backup og meta

9 Keadaan Ini Tanda Rahim Anda Terbalik, No. 2 Paling Mudah Untuk Kesan!

9 Keadaan Ini Tanda Rahim Anda Terbalik, No. 2 Paling Mudah Untuk Kesan!

Selain daripada masalah PCOS dan endometriosis, kaum Hawa juga berisiko untuk mengalami masalah rahim terbalik. Jom ketahui apakah gejala dan ciri-ciri posisi rahim terbalik yang boleh dikenal pasti dalam perkongsian artikel ini.

Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah rahim terbalik

Terdapat banyak isu boleh berlaku pada organ pembiakan wanita yang akhirnya berisiko menjejaskan kesihatan diri secara keseluruhan.

Anda mungkin sudah mengetahui gejala sindrom ovari polisistik (PCOS) yang menjengkelkan atau kesakitan daripada simptom endometriosis.

Tetapi bagaimana pula dengan tanda rahim terbalik atau turut dikenali sebagai tilted atau retroverted uterus?

Secara amnya, organ rahim akan condong ke arah pundi kencing yang berada di hadapan.  Keadaan ini dikenali sebagai rahim anteverted.

Manakala rahim terbalik akan condong ke arah rektum yang terletak di belakang.

Walaupun kedengaran menakutkan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan dan anda mungkin tidak menyedari langsung mengenainya.

ciri-ciri posisi rahim terbalik

Ciri-ciri posisi rahim terbalik 

Berikut dikongsikan antara gejala yang menunjukkan anda berkemungkinan mempunyai rahim terbalik.  

Jika mengalami simptom yang dikongsikan, lakukan pemeriksaan bersama pakar sakit puan untuk lebih kepastian.

1. Posisi seks tertentu menyebabkan ketidakselesaan

Antara ciri-ciri posisi rahim terbalik adalah anda akan berasa sakit dalam sesetengah gaya seks seperti reverse cowgirl – zakar menghenjut daripada belakang dan bukannya hadapan.

Anda juga mungkin mendapati penetrasi lebih dalam juga menjadi amat menyakitkan.

Jika ini adalah situasi yang dialami, berundinglah dengan doktor untuk menjadikan hubungan seksual lebih menyelesakan.

Ciri-ciri posisi rahim terbalik #2. Kekejangan bahagian bawah belakang badan

Kebanyakan wanita akan merasakan kekejangan pada bahagian bawah perut. Namun jika anda mempunyai rahim terbalik, kesakitan dan kekejangan akan lebih cenderung dirasai pada bahagian bawah belakang badan.

Wanita dengan keadaan rahim normal juga boleh mengalami keadaan ini, tetapi keadaan ini sering terjadi pada individu rahim terbalik.

Anda juga akan lebih kerap mengalami kesakitan bahagian belakang semasa mengandung.

3. Kitaran haid tidak teratur

Kitaran haid tidak teratur juga mungkin berlaku jika mengalami masalah rahim terbalik. 

Memandangkan keadaan tersebut sudah dialami sepanjang kehidupan anda, jadi mungkin ia tidak menjadi 1 isu.

Namun, anda boleh berkongsikan perkara ini dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan diri.

Baca juga:

4. Kesukaran memasukkan tampon, ciri-ciri posisi rahim terbalik

Penggunaan tampon mungkin agak jarang bagi kebanyakan wanita di Malaysia, tetapi apabila sudah biasa menggunakannya, ia mudah untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Jadi jika anda berdepan kesukaran untuk memasukkannya atau agak bergelut, ia mungkin petunjuk rahim terbalik yang tidak boleh diketepikan.

Tampon yang dimasukkan juga mungkin tidak berada dalam kedudukan yang betul – keadaan ini sama juga dengan penggunaan cawan haid (menstrual cups).

