Kongres Kanser Dunia 2018: Fakta menarik mengenai NCDs dan Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser bukan sahaja masalah utama kesihatan, malah satu ancaman kepada pembangunan. Beban yang semakin berat ini bukan sahaja mempunyai implikasi ke atas pesakit, keluarga mereka dan sistem kesihatan, malah ke atas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhannya.  

Berikut kami kongsikan kepada anda fakta-fakta menarik mengenai penyakit tidak berjangkit (NCDs) dan Kanser dari sudut perspektik ekonomi kesihatan.

Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs):

  • Kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan diabetes menyumbang kepada kematian 12.5 juta pesakit berusia 30-70 tahun di seluruh dunia pada tahun 2016.
  • Lebih separuh daripada negara di dunia akan terlepas sasaran PBB untuk mengurangkan kadar kematian pra-matang akibat NCDs kepada satu pertiga menjelang 2030.
  • 1 daripada 10 negara tidak mengalami sebarang perubahan malah semakin teruk – contohnya di Amerika Syarikat, kadar pesakit NCDs dalam kalangan wanita tidak berubah dengan 1 daripada 8 wanita berusia 30 tahun ke atas menderita sekurang-kurangnya 1 daripada 4 penyakit yang dinyatakan di atas menejang usia 70 tahun berbanding negara dengan peratusan terbaik seperti Korea Selatan dengan kadar 1 daripada 2 wanita mereka menghidapi NCDs.
  • Melihatkan kepada sudut pandang yang lebih luas mengenai penyakit kronik, individiu berusia 0-80 tahun tidak menunjukkan sebarang peningkatan positif dengan hanya 17 negara (9 peratus) untuk wanita dan 5 negara (3 peratus) untuk lelaki berada di landasan yang sewajarnya untuk mencapai sasaran PBB bagi mengurangkan kadar kematian akibat NCDs kepada satu pertiga menjelang 2030.

Kanser:

  • Setiap tahun, skurang-kurangnya 18.1 juta kes baru kanser dilaporkan dan 9.6 juta orang maut akibat kanser. Kanser kini penyumbang kematian nombor dua di seluruh dunia.
  • Benua Asia kini mencatatkan separuh daripada kes baru kanser dan kematian akibat kanser di seluruh dunia. Setiap hari lebih 17,500 didiagnosis dengan kanser dan dijangka akan meningkat kepada 25 ribu pada tahun 2025.
  • Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kanser dapat dicegah. Mutasi genetik menyumbang kepada 5-10 peratus kes kanser. 27 peratus kes kanser adalah disumbang menerusi penggunaan tembakau dan alkohol.
  • Sekurang-kurangnya 3.7 juta nyawa dapat diselamatkan jika strategi mengenai pencegahan, saringan awal dan rawatan dapat diaktifkan menerusi penggunaan sumber dengan sasaran tepat.
  • Jumlah keseluruhan beban kanser ke atas ekonomi adalah USD 1.16 trilion. Ini dapat digambarkan menerusi tahap produktiviti yang merudum, pengurangan pendapatan isirumah, pengurangan kualiti kehidupan, ketidakupayaan dan kematian pramatang.
  • Jika kita melabur USD11.4 bilion dalam strategi pencegahan kanser, kita dianggarkan dapat menjimatkan sebanyak USD100 bilion akibat perbelanjaan rawatan kanser.
  • Sekurang-kurangnya 70 peratus kematian akibat kanser berlaku dalam kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan berpendapatan rendah (LMICs). 90 peratus negara LMICs tidak mempunyai capaian kepada radioterapi – rawatan tipikal untuk kanser – dan hanya 5 peratus sumber dunia untuk pencegahan dan kawalan kanser digunakan ke atas negara-negara LMICs.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita.Walau bagaimanapun...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Mungkin ramai yang masih belum cakna mengenai penyebab kanser kolon yang sebenar bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Kolorektal 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan