backup og meta

Anda Perasan Warna Puting Tiba-Tiba Semakin Gelap? Ini 6 Puncanya!

Anda Perasan Warna Puting Tiba-Tiba Semakin Gelap? Ini 6 Puncanya!

Tahu tak kenapa warna puting menjadi gelap? Ada 6 faktor yang mungkin menjadi puncanya. Jangan risau, ada cara mencerahkan puting yang boleh anda cuba.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Mengapa Puting Menjadi Gelap?

Mungkin ada masa-masanya anda perasan puting bertukar warna kepada warna yang lebih gelap. Anda mungkin sedikit risau kerana menyangkakan ada masalah yang menyebabkan puting anda berwarna gelap, atau paling tidak, sedikit sedih kerana warnanya yang tidak menarik.

Jadi, apa yang menyebabkan puting berwarna gelap dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan sinarnya?

Dalam majoriti kes, warna puting anda bergantung kepada warna kulit anda.

Jika kulit anda berwarna terang, kemungkinan besar, puting anda juga akan berwarna terang dan berwarna merah jambu. Jika kulit anda gelap, puting anda juga akan berwarna perang gelap atau hitam.

Punca Puting Menjadi Gelap

Puting menjadi gelap akibat punca-punca lain, seperti:

1. Bulu Gelap

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai bulu sekitar puting mereka. Namun terdapat juga beberapa wanita yang mempunyai bulu yang tumbuh pada puting mereka.

Jika bulu ini berwarna gelap, puting anda akan turut kelihatan lebih gelap.

2. Puting menjadi gelap – Mengandung

Punca puting menjadi gelap yang seterusnya adalah kehamilan.

Ketika anda mengandung, terdapat beberapa perubahan badan yang akan berlaku. Kulit menjadi lebih gelap adalah salah satu simptom yang lazim.

Anda mungkin akan perasan kulit wajah dan juga kulit sekitar mata anda akan menjadi lebih gelap. Setelah beberapa bulan, puting anda juga akan berwarna agak gelap dan sedikit besar.

Keadaan ini mungkin akan berterusan sehingga anda melahirkan kandungan anda dan ianya adalah normal. Jadi jangan risau, okay?

3. Menyusu Badan 

puting menjadi gelap

Setelah proses kelahiran, puting anda akan kelihatan lebih gelap. Masalah puting bertukar warna gelap ini mungkin akan hilang selepas anda berhenti menyusukan anak anda.

Tetapi jangan pula anda menghentikan proses penyusuan eksklusif kepada si manja semata-mata kerana risaukan warna puting yang gelap itu. Kasihan si kecil nanti.

4. Puting menjadi gelap – Akil Baligh

Buah dada akan mula membentuk apabila anda berusia sekitar 11 tahun, tempoh di mana lazimnya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh.

Pada fasa ini, puting anda akan menjadi lebih gelap. Masalah ini akan menjadi lebih baik atau berhenti apabila mereka melepasi fasa awal dewasa.

5. Kitaran Haid

Sesetengah wanita akan perasan puting mereka menjadi lebih gelap akibat datang bulan.

Payudara mereka juga akan sedikit membengkak dan akan rasa sedikit sakit. Keadaan buah dada mereka akan kembali normal selepas tempoh haid tamat.

6. Kesan Ubat Atau Penyakit

Sesetengah ubat-ubatan atau penyakit yang dialami mungkin menjadi penyebab puting berwarna agak gelap. Puting anda akan turut menjadi lebih gelap seiring dengan peningkatan usia anda.

Cara Mencerahkan Puting 

Jika puting anda hanya menjadi gelap pada waktu-waktu tertentu, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana masalah itu bersifat sementara.

Puting anda akan menjadi terang dan merah jambu semula apabila keadaan badan menjadi normal. Jika kulit anda gelap, puting anda juga akan menjadi gelap secara semula jadi.

Jika anda tidak mahu puting anda berwarna gelap, anda boleh mencuba pengambilan vitamin C atau melumurkannya pada bahagian puting yang gelap. Anda juga boleh menggunakan oren dan mentimun.

puting menjadi gelap

Walau bagaimanapun, elakkan daripada menggunakannya secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Jika anda menyedari kemerahan, rasa gatal atau simptom-simptom lain yang tidak normal, anda boleh berhenti menggunakannya.

Anda juga boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit bagi mendapatkan maklumat serta pilihan rawatan yang sesuai bagi mencerahkan puting anda.

Puting boleh berwarna gelap pada satu-satu masa dalam hidup anda akibat perubahan badan. Jika anda rasa ianya mengganggu anda, ambilah langkah yang sesuai bagi mengembalikan kecerahan dan kemerahan jambunya.

Pemeriksaan doktor

Selalunya masalah ini tidak mendatangkan kebimbangan jika ia berlaku. Namun, sekiranya perubahan warna puting yang lebih gelap turut disertai dengan kesakitan atau sebarang masalah lain, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Normal Breast Development and Changes. http://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/conditions/breast_health/normal_breast_development_and_changes_85,P00151/. Accessed February 28, 2017.
  2. Breast changes during pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/breast-changes-during-pregnancy/. Accessed February 28, 2017.
  3. Breast changes during pregnancy when and how it happens. https://www.medela.us/breastfeeding/articles/breast-changes-during-pregnancy-when-and-how-it-happens . Accessed February 28, 2017.
  4. Handling nipple breast changes pregnancy.https://americanceliac.org/handling-nipple-breast-changes-pregnancy/. Accessed February 28, 2017.
  5. Breast changes during pregnancy. https://humanap.community.uaf.edu/2020/04/16/breast-changes-during-pregnancy/. Accessed February 28, 2017.

Versi Terbaru

15/09/2022

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pemberian Puting Kosong Untuk Bayi, Adakah Ia Satu Idea Yang Baik Ataupun Tidak?

Puting Sakit Ketika Menyusu Bayi? Ini 6 Tip Ibu WAJIB Buat Di Rumah, Barulah Tak Sakit Lagi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 15/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan