backup og meta

Berat Badan Naik & Haid Tak Teratur, Antara Tanda Sindrom Ovari Polisistik, Semak Ia Sekarang!

Berat Badan Naik & Haid Tak Teratur, Antara Tanda Sindrom Ovari Polisistik, Semak Ia Sekarang!

Sindrom ovari polisistik PCOS (polycycstic ovarian syndrome/PCOS) adalah masalah hormon yang berlaku kepada wanita. Namun, ia bukanlah penyakit yang jarang berlaku meskipun namanya agak kurang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

PCOS berlaku apabila kadar hormon androgen berada di paras lebih tinggi dari biasa. Gangguan pada keseimbangan hormon ini akan menyebabkan kecelaruan di dalam badan.

Tanda-tanda anda mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) 

Apakah tanda-tanda anda mungkin mengalami PCOS? Baca tanda PCOS sehingga penghujung artikel ini.

1. Kitaran haid tidak teratur

Ini adalah tanda paling awal berlaku.  Di mana, jika anda tidak ingat tarikh terakhir datang bulan, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur.

Hormon androgen yang tinggi menghalang penghasilan progesteron yang cukup untuk haid sentiasa normal dan teratur.

Masalahnya, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat.

Sebaliknya mereka berfikir bahawa ini adalah masalah biasa dan akan kembali normal selepas beberapa ketika. Akhirnya,  selepas semakin parah, baru mereka akan pergi ke hospital.

2. Tanda sindrom ovari polisistik pcos – Banyak jerawat selepas haid

Jangan picit jerawat.
Jangan picit jerawat.

Meskipun ia mungkin masalah yang biasa berlaku bagi wanita, namun ia kemungkinan ada kena mengena dengan Sindrom Ovari Polisistik. Jadi, jangan abaikan tanda ini.

3. Misai anda semakin jelas

Wanita juga mempunyai misai tetapi tidak cukup tebal sehingga boleh dilihat dari jauh.

Namun, jika orang di sekeliling mula menegur tentang misai anda, dapatkan pemeriksaan doktor kerana anda mungkin mengalami sindrom ovari polisistik PCOS.

Hormon lelaki androgen yang tinggi menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebih lebat di kawasan yang biasanya berlaku dalam kalangan lelaki.

Selain misai, bulu juga boleh bertambah di bahagian kaki, dada dan tangan.

4. Gagal mendapatkan anak

Jangan kecewa jika belum mendapat zuriat.
Jangan kecewa jika belum mendapat zuriat.

Ini adalah sebab utama wanita perlu berjumpa doktor. Ketidakstabilan hormon yang berlaku menyebabkan proses ovulasi dan kitaran haid yang normal gagal berlaku.

Sudah tentu, ia akan mengganggu proses mendapatkan anak.

5. Berat badan naik

Walaupun anda sudah mengamalkan pemakanan sihat, namun berat badan tetap naik. Apa yang lebih mengejutkan, ia berlaku dengan pantas yang  melibatkan bahagian abdomen.

PCOS boleh dirawat dengan teknologi perubatan moden.

Asalkan anda mendapatkan rawatan yang betul seterusnya masalah ini dapat diselesaikan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kasandra Brabaw (22 May 2018). 7 Signs Of Polycystic Ovarian Syndrome. Dimuat turun daripada https://www.prevention.com/health/g20494952/6-symptoms-of-polycystic-ovarian-syndrome/.

Versi Terbaru

24/02/2025

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada 7 Cabaran Kesihatan Untuk Wanita Bekerjaya! Bagaimana Cara Mengatasinya?

Kaum Hawa Dengan Ketidakseimbangan Hormon (PCOS) Kena Make Sure Breakfast, Ini Sebabnya....


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan