Kenapa puting keras ni? Relaks… Puting tegang, lebih-lebih lagi pada waktu pagi merupakan sesuatu yang normal!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kenapa puting keras ni? Relaks… Puting tegang, lebih-lebih lagi pada waktu pagi merupakan sesuatu yang normal!
Kajian menunjukkan, puting payudara mempunyai ribuan saraf. Inilah yang menyebabkan kawasan ini sangat sensitif terhadap sentuhan.
Sebab itulah, ramai di antara kita yang mengalami masalah puting keras walaupun tanpa sebarang rangsangan seksual.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai sains di sebaliknya, mari ikuti penjelasan kami di dalam artikel di bawah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sudah tentulah ia normal! Malah, wanita (termasuklah lelaki) boleh mengalaminya pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
Kadangkala, puting boleh menjadi keras ketika bersukan, bersenam atau sewaktu melakukan kerja rumah. Perubahan suhu juga boleh menyebabkan efek yang sama.
Menurut dapatan di dalam jurnal Anatomy of the nipple and breast ducts, tindak balas ini akan berlaku jika wujudnya sebarang rangsangan dari segi fizikal atau psikologikal.
Di bawah puting dan juga areola (kawasan yang mengelilingi puting), ada otot-otot kecil yang meregang dan menarik kulit jika berlakunya sebarang rangsangan. Ia juga akan ‘menolak’ puting dan membuatkannya nampak tegak.
Secara amnya, tidak balas ini merupakan sesuatu yang berlaku secara semula jadi.
Sama seperti apa yang berlaku kepada bulu roma ketika kita rasa sejuk atau takut, tindak balas tertentu juga boleh membuatkan otot-otot ini meregang dan menyebabkan puting mengeras.
Jadi, bukan rangsangan seksual sahaja yang boleh buatkan puting wanita jadi tegak ya! Ada banyak lagi faktor-faktor lain.
Benar, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan puting wanita mengeras.
Seperti yang diterangkan sebelum ini, ia boleh berlaku disebabkan tindak balas kepada sesuatu yang seksual atau bukan seksual.
Puting merupakan antara kawasan tubuh badan yang sangat mudah terangsang. Jadi, kepada pasangan di luar sana, inilah masanya untuk manfaatkan kawasan ini sepenuhnya!
Namun, rangsangan seksual bukanlah satu-satunya penyebab puting menjadi keras. Antara punca lain ialah:
Jangan terkejut, alahan juga boleh buatkan puting jadi mengeras! Selalunya, mereka yang alah terhadap produk mandian atau penjagaan diri seperti sabun, losyen dan pelembap akan alami masalah ini.
Jadi, jika puting anda rasa pedih dan sering mengeras semasa mandi, pastikan anda periksa dulu senarai bahan di dalam produk yang anda gunakan.
Lihat sama ada wujudnya sebarang bahan atau komponen yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Sebelum pakai, sapukan sedikit pada kulit untuk periksa sama ada ia akan mencetuskan reaksi alahan ataupun tidak.
Proses ovulasi akan berlaku apabila ovari melepaskan telur ke dalam tiub falopio. Proses ini menandakan badan wanita sudah bersedia untuk melalui proses fertilisasi.
Perubahan hormon yang berlaku ketika ovulasi, terutamanya peningkatan estrogen, boleh menyebabkan puting menjadi keras dan tegak.
Ingin tahu bila waktu ovulasi anda? Jom periksa menggunakan alatan kami di bawah:
Ada juga wanita yang mengalami puting tegak sebagai salah satu simptom kehamilan! Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan, sebarang perubahan pada payudara wanita adalah sesuatu yang normal.
Malah, ada juga wanita yang mengakui payudara mereka nampak lebih anjal! Kawasan areola juga semakin gelap berbanding biasa.
Pada hujung kehamilan, puting juga mungkin akan menghasilkan sejenis cecair yang berwarna kekuning-kuningan, juga dikenali sebagai kolostrum.
Baca juga:
Kajian juga menunjukkan bahawa menyusukan anak boleh menyebabkan puting mengeras.
Walau bagaimanapun, jika puting mengeras sepanjang masa, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Ini mungkin berlaku disebabkan mastitis, sejenis jangkitan tisu pada kawasan payudara.
Susu boleh tersumbat di dalam puting dan menyebabkan ia mengeras. Malah, disebabkan luka mudah terbentuk pada kawasan puting ketika menyusukan anak, jangkitan ini lebih senang berlaku.
Untuk mengelakkannya, pastikan anda:
Wanita yang menindik puting selalunya lebih sensitif terhadap sebarang rangsangan. Oleh sebab itu, puting mereka lebih mudah tegang dan mengeras.
Walau bagaimanapun, perbuatan menindik puting boleh mendatangkan bahayanya yang tersendiri. Tanpa penjagaan yang betul, ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
Jika anda mahu melakukannya, pastikan anda dapatkan konsultasi daripada pakar terlebih dahulu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen