Mengapa Masih Ada Sekolah Belum Ditutup Meskipun Jerebu Kian Teruk?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Keluar sahaja rumah atau buka sahaja jendela, sudah pasti anda akan terganggu dan terjejas dengan asap tebal ekoran masalah jerebu kini yang kian teruk dari hari ke hari. Sehingga saat ini, terdapat 29 kawasan di negara kita yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat (25), sangat tidak sihat (3) dan bahaya (1), menurut Laporan Jabatan Alam Sekitar.

Jika dilihat dengan lebih mendalam, Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya adalah di Sri Aman, Sarawak dengan bacaan 359. Tiga kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat pula adalah di Kuching, Sarawak (216), Port Dickson, Negeri Sembilan (207) dan Klang, Selangor (232).

Statistik ini adalah sangat membimbangkan terutamanya buat bayi dan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih khusus daripada ibu bapa. Jika semakin teruk, sekolah perlu ditutup bagi mengehadkan waktu anak anda berada di luar rumah. Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup walaupun masalah jerebu kian teruk. Persoalannya, apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Kes kematian melibatkan bayi berusia 4 bulan

Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu bahawa jerebu bukan merupakan satu masalah yang ringan kerana ia sebenarnya adalah berbahaya buat si kecil anda sehingga boleh mengakibatkan kematian! Menurut satu kes terbaharu di Palembang, Indonesia, seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Ar-Rasyid. 

Selepas siasatan, bayi bernama Elsa Fitaloka ini meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan, dikhuatiri disebabkan oleh masalah jerebu yang sangat teruk di sana. Elsa pada mulanya mengalami sesak nafas dan hanya dirawat di rumah. Namun selepas melihat keadaannya semakin teruk, ibu bapanya terus membawa dia ke hospital. 

Menurut doktor, kematiannya berkemungkinan tinggi berpunca daripada masalah pernafasan yang serius, namun masih belum dimuktamadkan kerana masih memerlukan pemeriksaan lanjut. Pun begitu, ibu bapanya mempercayai bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh jerebu ekoran daripada aktiviti ‘karhutla’ atau kebakaran hutan dan lahan.

Jadi, ibu bapa sewajarnya lebih berjaga-jaga dan tidak hanya beranggapan bahawa jerebu ini adalah masalah yang hanya boleh diselesaikan dengan pemakaian topeng muka semata-mata.

 

Lagi sekolah ditutup kerana bacaan IPU tinggi

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 531 sekolah telah ditutup membabitkan 363,991 pelajar iaitu di Sarawak (298), Negeri Sembilan (63), Selangor (145) dan Putrajaya (25). Pihak mereka turut menasihatkan orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan dengan IPU tinggi untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah. Sebagai langkah pencegahan awal, sila pastikan anda gunakan topeng muka dengan cara yang betul.

Sekiranya sekolah telah ditutup dan anak mereka tidak perlu lagi hadir ke sekolah untuk sekian waktu yang ditetapkan, sudah pasti ibu bapa akan berasa sedikit lega. Pun begitu, masih ada sekolah yang belum ditutup meskipun jerebu di kawasan itu kian teruk. Apakah sebabnya?

Seperti kes yang berlaku di Melaka, sebanyak 315 buah sekolah di negeri itu diputuskan untuk tidak ditutup kerana situasi jerebu di sana direkodkan semakin baik. Ini menunjukkan bahawa tahap keterukan jerebu tidak boleh ditentukan dengan mata kasar sahaja.

“Melihat kepada Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang merekodkan bacaan kualiti udara semakin menurun, pihak kami memutuskan tiada keperluan untuk penutupan semua sekolah di negeri Melaka”, kata Datuk Abu Bakar Sahari, Pengarah Pendidikan Negeri.

Konklusinya, sekolah hanya akan ditutup jika bacaan IPU mula mencecah paras tidak sihat yang telah ditetapkan. Keputusan ini perlu disambut baik oleh ibu bapa kerana ia sebenarnya turut melibatkan nyawa anak anda. Paling penting, ibu bapa harus kurangkan membawa bayi dan kanak-kanak keluar dari rumah terutamanya jika anda tinggal di kawasan dengan IPU yang tidak sihat. Lebih baik mencegah daripada mengubati, bukan? 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

    Anda sering alami masalah kulit gatal selepas mandi? Cuba lakukan 3 langkah ini untuk menghilangkan rasa gatal-gatal selepas mandi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

    Mungkin ramai yang masih percaya dengan mitos bisul di punggung adalah disebabkan oleh perbuatan duduk atas bantal. Ia salah, dan ini punca sebenarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Jangkitan Kulit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

    Sekiranya anda mengalami sembelit, terdapat beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh dicuba. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sembelit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada tubuh badan manusia. Ini sekali gus menyebarkan penyakit berjangkit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Berjangkit 26/02/2021 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    maksud alergi

    Apa Itu Alergi? Kenali Simptom, Diagnosis, Rawatan Dan Cara Pencegahannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
    ketumbuhan dalam perut

    Kanser Perut Sering Lewat Didiagnosis, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Pilihan Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    upt negatif tapi perut buncit

    Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    badan manusia

    Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan