backup og meta

Nak Beli Coli Tapi Selalu Salah Saiz? Ladies, Ini Cara Tepat Ukur Bra Sendiri, Semudah ABC!

Nak Beli Coli Tapi Selalu Salah Saiz? Ladies, Ini Cara Tepat Ukur Bra Sendiri, Semudah ABC!

Sering sakit leher dan belakang badan, tetapi tidak buat apa-apa aktiviti berat? Semua ini mungkin berlaku disebabkan pemakaian bra yang salah! Sebab itulah, semua wanita perlu tahu cara ukur bra yang betul. Ada banyak cara ukur saiz bra, salah satunya adalah menggunakan pita ukur.

Tidak ada pita ukur di rumah? Tiada masalah! Anda boleh minta bantuan jurujual yang bertugas untuk mengukur saiz bra anda.

Tetapi, penting ke ukur saiz baju dalam? Lagipun, saya dah tahu saiz bra sendiri!

Untuk pengetahuan anda, pemakaian baju dalam yang terlalu ketat atau longgar akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, postur badan juga nampak tidak menarik jika anda memakai bra dengan saiz yang salah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Perlu ke saya tahu cara ukur bra sendiri? Jika ya, berapa kali saya perlu ukur?

cara ukur bra

Sebenarnya, anda perlu ukur saiz bra sekali setiap 6 bulan!

Malah, setiap kali anda ingin membeli bra baharu, cuba dapatkan ukuran yang tepat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembayaran.

Kadangkala, badan kita mengalami kenaikan dan penurunan berat badan tanpa disedari, lebih-lebih lagi jika anda berdiet atau sedang hamil. Sebab itulah, anda perlu tahu cara ukur bra dengan betul.

Menurut sebuah kaji selidik, hampir 90% wanita di United Kingdom sebenarnya memakai bra yang salah.

Jadi, jangan sesekali pandang rendah mengenai saiz baju dalam. Bra yang salah saiz bukan sahaja boleh mendatangkan sakit badan dan ketidakselesaan, bahkan ia juga boleh menyebabkan wanita rasa rendah diri disebabkan postur badan yang tidak menarik.

Tetapi, bagaimana hendak tahu sama ada bra yang dipakai sesuai dengan saiz dan bentuk badan kita?

Cuba pandang cermin dan periksa baju dalam anda. Jika ada lemak terkeluar di sana sini, besar kemungkinan bra tersebut tidak sesuai untuk anda!

Cara ukur bra menggunakan pita ukur

Sebenarnya, anda boleh ukur sendiri saiz bra di rumah menggunakan pita ukur. Dengan 4 langkah ini, anda pasti terkejut selepas mengetahui cara ukur saiz bra sebenarnya semudah ABC!

Sebelum bermula, pastikan anda memakai baju dalam biasa yang tidak mempunyai sebarang span. Jika tidak, kiraan anda mungkin akan salah.

cara ukur bra

Di bawah, kami senaraikan cara ukur bra menggunakan pita ukur:

  1. Ukur lilit baju dalam
    • Mula-mula, ukur kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda
    • Pastikan pita ukur ditarik ketat, namun masih lagi dalam keadaan selesa
    • Tuliskan bacaan ukur lilit dalam inci
  1. Ukur saiz cup
    • Letakkan pita pengukur pada kawasan payudara yang paling tinggi. Anda tidak perlu tarik pita pengukur sehingga ketat, cukuplah sekadar memastikan ia tidak longgar
    • Catatkan ukuran anda dalam inci
  1. Ketahui saiz cup anda (A, B, C atau D)
    • Ambil saiz cup dan tolak dengan saiz ukur lilit
    • Perbezaan yang dicatatkan merupakan saiz cup

Jika saiz ukur lilit anda adalah 32 inci dan saiz cup pula sekitar 34 inci, perbezaan saiz antara dua ukuran ini adalah 2 inci. Maksudnya, anda mempunyai cup saiz B. Saiz bra anda pula ialah 34B.

Ha, siapa kata cara ukur bra itu susah, mudah sahaja kan!

Baca juga:

Macam mana mengetahui sama ada bra yang dibeli sesuai dengan badan?

cara ukur bra

Sama seperti perasaan ketika anda jatuh cinta, anda pasti tahu jika bra yang dibeli merupakan ‘jodoh’ anda.

Baju dalam yang sesuai selalunya selesa dipakai dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan. Ia dapat memberikan sokongan dengan baik dan membuatkan anda rasa yakin sepanjang hari.

Sebab itulah, anda perlu memeriksa saiz bra dengan kerap. Jangan takut untuk cuba dahulu dan lihat bra manakah yang terbaik untuk anda.

4 tip pilih baju dalam yang selesa

  1. Tidak terlalu longgar. Baju dalam terbaik sepatutnya muat-muat dengan anda. Hanya 1 jari sahaja yang boleh muat di bawah getah baju dalam.
  2. Pastikan tali bra tidak mudah jatuh. Ikat dan ketatkan tali bra untuk pastikan tali terletak dengan elok.
  3. Lihat sisi badan pada cermin. Buah dada anda sepatutnya terletak di tengah-tengah bahu dan siku. Jika tidak, anda mungkin perlukan bra yang mempunyai lebih sokongan.
  4. Beli bra yang muat jika disangkut pada hook yang paling hujung. Baju dalam kita akan meregang. Apabila bra semakin longgar, anda boleh gunakan hook yang paling ketat.

Kini, anda sudah tahu cara ukur bra yang betul. Jadi anda bolehlah periksa saiz baju dalam sendiri di rumah. Barulah anda rasa selesa sepanjang hari!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bra Size Calculator. https://www.abrathatfits.org/calculator.php. Accessed on July 24, 2022.
  2. Choosing the Right Bra for Your Frame! https://ellecourbee.co.uk/blog/choosing-the-right-bra-for-your-frame/. Accessed on July 24, 2022.
  3. Determine the right bra size for you. https://www.ullapopken.eu/en/braadvice. Accessed on July 24, 2022.
  4. Find the Perfect-Fitting Bra Online. https://www.aarp.org/entertainment/style-trends/info-2022/bra-shopping-online.html. Accessed on July 24, 2022.
  5. How to choose the right bra. https://www.letstalkbreasts.co.uk/bra-centre/how-to-choose-the-right-bra. Accessed on July 24, 2022.

Versi Terbaru

17/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

5 Manfaat Pada Kesihatan Jika Tak Pakai Bra, Wah Dada Terasa Lapang!

Boleh Ke Pakai Bra Banyak Kali Tanpa Cuci? Ladies, Ini Jawapannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan