuk menggantikan fungsi cermin mata yang sedia ada.
Memakai kanta lekap dapat membantu anak anda untuk melihat dengan lebih jelas dan memperlahankan perkembangan rabun jauh mereka.
Tanggal 11 hingga 13 Julai 2024 yang lalu, CooperVision, sebuah syarikat global yang terkemuka dalam industri kanta lekap telah berjaya menyelesaikan penyertaan berimpak sebagai penaja emas pada Kongres Dunia Ke-5 Oftalmologi Pediatrik dan Strabismus (WCPOS V) di Kuala Lumpur.
Acara ini menekankan dedikasi CooperVision untuk memajukan kesihatan mata pediatrik di Asia dan menegaskan peranannya sebagai pelopor dalam kawalan rabun jauh kanak-kanak.
CooperVision turut membentangkan hasil kajian klinikal mengenai kanta lekap lembut MiSight® 1 day (kanta lekap lembut pertama di dunia) untuk memperlahankan perkembangan rabun jauh dalam kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.
“Ujian klinikal MiSight® 1 day selama 7 tahun adalah kajian kanta lekap lembut yang paling lama dalam kalangan kanak-kanak dan telah membuktikan kemampuannya untuk memperlahankan perkembangan rabun jauh pada kanak-kanak secara signifikan,” jelas Penyelidik Utama dalam ujian klinikal MiSight® 1 day di Universiti Aston, Profesor Nicola Logan.
“Penglibatan kami dalam WCPOS V mencerminkan komitmen kami untuk menangani kes rabun jauh di Asia melalui intervensi awal dan rawatan berasaskan bukti,” kata Pengurus Besar Pengurusan Rabun Jauh Asia Pasifik di CooperVision, Shila Gupta.
Kanta lekap MiSight® 1 day dari CooperVision telah direka khusus untuk memperlahankan perkembangan rabun jauh pada kanak-kanak.
Bagaimana pula cara penjagaan mata yang betul?
Menurut Perunding Oftalmologi Pediatrik & Jabatan Strabismus Dewasa Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC), Dr. Ng Wei Yan, kanak-kanak yang mengalami masalah miopia kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
- Objek yang jauh kelihatan samar dan kabur
- Kerap sakit kepala
- Sering menggosok mata
- Mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas
Menurutnya lagi, cara cara menjaga kesihatan mata dengan mengamalkan gaya hidup sihat juga penting untuk mengurangkan masalah kanak-kanak rabun jauh.
Berikut adalah cara penjagaan mata anak yang anda boleh cuba:
Cara cara menjaga kesihatan mata #1. Banyakkan aktiviti luar rumah bersama anak
Galakkan kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah. Kajian menunjukkan bahawa cara penjagaan mata ini dapat membantu memperlahankan perkembangan rabun jauh.
#2. Kurangkan masa penggunaan skrin si kecil
Hadkan masa penggunaan skrin seperti komputer, tablet dan telefon pintar anak anda. Pastikan mereka berehat setiap 20 minit selepas menggunakan gajet.
Cara penjagaan mata kanak-kanak #3. Mengekalkan jarak pandangan yang betul
Pastikan anak anda memegang buku, telefon atau tablet pada jarak yang selesa (lebih kurang 30-40 cm dari mata) untuk mengelakkan ketegangan mata.
#4. Dapatkan pencahayaan yang baik, antara cara penjagaan mata kanak-kanak
Pastikan anak anda mempunyai pencahayaan yang baik ketika membaca atau melakukan tugasan sekolah. Elakkan mereka daripada membaca dalam keadaan yang terlalu gelap atau terlalu terang.
#5. Lakukan pemeriksaan mata kanak kanak secara berkala
Bawa anak anda berjumpa dengan pakar mata secara berkala untuk pemeriksaan mata. Pemeriksaan mata ini penting untuk memantau perkembangan rabun jauh dan menyesuaikan rawatan yang diperlukan.
Kesimpulan
Jadi, bawalah anak anda untuk menjalani pemeriksaan mata kanak kanak secara berkala untuk memastikan masalah penglihatan serta penyakit mata dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
[embed-health-tool-bmi]