home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

Gangguan stres pasca trauma atau PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan tersebut serta cara untuk mengatasinya.

PTSD, masalah kesihatan mental

Pencetus gangguan kesihatan mental ini mungkin ada di mana-mana sahaja sekitar anda. Namun, seperkara yang harus diakui, simptom PTSD ini jarang berlaku secara spontan.

Sebaliknya, sama ada anda menyedari atau tidak menyedarinya, gejala PTSD sering dicetus atau ditimbulkan oleh sesuatu dalam diri kita sendiri. Ia mungkin berkaitan apa sahaja pada tubuh, pemikiran atau perasaan. Persekitaran luar badan seperti keadaan tertekan juga boleh menjadi pencetus.

Ini kerana sesetengah pemikiran, perasaan atau situasi tertentu boleh mewujudkan gejala PTSD yang tidak menyelesakan. Antaranya melibatkan memori berkenaan peristiwa traumatik atau perasaan berada dalam keadaan cemas dan gelisah.

Sudah tentu cara terbaik untuk mengatasi masalah kesihatan mental ini adalah dengan meningkatkan kesedaran anda mengenai pencetus gangguan tersebut.

Kesan gejala PTSD boleh dikurangkan dengan mengenal pasti jenis pemikiran, perasaan atau situasi tertentu yang mencetuskannya. Langkah seterusnya adalah membatasi kejadian atau kesan pencetus itu.

Jenis pencetus gangguan PTSD

Pencetus masalah kesihatan mental ini boleh dikategorikan kepada 2, iaitu pencetus dalaman dan pencetus luaran.

Pencetus PTSD dalaman adalah perkara yang anda rasakan atau alami dalam tubuh. Ia merangkumi pemikiran atau memori, emosi dan sensasi tubuh seperti degupan jantung yang kencang.

pencetus gangguan PTSD

Manakala, pencetus gangguan luaran pula melibatkan situasi, individu atau tempat yang mungkin perlu dilalui sepanjang hari. Ia meliputi apa sahaja perkara yang berlaku di luar tubuh anda.

Berikut adalah beberapa pencetus dalaman dan luaran bagi kesihatan mental ini:

Pencetus dalaman

  • Kemarahan
  • Keresahan
  • Rasa diabaikan
  • Berasa sunyi
  • Rasa di luar kawalan
  • Rasa terdedah
  • Kekecewaan
  • Kenangan
  • Ketegangan otot
  • Sakit
  • Denyutan jantung pantas
  • Kesedihan

Pencetus luaran PTSD

pencetus PTSD

Mengenal pasti pencetus gangguan kesihatan mental

Cuba fikirkan bila gejala PTSD anda biasanya muncul. Anda juga boleh bertanyakan pada diri soalan berikut untuk mengenal pasti pencetus gangguan PTSD ini:

  • Apakah jenis situasi yang anda hadapi?
  • Apa yang berlaku di sekeliling anda?
  • Emosi yang anda rasakan?
  • Pemikiran yang dialami?
  • Bagaimana rasa keadaan tubuh anda?

Catatkan di atas sehelai kertas sebanyak mungkin pencetus dalaman dan luaran yang anda alami.

Mengendalikan pencetus gangguan kesihatan mental

Sekarang, kaedah terbaik untuk mengatasi pencetus adalah dengan mengelakkannya sama sekali. Namun, ia kedengaran agak sukar untuk dilakukan, kan?

Kenapa? Ini kerana sudah pastinya anda tidak dapat mengelakkan fikiran, emosi, dan sensasi tubuh. Kebanyakan perkara tersebut adalah sesuatu di luar kawalan kita.

Pun begitu, jika ia melibatkan pencetus gangguan luaran, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, anda boleh mengelak dari pergi ke tempat-tempat tertentu yang dikenal pasti boleh mencetuskan gangguan PTSD ini. Tetapi, adakalanya anda mungkin tidak mampu mengawal segala yang berlaku kepada diri.

Misalannya, mungkin secara tidak sengaja anda terbaca berita atau terlibat dalam perbualan mengingatkan anda mengenai peristiwa traumatik yang dialami.

Oleh kerana sukar untuk kita menghindari perkara yang mencetuskan gangguan kesihatan mental ini, adalah penting bagi anda mempelajari cara mengendalikan pencetusnya.

Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah:

  • Melakukan teknik pernafasan mendalam
  • Meluahkan melalui penulisan
  • Melapangkan fikiran
  • Ketenangan hati
  • Menenangkan diri
  • Sokongan sosial

atasi PTSD

Semakin banyak strategi yang diperolehi untuk mengatasi pencetus, maka semakin mudah untuk anda mengawalnya.

Bukan setakat itu sahaja, dengan keupayaan anda mengawal pencetus gangguan, peratusan untuk berlaku penyalahgunaan alkohol atau dadah dapat dikurangkan.

Dalam bahasa mudahnya, apabila anda menyedari mengenai perkara yang mencetuskan gangguan kesihatan mental ini, wujud manfaat disebaliknya.

Anda akan lebih mudah memahami, mengawal dan mencegah reaksi emosi diri daripada menjadi tidak terkawal.

Sudah tentu, ia akan memberikan kesan positif kepada perasaan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Sentiasa bersedia

Walaupun penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencetus gangguan PTSD ini, namun tidak dinafikan tindakan tersebut mungkin akan menimbulkan kesukaran.

Ini kerana bagi sesetengah individu mungkin akan mengalami gangguan semasa cuba mengenal pasti pencetus mereka.

Oleh itu, sebelum mengambil langkah untuk mengenal pasti perkara yang mencetuskan masalah kesihatan mental ini, pastikan anda mempunyai pelan bantuan untuk membantu sekiranya berdepan situasi tidak diingini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 15/01/2021
x