backup og meta

WOW! Pakar Kongsi Cara Legakan Simptom GERD Guna Kacang Soya Tertapai

WOW! Pakar Kongsi Cara Legakan Simptom GERD Guna Kacang Soya Tertapai

Sering mengalami pedih ulu hati dan rasa terbakar di dada setiap kali selepas makan? Pernahkah anda dengar satu cara mengatasi GERD dengan mengambil kacang soya tertapai?

Ya! GERD atau penyakit refluks gastroesofagus adalah keadaan yang berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus.

Penghidap GERD kebiasaannya akan mengalami simptom seperti pedih perut, kerap sendawa dan pedih ulu hati dengan kerap.

Khas buat penghidap GERD, Hello Doktor kali ini akan jelaskan mengenai cara melegakan simptom GERD dengan kacang soya tertapai. Jangan risau, cara mengatasi GERD ini diperakui oleh pakar. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu refluks asid atau GERD?

Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau juga dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut.

Tanda dan simptom masalah GERD termasuklah:

  • Rasa terbakar di dada selepas makan
  • Loya atau muntah
  • Nafas berbau
  • Sakit dada
  • Gejala asma (batuk kronik, nafas berdehit dan sesak nafas)
  • Kesukaran atau kesakitan untuk menelan makanan
  • Memuntahkan makanan atau cecair masam – regurgitasi

Adakah penyakit GERD bahaya?

Normal untuk anda mengalami masalah pedih ulu hati sekali-sekala. Namun, jika anda terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih ulu hati, ia boleh menyebabkan keradangan pada tisu anda.

Masalah GERD adalah sejenis penyakit yang serius dan perlu dirujuk oleh pakar. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada masa hadapan.

Cara mengatasi GERD yang berkesan adalah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu atau menjalani prosedur pembedahan.

Dalam kebanyakan kes, masalah GERD juga boleh disembuhkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pakar kesihatan usus, Nattome dengan kerjasama UCSI University, telah menjayakan sesi The Gut Show yang melibatkan perkongsian pakar dan pengumuman hasil kajian klinikal pertama di Malaysia tentang keberkesanan kacang soya tertapai untuk kesihatan usus.

Persoalannya, bagaimana kacang soya tertapai dapat membantu melegakan simptom GERD?

Cara mengatasi GERD menurut pakar

cara mengatasi gerd
Pakar Diet Bertauliah, Indra Balaratnam (tiga kiri), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nattome, Jon Lai (empat, kiri) dan Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan Ts Dr Tan Chung Keat (lima, kiri).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1 daripada 3 individu mengalami gangguan penghadaman pada sesuatu masa.

Laporan media menunjukkan bahawa penyakit usus berada di tangga ke-4 secara keseluruhan dan menjadi punca utama kemasukan ke hospital swasta di Malaysia pada tahun 2021.

Di Malaysia, masalah GERD semakin meningkat dan kini dialami kira-kira 9.7% daripada penduduk negara ini.

Menurut Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan, Ts Dr Tan Chung Keat, makanan fungsian bukan sahaja bertumpu kepada khasiat pemakanan; tetapi juga berkaitan makanan asli atau makanan tambahan semula jadi yang mengoptimumkan kesihatan dan membantu mencegah penyakit.

Salah satu makanan fungsian yang baik ialah kacang soya tertapai (glycine max) yang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan utama di negara-negara Asia Timur.

Khasiat kacang soya tertapai

Kacang soya ialah makanan ruji dan tanaman penting di banyak negara Asia dengan permintaan tempatan dan antarabangsa menyebabkan peningkatan kawasan tanaman tumbuhan tersebut di Asia (28– 40% dalam tempoh 15 tahun lepas), Amerika dan Eropah.

“Khasiat kacang soya tertapai memberi manfaat kesihatan lebih besar daripada kacang soya yang tidak menjalani proses pemeraman atau penapaian, dan ia telah diiktiraf kerana kesan terapeutik dan terbukti mempunyai ciri-ciri antidiabetes, antioksidan, antikanser dan antiradang,” jelas Prof Dr Tan.

Kajian klinikal pertama di Malaysia Nattome dan UCSI University, telah dilaksanakan terhadap keberkesanan cara mengatasi GERD dengan pengambilan kacang soya tertapai.

Kacang soya tertapai yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah ramuan penting yang wujud dalam penyelesaian berasaskan makanan keluaran Nattome.

Kajian selama 12 minggu ini melibatkan 110 peserta yang mengalami pedih hulu hati, refluks asid, regurgitasi dan sakit dada tidak berkaitan jantung.

Hasil kajian mendedahkan pengurangan gejala GERD, peningkatan kualiti kehidupan dan penurunan jelas tahap keradangan dalam kalangan pengguna Nattome.

Makanan tambahan Nattome boleh menangani gejala GERD dengan berkesan, mengurangkan tahap keradangan dan meningkatkan kualiti kehidupan penggunanya.

Tambahan lagi, 96% daripada peserta mendapati masalah usus mereka bertambah baik pada akhir kajian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nattome, Jon Lai, manfaat utama Nattome termasuklah:

  • Mengoptimumkan nilai pH gastrik
  • Mengukuhkan lapisan usus dan sistem imun
  • Memulihkan pedih hulu hati
  • Mengukuhkan sistem penghadaman
  • Melegakan perut kembung
pedih ulu hati
7 rawatan semula jadi untuk merawat heartburn.

Pencegahan bermula dengan pemakanan dan amalan gaya hidup sihat

Amalan pemakanan dan gaya hidup seseorang adalah komponen penting untuk menguruskan GERD dan mengurangkan ketidakselesaan.

Dalam pada itu, ada beberapa nasihat berharga yang disarankan oleh Pakar Diet Bertauliah, Indra Balaratnam, mengenai cara mengatasi GERD seperti berikut:

  • Elakkan makanan dan minuman yang mencetuskan pedih hulu hati dan refluks asid
  • Makan dalam jumlah yang kecil dan kerap
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik setiap hari
  • Makan tidak lewat daripada 3 hingga 4 jam sebelum tidur
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas makan
  • Banyakkan bersenam
  • Kurangkan stres

Kesimpulan

Cara mengatasi GERD dengan perubahan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang seimbang sememangnya dapat membantu melegakan simptom GERD. Mulakan sekarang dan lihat perubahannya nanti!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Acid Reflux & GERD. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17019-acid-reflux-gerd. Accessed on July 22, 2024.

Ketahui Apa itu GERD Dan Kanser Esofagus Serta Risiko, Gejala Dan Rawatannya. https://care.upm.edu.my/artikel/ketahui_apa_itu_gerd_dan_kanser_esofagus_serta_risiko_gejala_dan_rawatannya-61052. Accessed on July 22, 2024.

Gastroesophageal reflux disease (GERD). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gerd/diagnosis-treatment/drc-20361959. Accessed on July 22, 2024.

Diet Changes for GERD. https://aboutgerd.org/treatment/diet-lifestyle-changes/diet-changes-for-gerd/. Accessed on July 22, 2024.

The GERD Diet: Acid-Reducing Foods. https://www.massgeneralbrigham.org/en/about/newsroom/articles/diet-for-gerd. Accessed on July 22, 2024.

Versi Terbaru

24/07/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ini 4 Herba Boleh Bantu Legakan Masalah GERD, Refluks Asid Anda Di Rumah!

Penghidap GERD, Elakkan Makanan Pedas! Sebaliknya, Cuba Ambil 7 Superfood Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 24/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan