backup og meta

5 Jenis Ubat Tonsil Bengkak Di Farmasi Yang Bagus, Penting Untuk Elak Pembedahan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2024

    5 Jenis Ubat Tonsil Bengkak Di Farmasi Yang Bagus, Penting Untuk Elak Pembedahan!

    Mengalami sakit tekak pasti membuat hidup dan mood anda terjejas terutama jika ia adalah angkara masalah besar seperti tonsil yang membengkak. Jadi, anda mungkin perlu ambil ubat tonsil bengkak di farmasi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

    Apa punca bengkak tonsil itu muncul?

    Kebengkakan pada tonsil yang lebih popular dengan istilah tonsilitis adalah kondisi di mana organ kecil ini telah mula membengkak dan meradang gara-gara jangkitan virus atau bakteria.

    Kondisi ini boleh berlaku kepada semua individu tanpa mengira usia namun lebih berisiko terjadi kepada golongan kanak-kanak dan remaja di dalam lingkungan umur 5 ke 15 tahun.

    Apa yang akan menjadi masalah, kebengkakan tonsil ini akan membawa kepada masalah lain seperti kesukaran untuk menelan makanan dan minuman selain menyukarkan pertuturan.

    tonsil bengkak
    Simptom tonsil bengkak yang perlu anda tahu.

    Selain infeksi mikroorganisme, kondisi ini juga mungkin boleh muncul angkara faktor lain seperti ruang persekitaran yang sesak, diet pemakanan kurang ideal serta masalah-masalah tekak lain.

    Tidak kira walau apa puncanya, ubat tonsil bengkak di farmasi mungkin merupakan solusi yang anda cari!

    Berapa lama bengkak tonsil akan hilang?

    Untuk pengetahuan anda semua, kebengkakan ini akan mengambil masa untuk surut dan pulih, bergantung kepada cara kecutkan tonsil yang anda lakukan untuk membantu merawatnya.

    1. Akut: berlangsung kurang 10 hari.
    2. Kronik: berlangsung lebih 10 hari.
    3. Berulang: berlaku banyak kali.

    Dalam erti kata lain, tiada waktu spesifik yang boleh disimpulkan untuk bengkak tonsil ini sembuh. Ada kemungkinan masalah ini boleh berlangsung singkat atau lama bergantung kepada tahapnya.

    Apa yang penting, pesakit perlu ambil dos dan preskripsi tepat ubat tonsil bengkak di farmasi.

    ubat tonsil bengkak di farmasi
    Tonsil yang membengkak dan meradang.

    Ini contoh ubat tonsil bengkak di farmasi

    Sebelum anda mencuba mengambil sebarang jenis ubatan atau rawatan, jangan bertindak secara semberono dan sendirian. Sebaiknya, jumpa doktor dahulu untuk mendiagnosis kondisi anda itu.

    Setelah doktor berjaya menyimpulkan apa punca dan tahap tonsilitis yang anda alami, barulah mereka akan dapat menentukan apakah jenis ubat tonsil paling mujarab untuk anda cepat pulih.

    Terdapat beberapa jenis ubat tonsil bengkak di farmasi yang mungkin dipreskripsikan, seperti berikut ini:

    • Antibiotik – Jika jangkitan disebabkan oleh bakteria, maka antibiotik diperlukan bagi membantu menghapus kuman pada tonsil
    • Antiviral – Kalau jangkitan diakibatkan oleh virus pula, antiviral diperlukan juga untuk membantu membunuh kuman pada tonsil
    • Ubat tonsil kemam – Lebih dikenali dengan nama lozeng, ia bukan sahaja bagus dihisap jika anda ada tonsilitis malah untuk masalah tekak yang lain juga
    • Ubat tonsil kumur -Biasa diambil untuk mereka yang ada masalah nafas berbau, ia juga boleh dikumur di saat tonsil anda mengalami masalah bengkak
    • Ubat tonsil spray – Antara alternatif yang terkini, termudah dan berkesan, turut wujud ubat dalam bentuk spray atau semburan untuk digunakan oleh anda
    ubat tonsil bengkak di farmasi
    Lozeng untuk sakit tekak dan tonsil.

    Ada banyak jenama ubat yang anda boleh pilih dan cuba. Namun, disarankan untuk anda mendapatkan maklumat dan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak terjadi apa-apa kesan sampingan.

    Pembedahan adalah jalan yang terakhir

    Dalam kes yang sudah terlalu teruk, masalah tonsilitis sudah tidak mampu dirawat atau diurus dengan pengambilan ubatan sahaja. Maka, langkah drastik dan paling akhir mungkin akan perlu dilakukan.

    Apakah jalan terakhir tersebut? Ia adalah pembedahan untuk membuang tonsil yang membengkak. Dikenali dengan nama prosedur tonsilektomi, ia diperlukan jika tonsilitis berulang banyak kali.

    Konklusinya, pengambilan rawatan dalam bentuk ubatan adalah cara kecutkan tonsil paling bagus untuk anda amalkan. Jika tidak pasti ubat mana paling sesuai, dapatkan konsultasi dengan doktor anda ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan