backup og meta

Payudara Membesar Jika Sapu Bawang Merah? Ini Cara Selamat Bagi Aset Mantap!

Payudara Membesar Jika Sapu Bawang Merah? Ini Cara Selamat Bagi Aset Mantap!

Apakah cara nak besarkan payudara dengan selamat? Benarkah ia boleh dilakukan secara semula jadi tanpa memerlukan pembedahan besarkan payudara langsung?

Sebenarnya, ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membesarkan payudara secara tradisional. Sebagai contoh, jika anda cari di atas talian, anda pasti akan jumpa cara besarkan payudara pakai bawang merah atau lidah buaya. Namun, adakah ia benar-benar berkesan?

Sebelum mengupas isu ini secara lebih lanjut, benarkah ada cara besarkan payudara tanpa menggunakan ubat besarkan payudara di farmasi? Jawapannya, mungkin ya, mungkin tidak!

Secara perubatan, saiz payudara hanya boleh dibesarkan dengan melakukan pembedahan plastik.

Melalui pembedahan ini, doktor akan meletakkan salina atau silikon di bawah tisu payudara untuk membesarkannya. Walau bagaimanapun, pembedahan ini mungkin datang dengan kesan sampingannya yang tersendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

3 cara nak besarkan payudara secara semula jadi

cara nak besarkan payudara
Jenis makanan untuk membesarkan payudara.

Jika pembedahan bukanlah salah satu opsyen anda, ada banyak lagi langkah lain yang boleh anda lakukan untuk membesarkan payudara.

Antaranya menggunakan bawang merah, minyak zaitun dan lidah buaya!

Walau bagaimanapun, semua cara membesarkan payudara di bawah tidak disokong sebarang kajian saintifik.

Oleh sebab itu, ia mungkin tidak berkesan. Malah, ada antara bahan-bahan ini boleh menyebabkan alahan. Jadi, hati-hati ya!

Sebelum bermula, anda perlu tahu teknik urutan payudara yang betul:

  • Pilih minyak atau bahan yang anda sukai.
  • Gunakan hujung jari anda dan urut buah dada dalam gerakan membulat.
  • Tolak kedua-dua buah dada ke tengah badan.
  • Ulang 10 kali sehari.
  • Berhenti lakukannya jika ia menyebabkan kegatalan atau bengkak.

1. Cara besarkan payudara pakai bawang merah

Bagaimana untuk besarkan payudara menggunakan bawang merah? Caranya mudah. Lumatkan sekitar 15 biji bawang merah dan lumurkannya pada payudara.

Kemudian, urut payudara selama 15-20 minit. Pastikan masker tersebut tidak menyentuh kawasan puting payudara.

Kemudian, bilas masker tersebut menggunakan air hangat. Ulang langkah yang sama 2 kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.

2. Cara nak besarkan payudara pakai minyak zaitun

Minyak zaitun dikatakan mempunyai bahan yang dapat membesarkan payudara. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuatkan kulit anda jadi lebih lembut dan cantik!

Sama seperti tip di atas, sapukan minyak zaitun pada kawasan payudara. Kemudian, urut seketika. Bilas dengan air hangat dan ulanginya sekali sehari.

3. Gunakan lidah buaya sebagai cara membesarkan payudara sebelum tidur

Lidah buaya mengandungi bahan yang mampu meremajakan dan menganjalkan kulit. Sebab itulah, ia sesuai digunakan sebagai krim membesarkan payudara.

Jika anda tidak mempunyai lidah buaya di rumah, anda boleh beli krim yang sedia ada di pasaran.

Cara untuk mengaplikasikannya juga mudah. Sapukan gel lidah buaya pada kawasan payudara kecuali puting. Kemudian, biarkan selama beberapa minit. Basuh payudara dengan air hangat.

Adakah cara nak besarkan payudara ini berkesan?

Walaupun cara nak besarkan payudara di atas mungkin berkesan bagi sesetengah orang, namun ia merupakan satu kaedah yang tidak disokong oleh sains. Malah, penggunaan bawang, gel lidah buaya dan minyak zaitun terus pada kulit mungkin akan mendatangkan kerengsaan.

Selain petua yang kami berikan di atas, ada cara membesarkan payudara lain yang boleh membuatkan buah dada anda nampak lebih anjal:

1. Pakai push up bra

Push up bra merupakan sejenis baju dalam khas yang dapat membuatkan payudara nampak anjal dan tegang. Ia mempunyai kusyen yang akan membuatkan buah dada nampak lebih besar.

Walau bagaimanapun, push up bra hanyalah penyelesaian sementara. Ia tidak akan menyebabkan bentuk payudara anda berubah.

2. Pam payudara sebagai cara nak besarkan payudara

Jangan terkejut, bukan pam zakar sahaja yang dijual di pasaran, pam payudara pun ada! Pam ini kononnya dapat meningkatkan pendarahan ke kawasan payudara dan menyebabkan ia menjadi besar sehingga 1-2 saiz cup!

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan sebaliknya. Selalunya, pembesaran yang berlaku disebabkan pam payudara tidak berkekalan. Malah, kesan sampingannya juga masih belum dapat dikenal pasti.

3. Penggunaan krim atau minyak

vitamin untuk besarkan payudara
Khasiat minyak zaitun.

Tahukah anda, krim membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, ia juga hanya akan membazirkan wang anda!

Selalunya, krim ini mengandungi pelbagai fitoestrogen dan afrodisiak. Gabungan bahan-bahan ini dikatakan dapat membesarkan dan menganjalkan payudara. Namun, banyak kajian yang menunjukkan ia tidak berkesan.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui tip untuk membesarkan payudara anda secara semula jadi. Walau bagaimanapun, sebelum mencuba cara tradisional ini, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pakar atau doktor terlebih dahulu. Semoga bermanfaat!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breast augmentation. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/breast-augmentation/about/pac-20393178. Accessed on November 7, 2022.
  2. Breast Augmentation. https://www.plasticsurgery.org/cosmetic-procedures/breast-augmentation. Accessed on November 7, 2022.
  3. Can I Make My Breasts Larger? https://kidshealth.org/en/teens/larger-breasts.html. Accessed on November 7, 2022.
  4. Breast Augmentation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/breast-augmentation. Accessed on November 7, 2022.
  5. Breast Augmentation. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/11024-breast-augmentation. Accessed on November 7, 2022.

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Periksa Buah Dada Anda Sekarang! Jika Besar Sebelah Ini Mungkin Tanda Awal Kanser Payudara

Psstttt... Ini Rahsia Jaga Payudara! Urut 15 Minit Setiap Hari, Suami Pun Boleh Tolong!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan