Seluar dalam merupakan antara pakaian yang paling penting dalam koleksi seorang wanita. Ia mempunyai ‘kuasa’ untuk buatkan wanita rasa istimewa, seksi dan juga comel. Walau bagaimanapun, apakah seluar dalam yang sesuai untuk wanita? Tahukah anda, ada berapa jenis seluar dalam perempuan yang terdapat di pasaran?
Jika anda mempunyai soalan yang sama, mari ikuti panduan lengkap kami mengenai jenis seluar dalam perempuan serta kelebihan dan kekurangannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
6 jenis seluar dalam perempuan
Banyak betul jenis seluar dalam yang dijual di pasaran. Pening kepala rasanya!
Ada G-string, thong, bikini dan macam-macam lagi jenis underwear yang boleh dipilih. Yang mana satu paling sesuai untuk pemakaian setiap hari? Yang mana pula sesuai dipakai ketika bermanja dengan suami? Hmm…
5 Perkara yang anda perlu lakukan sebelum beli seluar dalam:
- Pastikan seluar dalam muat. Periksa getah sebelum beli
- Pilih material yang sesuai dan selesa dipakai
- Reka bentuk dan corak seluar dalam penting!
- Jangan pakai seluar dalam yang terlalu ketat
Di bawah, kami jelaskan mengenai 6 jenis seluar dalam berbeza yang anda boleh pilih:
1. Seluar dalam perempuan jenis bikini
Seluar dalam jenis bikini merupakan antara underwear yang paling selesa dan versatil untuk wanita. Namun, selesa tidak bermaksud tidak seksi!
Sebagai salah satu jenis seluar dalam yang popular, ramai wanita menggunakan panties ini untuk kegunaan harian. Malah, anda boleh dapatkannya dalam pelbagai jenis fabrik – kapas, sutera dan sebagainya – mengikut keselesaan anda.
Berbeza dengan thong, seluar dalam jenis ini menutup punggung. Garisan pinggangnya juga lebih rendah. Jika anda sukakan seluar dalam jenis ini, anda boleh padankannya dengan pelbagai jenis pakaian mengikut mood.
2. Seluar dalam berpinggang tinggi
Ada sebabnya mengapa seluar dalam high waisted digelar seluar dalam ‘mak mak’! Pertama, pinggangnya lebih tinggi daripada biasa. Kedua, ia menutup punggung lebih daripada seluar dalam jenis bikini.
Bukan itu sahaja, seluar dalam ini juga sangat selesa untuk pemakaian harian. Disebabkan ia dapat ‘memegang’ punggung, ramai wanita yang lebih selesa untuk memakai seluar dalam high waisted untuk menutup semua lemak yang menggeleber di kawasan perut!
Tetapi, seluar dalam pinggang tinggi kini lebih moden. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis rekaan. Jadi, tidak adillah jika ia masih dipanggil seluar dalam ‘mak mak’ lagi!
3. Hipsters
Inginkan seluar dalam yang menyerlahkan bentuk punggung anda? Cuba pakai seluar dalam jenis hipsters! Confirm seksi!
Selalunya, hipsters mempunyai pelbagai jenis kemasan seperti renda atau manik, serta dijahit menggunakan fabrik yang berkilat dan tidak berkelim (seamless). Jadi, seluar dalam jenis ini tidak akan nampak ketara kesannya di seluar atau skirt anda.
Bukan itu sahaja, seluar dalam jenis ini juga sesuai untuk setiap jenis bentuk badan. Jadi, jika anda ingin tampil lebih seksi, cubalah gayakan seluar dalam ini!
Baca juga:
- Ingin Faraj Yang Sihat Kena Pandai Pilih Seluar Dalam Wanita, Ada 5 Tip Perlu Ikut
- Nak Pilih Panties Renda Atau Yang Selesa? Elak Celah Kelangkang Melecet Dengan 5 Tip Ini!
- Gelinya, Vagina Berpeluh Sampai Seluar Dalam Basah! Ada Tip Ke Nak Elak?
4. Seluar dalam perempuan jenis boy briefs
Inginkan ‘perlindungan’ tambahan ketika memakai skirt pendek? Pemakaian boy briefs adalah jawapannya!
Mungkin ramai yang menyamakan seluar dalam ini dengan boxer milik lelaki. Namun, boy briefs lebih comel dan sesuai dipakai ketika sedang bersantai di rumah.
Boy briefs sangat selesa untuk kegunaan harian. Bahagian kakinya lebih panjang, namun ia masih boleh menyerlahkan bentuk badan anda.
Malah, kini ada banyak jenis boy briefs yang comel yang boleh anda beli. Ada yang mempunyai corak comel. Ada juga yang mempunyai riben kecil pada getah belakang badan!
5. Thong
Thong merupakan antara jenis seluar dalam wanita yang paling seksi. Ia menyerlahkan bentuk punggung dan sering menjadi pilihan kaum Hawa untuk digayakan pada malam-malam intim bersama suami.
Walau bagaimanapun, bukan semua wanita suka pakai thong. Ia boleh menyebabkan celah punggung melecet jika dipakai terlalu lama. Namun, thong yang diperbuat daripada material yang lembut selalunya tidak akan mendatangkan sebarang kecederaan.
6. Seluar dalam perempuan jenis G string
G string merupakan sejenis seluar dalam yang sesuai untuk wanita yang ingin rasa seksi. Ia hanya menutup kawasan hadapan kemaluan. Jika anda ingin sesuatu yang dapat membuatkan suami anda tergamam, G string merupakan pilihan terbaik.
Walau bagaimanapun, bukan semua wanita gemar memakai G string semata-mata untuk nampak dan rasa seksi. Ada juga yang sukakannya kerana dapat rasa ‘bebas’ – macam tak pakai seluar dalam langsung!
[embed-health-tool-ovulation]