
Ramai orang melihat jangka hayat sesebuah negara dan mengambilnya untuk menunjukkan bahawa purata rakyat dalan negara tertentu hidup pada usia tertentu, sedangkan realitinya lebih merumitkan. Secara metamatik, faktor pendorong terbesar dalam jangka hayat bukannya kepanjangan umur warga tua, tetapi jumlah kematian orang muda.
Dengan itu, seseorang dapat melihat jangka hayat sebagai ukuran pelbagai faktor kesihatan seperti akses kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, keselamatan lalu lintas, kapasiti hospital, kebiasaan merokok dan sebagainya.
Dalam kebanyakan kes, matrik dapat dipengaruhi oleh isu ekologi yang luas seperti kemarau atau kebakaran hutan. Sekiranya ingin gambaran lebih lengkap tentang mengapa setiap negara mempunyai kedudukan tertentu, lihat pada profil sesebuah negara itu.
Kedudukan Jangka Hayat Dunia: Spain Bakal Mendahului Jepun

Menurut laporan World Economic Forum baru-baru ini, kepentingan diet dan gaya hidup yang sihat telah lama diakui oleh profesional penjagaan kesihatan sebagai salah satu kunci kepada jangka hayat yang panjang dan kehidupan yang bahagia. Bagi masyarakat Spain (Sepanyol), bukti ini menunjukkan mereka akan menjatuhkan Jepun daripada kedudukan teratas carta jangka hayat terpanjang.
Menjelang 2040, orang Sepanyol boleh menjangkakan purata usia jangka hayat hidup adalah 82.9 tahun. Itu dilihat peningkatan daripada paras 2016 iaitu 82.9 tahun ketika Sepanyol menduduki kedudukan keempat daripada 195 negara. Manakala, Jepun kini menduduki tempat kedua di Institut Kesihatan Matriks dan Penilaian (IHME) dengan purata jangka hayat 85.7, yang mana hanya sedikit di belakang Sepanyol. Purata itu berkurang kepada 83.7 tahun pada 2016.
Penjelasan utama untuk penambahbaikan di Sepanyol adalah diet Mediterranean yang membantu mengawal beberapa daripada lima pembunuh awal terbesar zaman moden: obesiti, tekanan darah tinggi, peningkatan kadar gula darah, penggunaan tembakau dan penggunaan alkohol yang berlebihan.
Pada tahun 2016, empat daripada 10 penyebab utama kematian awal adalah penyakit tidak berjangkit (NCD). Tetapi menjelang tahun 2040 NCD dijangka merangkumi tujuh penyakit iaitu penyakit jantung iskemia, strok, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), penyakit buah pinggang kronik, penyakit Alzheimer, kencing manis, dan kanser paru-paru.
Menurut ketua penulis kajian yang juga Pengarah Sains Data IHME, Dr Kyle Foreman, masa depan kesihatan dunia tidak ditetapkan. Tetapi sama ada melihat kemajuan yang ketara atau keadaan yang tidak berkembang bergantung kepada sistem kesihatan.
Para penyelidik IHME meneliti faktor kesihatan yang berbeza, termasuk ukuran sosiodemografi kesuburan, pendapatan per kapita dan tahun pendidikan, berserta faktor yang lebih jelas seperti merokok, ketinggin indeks jisim badan dan akses kepada air bersih dan sanitasi.
Kedudukan terkini jangka hayat Malaysia

Terkini, mengikut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diterbitkan pada tahun 2018 jangka hayat di Malaysia ialah: Lelaki 73.2, perempuan 77.6 dan jumlah jangkaan hayat ialah 75.3 yang memberikan Malaysia kedudukan jangka hayat dunia pada kedudukan ke-71.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.