Masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita bukanlah satu perkara yang asing. Pun begitu, pernah tak terlintas di fikiran apa yang bakal terjadi sekiranya ia pecah?
Adakah fibroid berisiko untuk pecah? Sekiranya benar, apakah implikasi terhadap kesihatan seseorang wanita?
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan masalah fibroid, teruskan membaca artikel ini ya!
Apa itu masalah fibroid?
Fibroid adalah pertumbuhan atau tumor tidak normal yang berkembang di dalam atau pada rahim wanita.
Kadangkala tumor boleh menjadi agak besar dan menyebabkan rasa sakit yang teruk pada perut dan darah haid yang banyak.
Pun begitu, fibroid sama sekali tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala. Ketumbuhan ini biasanya jinak dan tidak bersifat kanser, malahan punca fibroid masih belum diketahui.
Fibroid juga dikenali dengan nama-nama berikut:
- Leiomyoma
- Myoma
- Mioma rahim
- Fibromas
Baca juga:
- Darah Haid Banyak Mungkin Petanda Fibroid Atau Polip Rahim, Yang Mana Satu Boleh Jadi Kanser?
- Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku
- Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia
Adakah fibroid berpotensi untuk pecah?
Fibroid boleh menimbulkan gejala bergantung pada ukuran dan kedudukannya. Dalam kebanyakan kes, ia tidak mengancam nyawa.
Walau bagaimanapun, fibroid boleh menyebabkan terjadinya komplikasi yang teruk jika pecah.
Ini kerana ia mempunyai saluran darah dan saraf tersendiri yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dan rasa sakit pada perut ketika pecah.
Pun begitu, apakah punca di sebalik terjadinya pecah pada fibroid?
Kejadian masalah fibroid pecah sering berkaitan dengan:
- Jumlah saluran darah yang tidak cukup menampung keperluan fibroid yang semakin membesar
- Peningkatan tekanan dalam perut
- Kecederaan yang menyebabkan fibroid terkoyak dari rahim
- Putaran fibroid yang tumbuh daripada struktur seakan tangkai pada rahim
- Peningkatan tekanan dalam saluran darah ketika kehamilan
Sebab-sebab fibroid untuk pecah masih belum dapat difahami sepenuhnya, tetapi para penyelidik percaya bahawa hormon turut memainkan peranan.
Dalam satu kes, seorang wanita berusia 55 tahun yang berada dalam peringkat awal menopaus mengalami demam dan sakit teruk di kawasan pelvisnya.
Ketika sesi pemeriksaan, doktor dapat merasakan ketulan lembut dan mengarahkan untuk melakukan ultrabunyi dan CT scan pada bahagian pelvis serta perut.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketulan bersaiz 12 sentimeter yang tumbuh dari dinding belakang rahimnya.
Disebabkan perkara tersebut, doktor menyimpulkan bahawa dia mempunyai fibroid rahim yang pecah.
Simptom-simptom fibroid pecah
Fibroid rahim bergantung kepada hormon estrogen untuk tumbuh, justeru ia cenderung untuk terjadi kepada para wanita yang telah mencapai usia menopaus.
Walaupun ia seringkali tidak bersifat bahaya, namun fibroid rahim boleh menyebabkan rasa tidak selesa terhadap mereka yang mengalaminya.
Antara simptom masalah fibroid pecah termasuk:
- Sakit perut akut
- Demam
- Kiraan sel darah putih yang tinggi
- Pendarahan banyak yang ketara akibat fibroid pecah
Persoalan seterusnya, adakah perkara ini membahayakan kesihatan?
Fibroid yang pecah boleh menyebabkan komplikasi teruk jika tidak dirawat. Apabila pecah, ia mampu menyebabkan kehilangan darah akut yang boleh mengancam nyawa.
Sekiranya anda mempunyai fibroid dan mengalami masalah sakit perut secara tiba-tiba, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, fibroid pecah juga boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius sekiranya anda hamil.
Ini kerana peningkatan tekanan di dalam saluran darah boleh menyebabkan fibroid untuk pecah ketika kehamilan.
Mengubati fibroid sebelum bertambah parah
Sekiranya anda telah didiagnosis dengan fibroid rahim dan belum mendapatkan rawatan, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sebelum gejala bertambah lebih teruk.
Terdapat beberapa pilihan untuk merawat masalah tersebut. Selain mengambil ubat-ubatan, rawatan lain juga termasuk:
- Embolisasi fibroid rahim (UFE), yang menyekat bekalan darah terhadap fibroid, menyebabkannya mengecut dan ‘mati’
- Rawatan ultrasound berpandukan MRI, dengan menggunakan gelombang ultrabunyi untuk mengecilkan fibroid dan mengurangkan pendarahan yang berat
- Myomectomy, merupakan prosedur pembedahan untuk membuang fibroid
- Histerektomi, merupakan operasi membuang rahim
Walaupun masalah fibroid rahim tersebut jarang berlaku, dengan diagnosis tepat dan rawatan kecemasan yang cepat dapat membantu menyelamatkan nyawa.
Apa yang boleh diharapkan dalam jangka masa panjang?
Pertumbuhan fibroid mungkin tidak memerlukan rawatan jika ia bersaiz kecil atau tidak menimbulkan sebarang gejala.
Sekiranya anda mengandung dan mempunyai masalah fibroid, doktor pasti akan memantau kondisi anda dengan teliti.
Akan tetapi dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah semasa kehamilan.
[embed-health-tool-ovulation]