Masih Tiada Akta Khas Tembakau, Adakah Malaysia Baharu Bakal Membawa Perubahan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) ialah perjanjian penjagaan kesihatan awam moden pertama di dunia di bawah kelolaan WHO. Mula berkuatkuasa pada Februari 2005, perjanjian yang ditandatangani 168 negara ini antara lain menggariskan tindak balas tersusun untuk menangani epidemik produk tembakau dan langkah yang patut diambil kerajaan. Langkah yang disarankan termasuklah:

  • menetapkan cukai dan penyelarasan harga untuk mengurangkan pengambilan tembakau
  • pengharaman pengiklanan, promosi dan penajaan oleh produk tembakau
  • menyediakan ruang kerja dan ruang awam yang bebas asap rokok
  • meletakkan amaran kesihatan yang jelas pada pek produk tembakau
  • memerangi perdagangan produk tembakau haram

Ini menunjukkan komitmen global untuk menangani pengambilan produk tembakau yang jelas mempunyai kesan kepada kesihatan awam. Menurut American Cancer Society, merokok atau pengambilan sebarang produk tembakau meningkatkan risiko penyakit kanser dan memendekkan jangka hayat perokok lelaki sebanyak 12 tahun dan perokok perempuan sebanyak 11 tahun.

Selain menandatangani FCTC, kebanyakan negara juga mempunyai akta khas tembakau yang menggariskan tindakan undang-undang untuk pelaksanaan dalam negara. Malaysia merupakan antara negara yang menandatangani FCTC dan berterusan menunjukkan komitmen dengan dasar-dasar awam seperti larangan merokok di tempat makan terbuka bermula Disember tahun ini.

Namun, di sebalik dasar kerajaan yang komited, Malaysia, tidak seperti negara jirannya yang lain, Singapura dan Thailand, masih tidak mempunyai akta khas untuk produk tembakau. Lebih menyedihkan lagi, kawalan produk tembakau Malaysia terletak di bawah Akta Makanan 1983.

Perkara ini turut disebut oleh Prof Dr. Maizurah Omar, pensyarah dan penyelidik Universiti Sains Malaysia dalam sesi berkaitan kawalan produk tembakau dalam menangani penyakit kanser pada Kongres Kanser Dunia yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 1-4 Oktober ini.

Membiarkan pengawalan produk tembakau di bawah Akta Makanan juga bermakna terdapat ruang kelemahan yang boleh dimanipulasi pengeluar produk tembakau.

Meskipun pembentukan akta khas tembakau telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu atas desakan pihak berwajib, persoalan yang menanti sekarang adakah Malaysia Baharu akan menyaksikan janji itu direalisasikan atau dilupakan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Saja Pembunuh Senyap, Rokok Juga Buat Bibir & Gusi Jadi Lebih Gelap?

    Mungkin ramai yang sangka bahawa akibat rokok hanya akan jejaskan kesihatan. Namun ketahuilah kecantikan bibir dan gusi juga akan terjejas!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mulut, Penyakit Gusi & Mulut 13/01/2021 . 3 minit bacaan

    AWAS! Jangan Pilih Rumah Dekat Dengan Kilang, Ada Risiko Dapat Kanser Limfoma!

    Limfoma bukan Hodgkin adalah sejenis kanser yang berasal daripada sistem limfatik manusia. Ketahui kaitan tempat tinggal dengan risiko dapat kanser ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan, Kesihatan A-Z 04/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan