Di bawah adalah beberapa petua berguna yang akan membantu anda membakar kalori tanpa perlu ke gimnasium yang mahal.
Di tempat kerja
Terdapat banyak cara untuk anda membakar sebahagian lemak semasa menjalani kehidupan sedentari.
- Gunakan tangga, bukannya lif, boleh menjadi satu senaman jantung yang baik.
- Selepas bekerja selama 1 atau 2 jam, adalah penting untuk anda bangun dari kerusi dan berjalan beberapa langkah di sekitar pejabat anda atau lakukan senaman regangan yang mudah.
- Bergerak sebanyak yang boleh: keluar makan, berhenti satu stesen yang lebih awal dan berjalan ke pejabat jika anda menggunakan pengangkutan awam.
Di rumah
Anda juga boleh menjadi aktif dengan melakukan sukan atau hobi kegemaran anda seperti berjalan bersama anjing anda, bermain dengan anak-anak. Di samping itu, kerja-kerja seperti vakum, membasuh pinggan dan membersihkan habuk juga boleh dilakukan. Anda boleh mangambilnya sebagai peluang untuk melakukan beberapa kerja di halaman rumah (memotong rumput, menyapu daun gugur) dan membersihkan rumah (membuka kotak dan membuang kotak lama). Akhir sekali, anda boleh melakukan senaman sambil menonton rancangan kegemaran anda atau melakukan senaman semasa iklan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen