
Hari Sukarelawan Antarabangsa (IVD) 2018 bertemakan “Volunteers Build Resilient Communities”, mengiktiraf sukarelawan seluruh dunia dengan tumpuan khas kepada sukarelawan komuniti tempatan yang menyumbang kepada masyarakat untuk lebih berdaya tahan terhadap bencana alam, tekanan ekonomi dan kejutan politik. Tema kempen menggabungkan pengiktirafan sukarelawan dengan bukti kukuh daripada State of the World’s Volunteerism Report (SWVR) 2018.
Laporan Sukarelawan 2018 menunjukkan bahawa usaha lebih daripada 1 bilion sukarelawan bersamaan dengan sebanyak 109 juta orang tenaga kerja yang terlibat untuk dunia yang lebih baik.
Sukarelawan dan manfaat kesihatan
Kajian Volunteering and health benefits in general adults: cumulative effects and forms menyatakan bahawa kesan manfaat kesukarelawan terhadap hasil kajian telah didokumenkan dengan baik. Penyelidikan mendapati bahawa penyertaan dalam perkhidmatan sukarelawan secara signifikan meramalkan:
- Kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik
- Kepuasan hidup
- Harga diri
- Kebahagiaan
- Simptom depresi yang lebih rendah,
- Tekanan psikologi
- Kematian dan ketidakupayaan fungsi
4 manfaat kesukarelawan yang menyihatkan dan menggembirakan
1. Menghubungkan anda dengan orang lain
Salah satu manfaat sukarelawan adalah kesannya terhadap masyarakat. Kesukarelawan membolehkan anda berinterkasi dengan masyarakat yang mana cara terbaik untuk berjumpa dengan orang baru khususnya jika anda berada di kawasan yang baru.
Jika ada seorang yang pemalu, menerusi kesukarelawan juga anda berpeluang mengamalkan dan membangunkan kemahiran sosial kerana sering berjumpa mereka yang mempunyai tujuan yang sama. Ia membuatkan lebih mudah untuk anda menambah kenalan.
2. Baik untuk minda dan tubuh anda
Kesukarelawan memberikan banyak manfaat kesihatan mental dan fizikal. Antaranya:
- Membantu menentang kesan tekanan, kemarahan, dan kebimbangan
Aspek hubungan sosial membantu dan bekerja dengan orang lain boleh memberi kesan mendalam kepada kesejahteraan psikologi anda secara keseluruhan. Tiada yang melegakan tekanan dengan lebih baik berbanding hubungan bermakna kepada orang lain.
- Mengatasi kemurungan
Kesukarelawan membuatkan anda sentiasa berhubung dengan orang lain dan membantu anda membangunkan sistem sokongan yang padu, yang seterusnya melindungi anda daripada kemurungan.
- Membuatkan anda gembira
Dengan mengukur hormon dan aktiviti otak, penyelidik telah mendapati bahawa membantu orang lain memberikan keseronokan yang besar. The more we give, the happier we feel! Selain itu, anda juga akan lebih berkeyakinan.
- Membantu anda kekal sihat secara fizikal
Kajian mendapati bahawa mereka yang menjadi sukarelawan mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak. Para sukarelawan yang lebih berusia cenderung untuk berjalan lebih jauh, lebih mudah untuk menyelesaikan tugasan harian, kurang berkemungkinan untuk meningkatkan tekanan darah tinggi, dan mempunyai kemahiran berfikir yang lebih baik. Sukarelawan juga dapat mengurangkan simptom sakit kronik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu dan mengembangkan kerjaya anda
Jika anda sedang mempertimbangkan kerjaya baru, kesukarelawan dapat membantu anda mendapatkan pengalaman dalam diminati dan berjumpa orang ramai. Walaupun anda tidak merancang untuk menukar kerjaya, sukarela memberikan anda peluang untuk mengamalkan kemahiran penting yang digunakan di tempat kerja, seperti kerja berpasukan, komunikasi, penyelesaian masalah, perancangan projek, pengurusan tugas, dan organisasi. Ini sangat membantu untuk meluaskan skop kerjaya anda.
4. Membawa keseronokan dan kepuasan dalam hidup anda
Sukarelawan adalah cara yang menyeronokkan dan mudah untuk meneroka minat dan keghairahan (passions) anda. Kesukarelawan lebih bermakna dan menarik serta menenangkan berbanding rutin tugasan harian. Ia juga menyediakan anda kreativiti, motivasi, dan visi yang dapat membawa ke dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. Kebanyakan orang menjadkan aktiviti kesukarelawan sebagai hobi di luar waktu kerja.
Oleh itu, sukarelawan harus dipromosikan oleh kesihatan awam, pendidikan dan pengamal dasar sebagai gaya hidup sihat, terutamanya untuk subkumpulan masyarakat tua, etnik minoriti, mereka yang berpendidikan rendah, orang bujang, dan penganggur yang umumnya mempunyai kesihatan yang kurang baik dan kurang penglibatan dalam kesukarelawan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.