5. Kebocoran semasa haid

Disebabkan penggunaan tampon dan cawan haid yang tidak berada dalam kedudukan yang betul di dalam faraj, ia mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Darah haid yang sepatutnya dapat diserap dengan betul, mungkin akan mengalami kebocoran pada sekitar tampon dan mengalir keluar mengenai seluar dalam.

Bahkan, anda mungkin terus beralih untuk menggunakan tuala wanita kerana beranggapan tampon tidak berfungsi.

Jika anda mengalami kebocoran yang menjengkelkan semasa haid, masalah rahim terbalik mungkin penyebabnya.

ciri-ciri posisi rahim terbalik

6. Kerap mengalami masalah jangkitan pundi kencing

Sekiranya anda mudah mengalami jangkitan saluran kencing (UTI), ia merupakan antara gejala dan ciri-ciri posisi rahim terbalik.

Keadaan ini berpunca daripada kedudukan rahim yang tidak normal.

Menjalani pembedahan merupakan antara kaedah penyelesaian yang disyorkan jika gejala tersebut menjejaskan kehidupan individu.

7. Diafragma tidak dapat dimasukkan dengan betul

Bentuk kawalan kelahiran ini merupakan kaedah yang direka untuk dimasukkan ke dalam faraj bagi menutup serviks. Tetapi ia mungkin jatuh jika tidak diletakkan dengan betul.

Jika wujud isu berkaitan haid/seks mendatangkan kejengkelan, berbincanglah dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dan mengetahui situasi sebenar sama ada anda mengalami masalah rahim terbalik atau tidak.

8. Gagal mengawal kencing

Masalah rahim ini juga boleh menolak organ sehingga mengembangkan masalah lain seperti inkontinen urin.

Walaupun terdapat banyak sebab lain yang boleh menyebabkan kesukaran anda untuk menahan kencing atau sering terbabas antara perjalanan ke bilik air, retroverted uterus mungkin antara puncanya.

Isu ini boleh menjadi sesuatu yang memalukan dan perlu dibincangkan dengan doktor.

ciri-ciri posisi rahim terbalik

Ciri-ciri posisi rahim terbalik #9. Kesukaran untuk hamil

Secara semula jadi rahim terbalik tidak menjejaskan peluang kehamilan, tetapi jika ia berlaku disebabkan keadaan kesihatan lain, peluang anda boleh terjejas – seperti endometriosis atau parut tisu pelvis.

Berbincanglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Tiada masalah perlu dirisaukan

Masalah rahim terbalik mungkin menyebabkan seks agak menyakitkan dan beberapa isu dengan kencing atau haid, namun ada kemungkinan anda mungkin tidak menyedarinya.

Jika itu situasi anda, teruskan kehidupan seperti biasa. Andai sebaliknya, lakukan pemeriksaan doktor untuk membantu meringankan gejala.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Retroverted uterus. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/retroverted-uterus, Accessed on Nov 29, 2021
  2. Tipped (tilted) uterus. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/multimedia/tipped-uterus/img-20008147, Accessed on Nov 29, 2021
  3. Retroversion of the uterus. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/retroversion-of-the-uterus, Accessed on Nov 29, 2021 
  4. Do YOU have a tilted uterus? The 7 symptoms of a retroverted uterus. https://www.express.co.uk/life-style/health/1467735/tilted-uterus-symptoms-of-retroverted-uterus-evg, Accessed on Nov 29, 2021
  5. WOMB WOES Do you have a TILTED womb? The 7 signs you need to know – and when to see a doctor. https://www.thesun.co.uk/health/15714760/do-you-have-tilted-womb-signs-when-see-doctor/, Accessed on Nov 29, 2021
  6. Tilted Uterus. https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/tipped-uterus/, Accessed on Nov 29, 2021
  7. Retroverted uterus.https://radiopaedia.org/articles/retroverted-uterus, Accessed on Nov 29, 2021 

 

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenali Jenis Penyakit Yang Cenderung Menimpa Kaum Hawa!

Rahim Terbalik Tipiskan Peluang Untuk Hamil? Ini Yang Perlu Anda Fahami…


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan