Derma Organ Beri Nafas Baru Kepada Pesakit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Derma organ ialah perkara paling mulia boleh dilakukan oleh seseorang untuk membantu orang lain. Memberikan bahagian daripada tubuh bukanlah satu hal yang mudah dilakukan. Semua organ tersebut tidak dapat dibeli atau dicipta oleh mana-mana teknologi manusia.

Buat masa ini di Malaysia, terdapat kira-kira 21,500 pesakit sedang menunggu untuk pemindahan organ dan 99% daripada mereka menunggu penderma untuk pemindahan ginjal, manakala selebihnya memerlukan pemindahan hati, jantung, dan paru-paru.

Perderma hidup dan kadaverik

Derma organ boleh dilakukan semasa masih hidup atau selepas meninggal dunia (kadaverik). Namun, tidak semua organ mempunyai pilihan tersebut. Antara organ yang boleh didermakan semasa masih hidup ialah hati dan ginjal. Manakala kebanyakan organ lain hanya boleh didermakan selepas meninggal dunia termasuk jantung, paru-paru, mata, tulang, dan pankreas.

Seorang yang mendaftar sebagai penderma organ boleh menyelamatkan sehingga 8 nyawa. Selepas meninggal dunia, organ tersebut akan dipindahkan kepada mereka yang memerlukan.

Derma organ beri nafas baru kepada pesakit

Kesedaran mengenai kepentingan derma organ mungkin masih lagi belum cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, pelajar Fakulti Perubatan Universiti Malaya menganjurkan Jogaton ‘Organs For Love’ pada bulan September yang lalu bagi menyemarakkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Acara yang memberikan fokus kepada organ ginjal itu telah disertai oleh 415 orang dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,500 untuk Persatuan Transplantasi Malaysia.

Pesakit yang mengalami penyakit ginjal kronik atau CKD terpaksa melalui rawatan dialisis setiap minggu untuk menggantikan fungsi ginjal yang telah rosak. Komitmen yang harus diberikan dengan berulang-alik ke hospital sangat banyak mengganggu kualiti hidup mereka. Cara terbaik bagi merawat keadaan tersebut ialah melalui pemindahan organ ginjal.

Sebahagian daripada mereka menunggu bertahun-tahun sebelum menemui organ yang sesuai untuk mereka dan ada juga yang pergi dahulu sebelum sempat menjalani pemindahan ginjal.

Setiap organ yang didermakan itu ibarat memberikan nafas baru kepada mereka. Mari kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dengan mendaftarkan diri sebagai penderma organ!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Buah Pinggang, Urologi 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Tak Lawas, Urologi 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Prosedur pemindahan organ boleh menyelamatkan nyawa. Namun, hanya sekitar 1% rakyat Malaysia yang baru mendaftar untuk derma organ.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 20/04/2020 . 4 minit bacaan

    9 Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang, Lebih-Lebih Lagi Jika Ada Diabetes & Tekanan Darah Tinggi

    Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan. Ingin tahu tip menjaga kesihatan buah pinggang? Ikuti perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Buah Pinggang, Urologi 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah pinggang gagal berfungsi

    Kegagalan Buah Pinggang Merupakan Penyakit Serius! Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    Ditaja oleh
    Penyakit buah pinggang

    Kenali 3 Jenis Penyakit Buah Pinggang, Juga Tanda, Punca & Rawatan Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kegagalan ginjal

    Kegagalan Buah Pinggang: Jenis, Simptom, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 4 minit bacaan
    batu karang buah pinggang

    Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan